04 October 2011
Award Notification
Dear Winner,
Ref: UK/0721X2/68
Batch: 225/32/ZY369
Draw Number: 613-203-536
file: XYL/26510460037/06
---------------------------------------------
This is to inform you that you have won One Million Pounds from the
MICROSOFT LOTTERY AWARD 2011 DRAW. IMPORTANT FILL OUT THIS WINNERS
VERIFICATION FORM BELOW: The completed form should be sent to our
Fiduciary agent for immediate commencement of prize remittance
Claims Requirements:
1.full name:
2.Address:
3.Age:
4.Sex:
5.Occupation:
6.Phone Number:
Fiduciary Agent: Mr. Thamos Larry.
Email: msoft.dept@hotmail.co.uk
Phone no;+447024016135
Congratulations once again.
Dr. Ms. Antonia Tobi.
Online Co-coordinator.
11 March 2010
ASRAMA PENGAKAP 12
| JAMBAN Pelajar yang duduk di asrama zaman sekarang ni, alhamdulillah, dapat menikmati kemudahan jauh lebih baik dari zaman aku dan rakan-rakan mula-mula masuk asrama di padang katong dulu. Memang banyak patut bersyukur kepada Allah, yang memudahkan bagi kita, mengilhamkan kepada manusia idea untuk merekacipta berbagai alat dan 'gadget'. Dulu mula-mula duduk asrama pengakapp, jamban pun pakai jamban angkut dan jamban curah manual. Sekarang semi auto – tarik dan pam, atau tekan dan pam, atau picit dan pam. Zaman tu semua aku merasa, jamban tinggal, jamban cangkul ( bawa cangkul dalam semak, korek lubang), jamban lepas atas sungai/taliair (teringat aku di kampung bharu, sungai dinding- pokok besar yang menjuih di atas sungai bila air pasang, siap ada dinding penghadang empat penjuru kecuali atas dan bawahnya-air sungai), jamban curah, jamban angkut(di kedai-kedai makan/restoran dulu), jamban pam(bila bertandang di rumah mak menakan di parit buntar). Di India jangan terkejut , masih lagi macam dulu-dulu iaitu jamban tinggal, biasanya beroperasi di waktu malam(mengikut kawan aku, seorang ustaz yang pernah belajar di India). Ada juga di waktu siang, tepi landasan keretapi. Nasiblah waktu keretapi lalu tu tutup muka saja. Ketika kira-kira 1400 tahun dahulu pun banyak pakai jamban tinggal. Jika kita gali dan telusuri sirah atau sejarah generasi umat Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w., kita akan dapati cara qaudal hajat yang 'prevalent' ketika itu adalah dengan menggunakan jamban tinggal. FITNAH Umpamanya dalam kisah hadith al-ifk [yang tercatat mengenainya dalam hadith dan juga al Qur'an(awal surah anNuur-surah 24)] atau berita pembohongan dan fitnah terhadap salah seorang isteri Nabi Muhammad s.a.w. , A'ieshah r.a., beliau hanya mendapat tahu mengenai tersebarnya fitnah terhadap dirinya ketika beliau keluar malam bersama pengiringnya untuk menyelesaikan qaudal hajatnya di luar kawasan penempatan/perumahan di madinah. Melalui pengiringnya barulah beliau tahu berita yang tersebar luas yang beliau telah difitnah dengan seorang sahabat nabi s.a.w., Safwan namanya. Fitnah itu dimulakan oleh ketua golongan munafik, yakni Abdullah bin Ubay tapi disambut dan disebar oleh golongan munafikin dan sebahagian dari golongan muslimin. Lama juga peristiwa fitnah ini berlalu hingga terkesan/tergoncang juga rumah tangga Rasulullah s.a.w. Akhirnya turun ayat-ayat al-Qur'an membersihkan diri A'ieshah r.a. dan melalui peristiwa ini turun juga beberapa ayat hukum (kazaf) sebat bagi mereka yang menuduh perempuan muslim yang suci melakukan perkara keji. Lantaran peristiwa ini juga turun ayat-ayat berupa peringatan kepada kaum muslimin bagaimana sepatutnya sikap mereka apabila mendengar berita/khabar yang seperti ini. Juga turun ayat memperingatkan Abu Bakar r.a.(bapa A'ieshah) supaya tidak menghentikan bantuan kebajikan terhadap kerabat beliau sendiri yang mana ada antara mereka juga terlibat dalam menyebarkan berita paslu tersebut. Banyak sungguh pengajaran dari peristiwa ifk ini dan ayat mengenainya telah diabadikan oleh Allah SWT dalam surah ke-24 (AnNuur) dalam al-Qur'an. TUJUH PEMBINASA Aku teringat ketika di Bohor Pulai pula, kawan-kawan dalam Malay Medium ada sebut tentang hadith 7 pembinasa besar (dosa besar) yang dipelajari di tingkatan 4 ketika itu, yakni salah satunya (selain syirik kepada Allah, sihir dan lain-lain) adalah menuduh perempuan muslim yang suci melakukan zina. Rakan tu pernah cerita kat aku yang dia pernah sebut pada classmatenya yang lelaki juga bahawa seorang classmate perempuan yang masuk SMS intake tingkatan empat nampak macam mengandung. Maka kata classmatenya tak baik cakap gitu, kan baru belajar hadith 7 pembinasa besar, berdosa besar nanti. Maka terhentilah cakap-cakap tersebut. Tapi kemudiannya aku dengar dari dorm mate aku yang Malay Medium ni yang selang beberapa bulan kemudian, budak perempuan ini minta berhenti sekolah dari pengetua, sebab dah mengandung 7 bulan. Rupanya penyebab dia 'conceive' ni sebelum dia masuk SMS lagi, waktu tunggu keputusan SRP agaknya. Lepas tu tak tau apa jadi. TAUBAT Moga beliau dapat bertaubat dengan taubat nasuha supaya Allah dapat mengampuninya sebagaimana Allah telah mengampuni seorang wanita yang berzina dan melahirkan anak ketika zaman Rasulullah s.a.w. Wanita ini telah menyerah diri meminta untuk dihukum oleh Rasulullah s.a.w. dari sejak ia mengandung, melahirkan anak dan menyusukannya dan sehinggalah menyapih susu, malah berkali-kali beliau datang kepada Rasulullah s.a.w. menyerah diri untuk dihukum. Akhirnya beliau dihukum rejam, namun Rasulullah s.a.w. memberitahu sahabat bahawa Allah telah menerima taubatnya dan sekira taubatnya dibahagikan kepada 70 orang muslim di Madinah masih ada lebih lagi. Begitulah ampunan serta rahmat Allah kepada hambanya yang benar-benar bertaubat dan kembali kepadaNya. Sama-samalah kita menginsafi diri dan sentiasa bertaubat kepadaNya. Tambahan pula umur sudah meningkat, menghampiri waktu senja. Dan zaman sekarang ini, banyak kematian itu datang dengan tiba-tiba, without warning or indication.
LELUASA Dulu, berita perbuatan keji seperti zina jarang-jarang didengari, kerana jarang-jarang berlaku. Tapi kini, lain ulu lain parang, lain dulu lain sekarang. Selalu sangat aku baca atau dengar berita bayi dibuang, samaada yang dah mati maupun yang masih hidup. Yang jumpa dekat sampah sarap, ada yang ditinggalka di depan pintu surau atau masjid, dalam longkang pun ada. Maknanya perbuatan keji ni dah berleluasa. Gamaknya sebab itulah negara atau masyarakat kita banyak dilanda berbagai masalah, samada penyakit yang menular, kadar kematian mengejut yang tinggi, masalah gejala sosial yang gawat seperti menyalah gunakan dadah umpanya, bencana alam dan berbagai lagi. Baru ni, dalam forum perdana maulidurasul di masjid kariah aku, seorang ahli panel mendedahkan perangkaan dari jabatan pendaftaran negara, lebih 250,000 kes(setahun) anak luar nikah dikesan. Itu belum lagi yang tidak didaftarkan. Majoriti dari kes-kes ini pula melibatkan anak bangsa Melayu. Entahlah apa sudah jadi dengan generasi Melayu sekarang, dah kehilangan jati diri! Aku pun naik risau takut-takut penyakit ini menjangkiti kaum keluargaku. Na'uzubillahi min zaalik, minta dijauhkan Allah darinya. BASUH Selain jamban, aku teringat juga di Asrama Pengakap disediakan ruang untuk membasuh pakaian. Ianya bukan macam di asrama sekarang. Ini tradisional punya. Di belakang dorm ada kawasan lapang yang bersimen. Di situlah kami duduk mencangkung membasuh baju, seluar, kasut, cadar, sarung bantal, selimut dan sebagainya. Waktu tu mana pernah dengar mesin basuh. TV pun baru beberapa tahun diperkenal. Di situ jugalah di antara kami baru mula-mula belajar membasuh. Rendam baju dengan sabun dalam baldi. Kemudian, bagi yang lebih advance pulak, awal-awal lagi dah pandai guna nila. Aku masih ingat, bila aku ke bahagian belakang dorm, banyaklah baldi yang berisi pakaian atau cadar yang terendam, kadang-kadang tu berbau semacam aje, maklumlah lambat basuh dan 'over' rendam. Bila yang 'over' nila pula, maka kebiru-biruan lah cadar atau uniform sekolahnya. Yang dari Peghlih pulak, kalau hujung minggu tu boleh pass over pakaian yang kotor kepada mak ayah yang datang. Tapi bagi kebanyakan dari kami, ketika itulah mula independent buat sendiri.... |
02 March 2010
The Last Encounter Of The Earthly Kind
by mzauri@pc.jaring.my
01 March 2010
Al-Fatihah buat Mustapha Osman

Gambar di dormitory prefect, 1978. L to R: Amin, Zaim, Rasin, Azizi, Nurshah, Allahyarham Mustafa, Azhar, Nizar, Suresh, Sharifuddin dan Asmuni (menyamar sebagai pengawas)Sahabat kita Mustapha bin Osman kembali ke rahmatullah kelmarin, Ahad 28.2.2010.
He was fondly called Tapa, and Tapa was a good friend of mine. He was the jovial type and almost always had a smile on his face. I remember he was especially good in maths and physics.
We used to stay in the same dormitory room (the prefect's room) during form 5. And we used to play volleyball together in the evenings. But it was in basketball that he excelled and represented SMSPs.
oleh: Azizi Ahmad Termizi
.
23 November 2009
ASRAMA PENGAKAP 11 : oleh Aizuddin
SENYUM ITU SEDEKAH, CIKGU MUNIR Antara cikgu yang sama-sama tinggal dengan kami penuntut tahun satu batch 1974 di asrama pengakap adalah cikgu Munir. Personaliti beliau sangat unik. Selalu senyum. Waktu mengajar dia senyum.Waktu jumpa di asrama pengakap pun senyum. Memang dia tak pernah lokek dengan senyum. Jarang aku nak jumpa situasi dia tak senyum. Mungkin sekali dua saja seingat aku. Rupanya senyum ini pun boleh mendatangkan pahala. Memang sah, kerana diriwayatkan dari Nabi Muhammad s.a.w., senyum itu merupakan sedekah; diantara banyak jenis sedekah. Moga Allah memberi cikgu Munir pahala-pahala bersedekah melalui senyuman-senyuman beliau. Rakan sekelas aku pun ada yang suka tersenyum. Siapa lagi kalau tak Fouzi Ali lah tu. Sampai cikgu dari Peace corps – cikgu Kitton panggil dia 'smiley', dan mengambil gambar khas 'smiley' buat diabadikan sebagai kenangannya ketika mengajar di SMS Perlis. Tapi 'kegemaran' Fouzi untuk senyum ni bukan takda pengalaman menariknya. Teringat aku bila Pengetua Abdul Rahim Abdul Majid masuk kelas 'all-boys' kami marah-marah sebab bising. Bila nampak Fouzi tersenyum, agaknya dia naik bengang, dia marahlah kenapa senyum-senyum. Apa lagi, kawan aku ni naik merah muka la, tapi masih senyum-senyum jugak. RIBUT, Sekali sekala ketika di Asrama Pengakap ni, ada berlaku hujan ribut. Mujurlah aku katil aku di sebelah dalam bilik. Aku tak pasti dan dah tak ingat bagaimana nasib rakan-rakan yang katil mereka rapat ke tepi tingkap (macam Azizi dan Tapa). Tapi bila guruh berdentum-dentum dan disertai dengan libasan air hujan yang lebat tu, suspen juga dengan kebolehan bangunan asrama pengakap ni bertahan. Cerita mengenai hujan, ribut, guruh dan petir ada disebut beberapa tempat di dalam al Qur'an. Ada disebut dalam konteks azab yang menimpa kaum yang mendustakan para rasul Allah. Ada juga disebut sebagai nikmat yang diturunkan oleh Allah. Ada juga dalam kontek perumpamaan bagaimana Allah menghidupkan semula manusia di akhirat kelak. Konteks yang lain pula bila ayat membincangkan tentang amalan manusia. Tidak kurang juga dalam konteks guruh bertasbih memuji Allah (Surah Ar Ra'd) TANGGUH PINDAH Ribut di Peghlih ni aku kadang-kadang rasa lain macam jugak. Al maklumlah, banyak kawasan tanaman padi yang luas,kurang pokok-pokok atau bukit untuk menampan angin ribut. Tapi bangunan asrama pengakap ni, alhamdulillah dapat bertahan. Malahan bangunan baru pula yang kurang dapat bertahan. Suatu ketika, kami diberitahu kemungkinan akan pindah ke Bohor Pulai pada bulan Mac 1974, tapi akibat ribut kuat bumbung bangunan sekolah tercabut. Diberitakan bahawa angin puting beliung melanda kawasan sekolah di Bohor Pulai hingga berlaku kerosakan kepada bangunan sekolah (tak terfikir pula samaada kontraktor yang bina bangunan tu ikut betul-betul spesifikasi JKR? Kalau budak zaman sekarang mungkin dah terfikir. Mana taknya. Berita mengenai kejadian bumbung makmal komputer sekolah dan stadium negeri Terengganu yang runtuh dilaporkan di dada-dada akhbar harian!). Jadi pada bulan Mac itu, kami diberitahu pelan pemindahan ke bangunan sekolah yang baru itu terpaksa ditangguhkan sementara kerja-kerja membaiki kerosakan dilaksanakan. CROSS-COUNTRY Di asrama pengakaplah aku mula-mula diperkenalkan dengan cross-country oleh warden dan cikgu-cikgu yang duduk bersama di situ. Mula-mula mengah juga dibuatnya, walaupun aku pernah lari keliling padang bola bila berlatih main hoki waktu darjah 5 dan 6 ketika di sekolah ACS dulu. Tapi kemudian , alah bisa tegal biasa, jadi seronok pulak. Boleh tahan juga, aku ingat lebih dari 2 batu. Cuma bila dah pindah ke Bohor Pulai, jarang-jarang dapat cross-country. Teringat aku waktu sukan sekolah di Bohor Pulai. Setiap pelajar kena lari cross-country dan sekiranya dalam masa yang diperuntukkan dan mengikut ranking siapa sampai dulu akan diberi mata kepada rumah sukan masing-masing. Kecuali pelajar yang terlibat dengan palang merah. Mereka ni tolong jaga check point supaya takda pelajar yang 'mengelat'. Peristiwa yang tak dapat aku lupakan ketika cross-country bila lalu kawasan kampung dan sawah Bohor Pulai, ada lembu "on the loose". Habis dikejarnya penuntut yang sedang cross-country. Aku pun kena kejar jugak. Mungkin hikmah dikejar lembu juga aku dapat habiskan cross-county ini dengan mendapat mata untuk rumah sukan aku – rumah zuhal. Bak kata Cikgu dari Peace corps – Mr Rowland, aku ni "orang-orang Zuhal – kuning". Tapi selama aku di SMSPs sampai keluar, Zuhal tak pernah jadi juara keseluruhan. |
19 November 2009
Petikan:
Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita.
Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi. Begitulah nasib kita manusia.Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga.
Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan.Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit.Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga.Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa.
Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib 'malang' yang pasti menimpa kita?
Antaranya ialah:
1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai pemberinya .
Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa.Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali.Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat oleh Tuhan.Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu, Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan.Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa.Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu dan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan.
2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran .
Antaranya ialah:
a. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan .
Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya.
b. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga .
Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu kita.
c. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan.
Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.
d. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan.
Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepada-Nya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.
3. Hendaklah pandai menerima ketentuan dan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya.
Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan dan tension dan sudah tentu kita juga akan mendapat hasil yang negatif.
Contohnya:
Kita ditakdirkan mendapat anak-anak yang nakal. Setiap hari, ada sahaja kelakuannya yang sangat mengganggu kita. Kalau kita menerimanya secara positif, kita akan berkata kepada diri kita, "Kerana dosa akulah anak-anak aku ni nakal. Allah buat seperti ini untuk membersihkan dosa-dosa aku yang lepas."
Ataupun kita boleh berkata begini, "Tuhan beri aku ujian ini untuk memberi aku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan dapat ganjaran di sisi Tuhan tetapi yang lebih penting, aku dapat mendekatkan diri kepada Tuhan."
Kalau beginilah penerimaan kita, tentulah kita tidak akan marah-marah atau berleter-leter, merotan dan menghukum anak di luar batasan atau mengamuk-ngamuk kepada suami kita pula. Sebaliknya, kita akan terus-menerus menasihatinya dengan baik dan mendoakan anak kita agar dia menjadi anak yang soleh satu hari nanti. Dan lazimnya, berkat baik sangkanya kita kepada Tuhan, anak itu akan menjadi anak yang baik apabila dia besar.
Ini selaras dengan firman Tuhan yang maksudnya:
"Aku di atas sangkaan hamba-hamba-Ku ke atas-Ku."
Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas geram dengan menghukum anak serta terbawa-bawa sikap marah itu kepada orang lain.
Hati kita mungkin berkata, "Kenapalah Tuhan berikan aku anak yang senakal ini," atau kita akan berkata, "Tak guna dapat anak macam ni. Bukannya menyenangkan, menyusahkan saja."
Akibat didikan yang kasar itu serta sangkaan-sangkaan yang buruk terhadap Tuhan, anak itu bila besar kelak akan menjadi anak yang tidak baik akhlaknya. Tension yang kita hadapi bila anak itu kecil akan terus kita hadapi sehingga dia besar. Bukan sahaja anak yang rugi, kita juga akan turut rugi sama. Ini semua kerana buruk sangkanya kita dan tidak pandainya kita menerima takdir Tuhan.
Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifat-sifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.
13 November 2009
Two weeks to Wukuf
The atmosphere around the Masjidil Haram today (13 Nov. 2009) during Solat Jumaat. Photo courtesy of Manzlie Makkah Blogspot (this blog is updated daily bringing latest development in the Holy City)
oleh: Azizi Ahmad Termizi
10 November 2009
Bagi kebanyakan manusia, termasuk orang Melayu,anak-anak yang masih
kecil dianggap sebagai cahaya mata, belahan hati, penawar jiwa,
intan payung dan macam-macam lagi. Sangat disayang dan
dimanjakan.Apabila besar sikit, disediakan anak-anak itu untuk
menghadapi tuntutan hidup. Diberi pelajaran dan kemahiran setinggi-
tingginya supaya apabila besar nanti dapat kerja, dapat jawatan dan
dapat gaji lumayan. Mereka rasakan itulah tanggungjawab mereka
terhadap anak-anak. Mereka mahukan anak-anak mereka berjaya dan
senang dalam hidup.
Kadang-kadang terselit juga di hati ibu ayah, kalau-kalau anak-anak
sudah besar dan berjaya, maka akan senanglah hidup ibu ayah. Anak-
anak akan membantu dan membela mereka. Anak-anaklah menjadi tempat
mereka bergantung apabila tua kelak. Anak-anaklah yang menjamin masa
depan mereka. Mereka bersandar kepada anak-anak mereka untuk hari
tua.
Memang anak-anak patut membela dan berkhidmat kepada ibu ayah
setelah mereka tua. Ini tuntutan fitrah. Ini juga tuntutan agama.
Tuhan pun memang hendak begitu. Tetapi patutkah ibu ayah mendidik
anak-anak untuk tujuan ini semata-mata.Patutkah ibu ayah mendidik
anak-anak untuk kepentingan diri mereka sendiri? Patutkah anak-anak
itu dianggap sebagai satu pelaburan untuk kebaikan dan kesenangan
masa depan ibu ayah? Kalau begitu, anak-anak tidak ubah sebagai
haiwan ternakan. Dibela, diternak supaya akan dapat merasakan untung
dan hasilnya satu hari nanti. Kalau begitu mendidik anak tak ubah
seperti satu usaha komersial atau satu penanaman modal atau satu
kegiatan ekonomi.
Konsep ini perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh. Ia tersimpang dari
kehendak agama dan kehendak Tuhan. Anak-anak itu adalah amanah
Tuhan. Mereka perlu dididik untuk Tuhan.Mereka perlu dididik untuk
mengenal, mencintai dan takutkan Tuhan.Mereka perlu dididik supaya
menjadi hamba Tuhan selepas itu menjadi khalifah Tuhan dimuka bumi.
Mereka perlu dididik untuk mengabdi diri kepada Tuhan dan menjadikan
cinta agung mereka. Mereka perlu dididik supaya menjadi orang yang
beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanyalah untuk Tuhan.
Anak-anak itu anugerah Tuhan. Oleh itu, kenalah didik mereka untuk
Tuhan.
Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orang-orang
soleh yang berakhlak dan berjasa. Orang yang beriman dan bertaqwa
sudah tentu akan berkhidmat kepada Tuhannya dan sesama manusia,
lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka. Soal anak-
anak menjaga dan membela ibu ayah mereka akan terjadi dengan sendiri
setelah anak-anak itu menjadi hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa.
Apabila anak-anak dididik hanya untuk mengejar dunia dan tidak untuk
mengenal, mencintai dan takut dengan Tuhan, maka dunialah yang akan
menjadi matlamat hidup mereka. Keinsanan mereka tidak akan terbina,
nafsu mereka akan menjadi rakus dan segala sifat-sifat mazmumah yang
keji seperti tamak, haloba, hasad, dengki, bakhil, pemarah dan lain-
lain yang bersarang dihati mereka.
Mereka tidak akan mempedulikan halal atau haram, hak atau batil,
benar atau salah, adil atau zalim, manusia ataupun Tuhan. Kalau
Tuhan pun mereka tidak pedulikan, apakah harapan mereka
memperdulikan ibu ayah mereka, jauh sekali untuk membela dan
berkhidmat kepada mereka. Ibu ayah akan menjadi penghalang untuk
mereka mengejar dunia mereka. Mereka akhirnya derhaka kepada ibu
dan ayah.
Di Akhirat nanti anak-anak ini akan menjadi orang yang muflis.
Mereka akan menentang dan menjadi seteru kepada ibu ayah
mereka.Mereka akan menuntut hak yang tidak diberikan kepada mereka.
Mereka akan menyalahkan ibu ayah mereka kerana tidak mendidik mereka
untuk Tuhan. Ibu dan ayah yang tidak mendidik anak-anak mereka untuk
Tuhan pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Di
Akhirat nanti anak yang mereka sayang itu akan bertukar menjadi
musuh.
Kalau anak-anak dididik untuk Tuhan hingga mereka menjadi orang-
orang yang beriman dan bertaqwa mereka akan menjadi aset kepada
kedua ibu ayah mereka. Mereka akan menjadi aset di dunia dan aset di
Akhirat. Di dunia mereka akan berkhidmat dan membela kedua ibu ayah
mereka. Apabila mati kedua ibu dan ayah, anak seperti ini akan
mendoakan mereka. Doa mereka tidak terhijab. Ibu dan ayah juga kan
terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari
amalan soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat dididkan
dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak mereka itu.
Hadis ada menyebut:
" Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali
tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang
bermenafaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh."
Kita harus ingat bahawa anak kita itu adalah hamba Tuhan. Tuhan
lebih berhak ke atasnya daripada kita. Hanya Tuhan mengamanahkan dia
kepada kita. Oleh itu, kita perlu didik dia untuk Tuhan, bukan untuk
kita.
Anak kita hanya anak kita sementara di dunia. Di Akhirat, dia bukan
anak kita lagi. Di Akhirat, anak tak peduli ayah, anak tak peduli
ibu. Ibu ayah juga tak pedulikan anak. Masing-masing sibuk dengan
urusan masing-masing. Setakat mana kita mampu mendidik anak-anak
kita untuk Tuhan, setakat itulah manfaatnya untuk diri kita.
WASSALAM
11 September 2009
Meeting In The Pearl Of The Orient
09 September 2009
Hari sukan SMSPs
Those in pic yang aku kenal: Cikgu Jasni, Wan "Dagu", Bonggo, Cikgu Saayah. Kat belakang tu (bertopi putih) Cikgu Ishak Mahmud rasanya.