oleh: Azizi Ahmad Termizi
.
Kad Pengenalan Murid adalah dokumen paling penting bagi pelajar yang tinggal di asrama. Untuk keluar masuk dari asrama inilah "pasport" nya. Kalau tiada kad, jangan harap boleh keluar outing. Kecualilah kalau berani "fly" iaitu keluar tanpa izin sama ada dengan menyorok dalam Van Ready To Roll tu atau diseludup dalam kereta parents kawan-kawan yang melawat.
Namun, bagi kita batch '78, kita hanya kenal benda ini setelah berpindah ke Bohor Pulai. Semasa di Padang Katong there was no such thing as Kad Pengenalan Murid. Seolah-olah kita ni bebas untuk kesana kemari.
Walaupun ia dokumen penting, oleh kerana ianya hanya digunakan dalam seminggu atau dua minggu sekali sahaja, maka aku selalu misplace benda ni. Bila time nak keluar ke pekan Kangar barulah geledah locker untuk mencarinya.
Kekadang jumpa. Tapi kekadang tu sampai berpeluh mencarinya...tak jugak jumpa-jumpa.
Dalam situasi sedemikian terpaksalah pesan aje bekalan nasi ganja melalui geng-geng yang dapat keluar.
2 comments:
Masyallah, ada lagi kau simpan kad ni..aku pun tak teringat kad ni aku pernah ada ke tak..hehe..pelupa sungguh...
Hasan
kau sure ada punya kad ni...kalau takde tak boleh keluar outing la kau! bila outing kena tinggal kat pondok pak guard. tapi memang kita tak berapa jaga sangat kad ni. bila nak keluar sahaja baru cari.
Post a Comment