
20 July 2009
Latest Discovered Member

19 July 2009
REUNION Part 2
Unofficial -Malay Medium lawan English Medium
Lubang pertama Norshah pukul dulu, zuppp, full swing brother, senang senang 250m, on the fairway, lepas tu Chuck pulak puhh, lebih kurang 230m, pressure aku dengan Rahman..Rahman pukul zupp OB (out of bound)..
Giliran aku pulak , jenuh aku air swing dulu nak pastikan sekurang kurang nya aku tidak OB. Urat urat badan nak kena bagi relax. Aku ingat petua petua main golf, seperti “eye on the ball” lihat stance ok, grip ok, body centre of gravity ok, rancang kat mana nak position bola, shoulder must be on same the plane, toil the bell, body in the barrel , breathing kena betul, pakaian kena selesa , body and mind harmonise in unit, last last sekali hanya aku, bola dan fairway, dan macam macam lagi, banyak petua main golf ni, bukan main belasah aje.. very technical lah brother, punya focus sampai bunyi burung pun bolih menganggu swing kita.….
Zupp on the fairway 40m belakang Norshah…mengikut ingatan saya score kami untuk first nine, English medium menang 2 lubang. Itu pun English Medium kasi 2 stroke. Chuck putting untuk birdie 3 kali tak masuk, kalau masuk dah tentu dia champion hari itu.
First nine aku dan Rahman kalah teruk sebab nak ikut Norshah.
Masak! .Itulah golf, sepatutnya play within your means, tapi kalu nak ikut orang memang focus akan lari. Jadi tukar strategi, kami mengingati semula antara satu sama lain,
2nd nine, score Malay medium bertambah baik.
17th hole Malay medium sudah menang satu stroke. Aku nampak Norshah dengan Chuck sudah pressure, pukul pun OB, Last hole aku pulak pukul paling jauh, tapi masaalah aku macam jaguh kampong mental tak kuat 100m ke green pukul pulak kembang masuk bunker, Norshah masuk dekat pin..lemah longlailah aku dah jangka kami seri. Depa janji nak bagi empat stroke untuk second nine tapi depa buat derk saja…
Walaubagaimana pun aku sangat gembira puas, aku rasa Chuck Norshah dan Rahman juga begitu.. kami tak fokus pada competition tetapi kami lebih pentingkan lawan sesama sendiri.
Gelak ketawa terlalu banyak sampai rahang rasa nak jem….
18 July 2009
Reunion deliverables
REUNION part 2 – Serious notes
Before I forget, I would to share some points of Dato' Cik Gu Rahim speeches as deliverables. He requested everyone to assist him on his aspiration to others, especially to those did not attend the golf session at Monterez. His noble aspiration is towards contributing for better education to the nation in general.
· He is collecting ideas and inputs from the all interested SMS students to contribute feedback to him so that he can consolidate and compile and use them to guide teacher.
· He is also looking at the perspective of the successful SMS ex students to give a talk, share experience or seminar to the pupils of SMS and the teachers, this is one of a way that Asputras can contribute back to SMS.
· He is writing a book of his experience as an educator for guidance to others. (Already published and probably is in the market by now.)
Cik gu Khalid Dan did not disclose any aspiration other than giving his life example to go through retirement age by quoting some of the following points:
· Jogging for 20 minutes is boring but he enjoyed playing golf so that he can sweat and socialize.
· Rambut itu hitam, yang putih itu bukan rambut tapi uban.
Cik gu Chot , I can t remember.. Perhaps chuck, Norshah or Rahman would be able to help.
Sudin
Purification of the Heart

Aku tengok ramai yang mengeluh blog kita tak di update dengan posting baru. Memang begitulah lumrah manusia atau insan. Ada turun naik semangatnya. Dan ada turun naik juga imannya. Dengan dorongan dan peringatan, kita boleh jadi kuat balik, insyaALlah.
Just to get the ball rolling, izinkan saya ketengahkan sebuah buku. No, Ramlan, bukan "Isabella"….yang tu kau boleh klik sendiri kat sebelah kiri blog kita ni dan baca. Hasan dah sediakan.
Buku ini bertajuk "Purification of the Heart" oleh Hamza Yusuf.
Pada satu pagi di minggu lepas, ketika aku sedang mengunyah roti bakar yang disediakan oleh Mem Besar aku, si Wardina, pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 tiba-tiba telah mengeluarkan buku berkenaan. Beliau seterusnya telah membuat sedikit ulasan mengenainya.
Aku memang kenal buku tu. Ia telah dipinjamkan kepada aku oleh sepupuku Dr Izwan agaknya dua tahun yang lalu. Tetapi sehingga kini tak pernah aku baca ia melainkan setakat belek-belek begitu sahaja. Aku boleh tulis pelbagai alasan untuknya di sini….tetapi tak satu pun nampak munasabah, dan kau orang akan hanya ketawakan aku nanti.
Jadi, buku itupun lenyap dari pandangan dan ingatanku selama dua tahun.
Tetapi pada pagi tersebut ALlah SWT, melalui si Wardina, telah mengingatkan aku kembali mengenainya.
Berpeluh jugak aku mencarinya kembali. Cari punya cari terjumpalah juga akhirnya ia terselit di rak buku di bilik tidur aku. Dah naik berhabuk dia menunggu untuk dibaca.
Setakat ini (setelah seminggu buku dijumpai!) baru sampai bab Introduction aje. Namun, izinkan aku berkongsi sedikit beberapa perenggan dari buku ini:
Wallahua'alam.
10 July 2009
A Friendly Commentary
by Illa
Fujie, how's your daughter? Dah sembuh ke demam? Hope she's better now. Tapi more important, hope to see u again soon!
Kamsiah, thanks for arranging and Naziri, tq tolong angkut kita orang to KL. Selesa sangat. Also tak akan lupa pi shopping kat Amcorp Mall... Dekat tak, jauh pun tak.. puas excercisela jalan dgn kasut 'high-heeled'! Kamsiah, dah okayke kaki you?
Zaim, meeting you again has changed my misconceptions of you! You ni, betul2 terbalik kut. Masa kat Sains Perlis dulu.. serious, matured, memang Illa takut habis tengok airmuka you yg 'stern' tu. Last Saturday, you nampak boyish and very approachable. So glad we meet again.
Shimah , thanks for the beautiful gift and the kuih you brought. Wish I had been as thoughtful as you. Excited sangat nak jumpa semua orang, tak terfikir pasal gift.. Best sangat bila you, Fyzah and Roslina mai awai kat bilik hotel (Room 203) kita orang.. Terjerit, tergelak, tertawa macam masih budak sekolah...!
Zauri , Hussin , Hassan .. Selama ni memang Illa tak terbayang boleh bertegur sapa dgn you all. Tak pernah duk sekelas pun. Fujie pernah mention yg Zauri is very friendly and nice... tapi masa tu, Illa fikir most boys are friendly with Fujie but not to the rest of us yg tak pandai mix around ni!!
... But 30 years certainly bridged all the gaps and brought us all closer together..
Adnan , Illa memang tertunggu-tunggu nak jumpa Adnan. Honestly, Illa memang tak ingat sangat Adnan masa kat Sains Perlis dulu. Tapi bila dah selalu e-mail, rasa rapat pulak. Kamsiah pulak habaq yg Adnan dan Sudin sekarang berjambang lebat. Suspense jugaklah macamanala rupa kau orang ni.. Nasib baik hampa dua, cukuq lincin masa reunion hari tu. Berani sikitla Illa nak tegur kau orang.
Noriah , Halijah .. terkilan pulak rasanya tak sempat sembang panjang dgn hampa dua. Halijah, you mengajar satu sekolah dgn Cikgu Saayah ke? Mana foto2 dari album Cikgu Saayah? Teringin nak tengok..
Khushairi , so sorry to hear about your missus. Masa last jumpa dia, she was so cheerful and healthy. Illa doakan Allah pulihkan penyakitnya dan panjangkan umur nya.
Aizuddin , tq for ferrying kita orang utk sessi "Teh Tarik" kat kedai mamak malam tu. Memang betul2 gentleman. Habis sessi, hantaq kita orang balik ke hotel pulak.. Alamak, kalau anak kita orang tak berderet, memang boleh terpikat!! Just joking Aizuddin.. jangan marah ye!
Norshah , harap tak terlambat Illa nak ucapkan "Selamat Bertunang" dan selamat membina hidup baru. Apapun jangan lupakan anak-anak. By the way, berapa orang anak dgn Shah dulu? Illa ingat last Illa jumpa Norshah semasa kita sama2 bawak anak ke Klinik Dr. (?) di Tmn. Tun, KL. Jadi rasanya, anak sulung kita lebihkurang sebaya la.. And tq belanja semua orang kat kedai mamak malam tu..!! Semoga murah rezeki selalu..
Usop , Rahman , Wahab , Hadzeri .. rasanya terlalu singkat pertemuan semasa reunion malam tu. Tak dpt nak berbual dan bertanya khabar berita sepenuhnya.
... Illa harapkan kita dpt buat reunion khas utk batch kita shj suatu masa nanti..
Hisham , best betul dpt jumpa you semula. Tapi terasa singkat sangat dpt berbual dgn you. Illa betul2 mengharap kita semua dpt reunite sekali lagi. Satu permintaan.. kalau boleh, Hisham designkanla satu jersey ("long-sleeved" so that ladies pun boleh pakai), khas utk batch kita. Illa tengok T-shirt Asputra yg on sale malam tu, tak menarik langsung! Costnya, Hisham tetapkanlah... Just utk kenangan kita semua, macam Hisham pernah buat masa kita Form 2 (?) dulu...
Ramlan , memang Illa tak dpt cam langsung masa you mintak teka, mula2 jumpa mlm tu... Apa "clue" you bagi malam tu? Classmate kita yg paling cute?! Tentulah Hilman yg Illa ingat! Kalau you bagi clue.. "yg paling kuat mengusik dan nakal".. gerenti Illa dpt teka!! Tapi, Illa setuju apa yg Ramlan katakan that those yg dah puas nakal masa muda akan berubah baik in later years.. And yes.. dah hensem sekarang ni..!!
Chuck , lama tak jumpa sejak tinggalkan USM. Masih cool n steady macam dulu. Rupa pun tak berubah langsung. Dengaq you accident teruk some time ago. Tapi malam reunion tu, nampak seperti pulih sepenuhnya.. syukur alhamdullillah.. Masih boleh lead the clan macam dulu (Monitor class 4 Sc 2.. Che Ya asst. monitor!).
Rosmina , wah.. memang benar bagai dikata, berseri dan bergaya sungguh you sekarang ni. Illa masih ingat kita duduk satu dorm dulu, bersama adik arwah Surizah, Zahirah (junior),...dormates yg lain Illa tak berapa ingat. Kita siap bergambar sakan masa tu. Maybe, I'll get Zahirah to send the photos to us by e-mail. Hm.. pasti nostalgia nanti..
Suresh , Kamal , tak sangka you both boleh kenal and tegur Illa malam tu... Happynya! Suresh siap introduce to his missus! Hope to see both of you again some time in the near future..
Azli , thank you, dropped-by my pharmacy hari tu. Maaflah had to cut short your visit. Jamu drinks pun tak ada, terribly sorry. Illa memang respect Azli make the effort jumpa most of our batch. Keep up the good work and keep in touch!
Ong , why only remember Cahaya Iman?! Jealousla macam ni..!! Hope you remember the rest of us (Laila, Roslina, Fauziah, Hafidzah, Jasimah, Kamsiah and Noriah - all sitting at the same dinner table) next time around!
Last but not least, Zamri .. Yes, I suppose I was closest to you during our schooldays, aside from Lawrence, Lutfi, Sharifuddin and, hm.. come to think of it.. Ramlan.. (!) (among the boys in our class). We lost contact numerous times after leaving school, but I hope this time around we'll not lose touch again..
.. To those of you yg ada mention nak drop-by my pharmacy in
.. Till we all meet again someday, take good care of yourselves.
Salam mesra, ILLA.
09 July 2009
Luahan Rasa Seorang Rakan
oleh AdnanMT
First of all, aku cukup happy especially dapat jumpa kawan-kawan. Kalau tak sempat minta maaf hari tu, minta maaf lah ye! Terkasar bahasa ke, tapi jauh dari lubuk hati just want to make sure that you are all happy. Bukan senang nak jumpa lagi. Indeed, I really want to take this opportunity, seriously, just to be together… kawan lama babe! Dulu-dulu yang perempuan tak pernah pun bertegur sapa tapi this time… uhh… seronok rasanya… Thank you very much to the husbands and, of course, to our dearest wives for allowing us to spend a moment of our "short life" with our long lost friends. Sikit terkilan kerana ramai juga kawan-kawan lain yang tak dapat datang. Next time, don't count on whether you succeed in your life ke, belum kahwin ke, kerja pangkat tak seberapa ke, we are all friends, mana tau kut-kut ada yang boleh bantu yang kurang berjaya untuk berjaya. Yang belum kahwin, mungkin kita
Terasa bebeno rapat dengan Kamsiah ni sebab sekarang dia selalu usik aku. Jarang jumpa tapi bila kena usik kat blog ni, terubat rindu dengan kawankawan yang lain. Cuma malam tu, Chuck kurang menyerlah. Memang terasa sebab dia selalu buat jokes but this time mungkin dia terlalu letih kut melayan Cikgu Rahim main golf. Tak kering gusi jugak dgn gila2 Azli sampai tertidur dengan dengkuran yang kuat sebab terlampau seronok sangat sampai hilang keletihan. Sorry Azli buat kau terkejut dengan "Orchestrated Tunes" aku.. he he he...
Halijah sorry for not recognizing u..kalau jumpa mana2 tegur dan jangan malu2. We are not only friends, tapi dah macam adik beradik, OK. Same old Nor Hisham Hassan, masih cara lama dia melayan kawan-kawan. Walaupun dah tua-tua ni, masih banyak guruan tapi cukup berjaga supaya kawan-kawan tak tersentuh hati. CC Ong, sorry tak dapat nak jumpa after the dinner. Suresh, of course, Wahab, Aisyanuddin, keep in touch. Yang lain-lain tu selalu jumpa di internet so. Tak terasa sangat jauhnya, especially Ustaz Aizuddin, Hassan Sabran, Husin, Usop, Rahman, Nor Shah, Zaim, Zauri, Hadzeri dan Ramlan. Shamsuddin dah memang macam kembar sebab selepas keluar sekolah masih berkerjaya di bidang yg sama. Naziri, ada potensi utk jadi pemimpin. MB Perak kosong. Gang-gang girls, sorry, "Ladies" minta maaf kalau ada nama2 yang terlupa.
Really happy... keep in touch… even with just a hello...
Zizi nanti ada kesempatan aku pergi jumpa kau kt Putra Jaya...
Wassalam n adios....
The Other Side of A Reunion

“Malam ASPUTRA 2009”, that was the theme given for a reunion dinner hosted by the Alumni of Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis on July 4th, 2009. It was held in Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Former students of the school starting from the SPM Batch 1976 until the latest batch, came from all over
Gambar Reunion @ Singgahsana
dari lensa kamera Kamsiah
Cikgu-cikgu yg datang
Kamsiah, Noriah dan Sudin
Illa, Sharizan, Roslina, Fujie
Fizah, Illa, Fujie, Roslina, Jasimah
Ada banyak lagi gambar DI SINI
07 July 2009
REUNION
oleh Sudin Karim
Tanggal 4 July, 0430 pagi bangun dikejutkan oleh bunyi talipon bimbit, bunyi Asmaul Husna..bingkas seperti helang mahu takeoff dari sarang, misi pagi ini telah ditetap hampir 2 minggu. Misi utama golf di Monterez, misi kedua jumpa kawan kawan lama pada malamnya. 5 pagi setelah selesai bersiap, tangkap baju dalam almari, orang rumah sudah sedia seminggu lebih awal, tangkap bag golf dan humban masok kereta. Warm up kereta risau last 2 week kereta meragam distributor seal pecah masuk minyak hampir terbakar distributor, nasib baik ada Komander Rahman, kalau tidak naya tidok di Shah Alam. Kereta lama kesayangan yang penuh dengan nostalgia tak dapat dilepaskan. Sayang bukan main kerana berjasa terlalu banyak, hampir 400,000 km. masih kuat , lari 180km/j steady.
0530 Anak anak masih tidor nyenyak nak kejut terlalu awal, masuk kereta dan shoot terus ke Shah Alam, sampai RnR Seremban berhenti pergi sembahyang subuh dan kena teh tarik serta pau sebiji. Kepala teringat ini Monterez bolih sampai ka sebelum pukul 7 pagi..bedebar debar takut tak sampai, hari itu dah pergi dengan Rahman, tapi tak berapa pasti..
0700 Sampai Shah Alam, jumpa sign board Monterez selepas Giant Shah Alam, hokay I am on baby, sebelum selekoh Bukit Jelutong Nampak signboard ke Monterez just after junction sebelum ke Bukit Jelutong. Hampeh takan terlepas?, tapi sign board dia pasang betul betul selepas selekoh, apa punya orang pasang signboard macam tu? Patut signboard sebelum selekoh..pening Tengok jam 0712 masuk selekoh Bukit Jelutong tengok signboard tak ada Montterez ..la awat jadi macam ni, patah balik masuk tol Shah Alam, Tanya anak dara tol cik nak pergi Monterez macamana? Pak cik masuk jalan salah nak patah balik tak bolih ada kereta kat belakang pakcik terus buat turn patah balik..cis dah tua sangat ka aku? Ada ka pak cik, panggil abanglah lebih selesa..Pusing balik call Hisham Rizal nasib baik dia tolong dapat lah pergi Monterez, 0730 sampai jumpalah sms punya gang, jumpa Cikgu Rahim, Cikgu Khalid dan Cikgu Chot..nampak semua happy bersemangat..
Jumpa Norshah Chuck dan Rahman, makan dulu dan Cikgu Rahim duduk depan aku sama Cikgu Khalid dan. rasa tak selesa sebab flash back aku ingat Cikgu Rahim cekak leher baju aku semasa aku tengah lari nak ke asrama, terserempak! Mana dan nak wish, yang aku ingat dia cekak aku dia kata "boy everytime you see me you must wish me…!" "Yes sirr" kata aku selepas dia lepaskan aku. Aku lari lagi laju terkejut besar..tapi bila dia duduk depan aku nampak dia baik sangat dan hensome pulak orang tua ni..
0800 start tee off , aku Rahman n Norshah sedap hisap rokok, tunggu Cikgu Rahim punya flght tee off dulu, pukul elok kita puji, good shot cikgu, tapi kena Cikgu Rahim kita cakap ok tu cik gu, good lay up..sebab bola tak pergi jauh dan tak masuk kolam. Aku pulak gatal mulut aku sebut "tak apa pinggang nak pakai lama"..kita senyum saja..chuck pulak pergi report, "cik gu!! depa hisap rokok cik gu", Cik gu Rahim ketawa besar, dia kata Norshah ada..kami sama sama ketawa..sebab ada privilege hisap rokok depan cik gu besar.
(bersambung)
06 July 2009
Gambar Kelas 4Sc1 1977
