11 March 2010

ASRAMA PENGAKAP 12

JAMBAN

Pelajar yang duduk di asrama zaman sekarang ni, alhamdulillah, dapat menikmati kemudahan jauh lebih baik dari zaman aku dan rakan-rakan mula-mula masuk asrama di padang katong dulu. Memang banyak patut bersyukur kepada Allah, yang memudahkan bagi kita, mengilhamkan kepada manusia idea untuk merekacipta berbagai alat dan 'gadget'. Dulu mula-mula duduk asrama pengakapp, jamban pun pakai jamban angkut dan jamban curah manual. Sekarang semi auto – tarik dan pam, atau tekan dan pam, atau picit dan pam.

Zaman tu semua aku merasa, jamban tinggal, jamban cangkul ( bawa cangkul dalam semak, korek lubang), jamban lepas atas sungai/taliair (teringat aku di kampung bharu, sungai dinding- pokok besar yang menjuih di atas sungai  bila air pasang, siap ada dinding penghadang empat penjuru kecuali atas dan bawahnya-air sungai), jamban curah, jamban angkut(di kedai-kedai makan/restoran dulu), jamban pam(bila bertandang di rumah mak menakan di parit buntar).

Di India jangan terkejut , masih lagi macam dulu-dulu iaitu jamban tinggal, biasanya beroperasi di waktu malam(mengikut kawan aku, seorang ustaz yang pernah belajar di India). Ada juga di waktu siang, tepi landasan keretapi. Nasiblah waktu keretapi lalu tu tutup muka saja.

Ketika kira-kira 1400 tahun dahulu pun banyak pakai jamban tinggal. Jika kita gali dan telusuri sirah atau sejarah generasi umat Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w., kita akan dapati cara qaudal hajat yang 'prevalent' ketika itu adalah dengan menggunakan jamban tinggal.

 

FITNAH

Umpamanya dalam kisah hadith al-ifk [yang tercatat mengenainya dalam hadith dan juga al Qur'an(awal surah anNuur-surah 24)] atau berita pembohongan dan fitnah terhadap salah seorang isteri Nabi Muhammad s.a.w. ,  A'ieshah r.a., beliau hanya mendapat tahu mengenai tersebarnya fitnah terhadap dirinya ketika beliau keluar malam bersama pengiringnya untuk menyelesaikan qaudal hajatnya di luar kawasan penempatan/perumahan di madinah. Melalui pengiringnya barulah beliau tahu berita yang tersebar luas yang beliau telah difitnah dengan seorang sahabat nabi s.a.w., Safwan namanya. Fitnah itu dimulakan oleh ketua golongan munafik, yakni Abdullah bin Ubay tapi disambut dan disebar oleh golongan munafikin dan sebahagian dari golongan muslimin.

Lama juga peristiwa fitnah ini berlalu hingga terkesan/tergoncang juga rumah tangga Rasulullah s.a.w. Akhirnya turun ayat-ayat al-Qur'an membersihkan diri A'ieshah r.a. dan melalui peristiwa ini turun juga beberapa ayat hukum (kazaf) sebat bagi mereka yang menuduh perempuan muslim yang suci melakukan perkara keji.

Lantaran peristiwa ini juga turun ayat-ayat berupa peringatan kepada kaum muslimin bagaimana sepatutnya sikap mereka apabila mendengar berita/khabar yang seperti ini. Juga turun ayat memperingatkan Abu Bakar r.a.(bapa A'ieshah) supaya tidak menghentikan bantuan kebajikan terhadap kerabat beliau sendiri yang mana ada antara mereka juga terlibat dalam menyebarkan berita paslu tersebut. Banyak sungguh pengajaran dari peristiwa ifk ini dan ayat mengenainya telah diabadikan oleh Allah SWT dalam surah ke-24 (AnNuur) dalam al-Qur'an.


TUJUH PEMBINASA

Aku teringat ketika di Bohor Pulai pula, kawan-kawan dalam Malay Medium ada sebut tentang hadith 7 pembinasa besar (dosa besar) yang dipelajari di tingkatan 4 ketika itu, yakni salah satunya (selain syirik kepada Allah, sihir dan lain-lain) adalah menuduh perempuan muslim yang suci melakukan zina. Rakan tu pernah cerita kat aku yang dia pernah sebut pada classmatenya yang lelaki juga bahawa seorang classmate perempuan yang masuk SMS intake tingkatan empat nampak macam mengandung. Maka kata classmatenya tak baik cakap gitu, kan baru belajar hadith 7 pembinasa besar, berdosa besar nanti. Maka terhentilah cakap-cakap tersebut. Tapi kemudiannya aku dengar dari dorm mate aku yang Malay Medium ni yang selang beberapa bulan kemudian, budak perempuan ini minta berhenti sekolah dari pengetua, sebab dah mengandung 7 bulan.

Rupanya penyebab dia 'conceive' ni sebelum dia masuk SMS lagi, waktu tunggu keputusan SRP agaknya. Lepas tu tak tau apa jadi.

 

TAUBAT

Moga beliau dapat bertaubat dengan taubat nasuha supaya Allah dapat mengampuninya sebagaimana Allah telah mengampuni seorang wanita yang berzina dan melahirkan anak ketika zaman Rasulullah s.a.w. Wanita ini telah menyerah diri meminta untuk dihukum oleh Rasulullah s.a.w. dari sejak ia mengandung, melahirkan anak dan menyusukannya dan sehinggalah menyapih susu, malah berkali-kali beliau datang kepada Rasulullah s.a.w. menyerah diri untuk dihukum. Akhirnya beliau dihukum rejam, namun Rasulullah s.a.w. memberitahu sahabat bahawa Allah telah menerima taubatnya dan sekira taubatnya dibahagikan kepada 70 orang muslim di Madinah masih ada lebih lagi. Begitulah ampunan serta rahmat Allah kepada hambanya yang benar-benar bertaubat dan kembali kepadaNya. Sama-samalah kita menginsafi diri dan sentiasa bertaubat kepadaNya. Tambahan pula umur sudah meningkat, menghampiri waktu senja. Dan zaman sekarang ini, banyak kematian itu datang dengan tiba-tiba, without warning or indication.

 

LELUASA

Dulu, berita perbuatan keji seperti zina jarang-jarang didengari, kerana jarang-jarang berlaku. Tapi kini, lain ulu lain parang, lain dulu lain sekarang. Selalu sangat aku baca atau dengar berita bayi dibuang, samaada yang dah mati maupun yang masih hidup. Yang jumpa dekat sampah sarap, ada yang ditinggalka di depan pintu surau atau masjid, dalam longkang pun ada. Maknanya perbuatan keji ni dah berleluasa. Gamaknya sebab itulah negara atau masyarakat kita banyak dilanda berbagai masalah, samada penyakit yang menular, kadar kematian mengejut yang tinggi, masalah gejala sosial yang gawat seperti menyalah gunakan dadah umpanya, bencana alam dan berbagai lagi.

Baru ni, dalam forum perdana maulidurasul di masjid kariah aku, seorang ahli panel mendedahkan perangkaan dari jabatan pendaftaran negara, lebih 250,000 kes(setahun) anak luar nikah dikesan. Itu belum lagi yang tidak didaftarkan. Majoriti dari kes-kes ini pula melibatkan anak bangsa Melayu. Entahlah apa sudah jadi dengan generasi Melayu sekarang, dah kehilangan jati diri! Aku pun naik risau takut-takut penyakit ini menjangkiti kaum keluargaku. Na'uzubillahi min zaalik, minta dijauhkan Allah darinya.

 

BASUH

Selain jamban, aku teringat juga di Asrama Pengakap disediakan ruang untuk membasuh pakaian. Ianya bukan macam di asrama sekarang. Ini tradisional punya. Di belakang dorm ada kawasan lapang yang bersimen. Di situlah kami duduk mencangkung membasuh baju, seluar, kasut, cadar, sarung bantal, selimut dan sebagainya. Waktu tu mana pernah dengar mesin basuh. TV pun baru beberapa tahun diperkenal. Di situ jugalah di antara kami baru mula-mula belajar membasuh. Rendam baju dengan sabun dalam baldi. Kemudian, bagi yang lebih advance pulak, awal-awal lagi dah pandai guna nila. Aku masih ingat, bila aku ke bahagian belakang dorm, banyaklah baldi yang berisi pakaian atau cadar yang terendam, kadang-kadang tu berbau semacam aje, maklumlah lambat basuh dan 'over' rendam.

Bila yang 'over' nila pula, maka kebiru-biruan lah cadar atau uniform sekolahnya. Yang dari Peghlih pulak, kalau hujung minggu tu boleh pass over pakaian yang kotor kepada mak ayah yang datang. Tapi bagi kebanyakan dari kami, ketika itulah mula independent buat sendiri....


No comments:

lagu-lagu top 1974-78