Showing posts with label New Photos. Show all posts
Showing posts with label New Photos. Show all posts

24 July 2009

Aku dan Dino

oleh Sudin Karim

Berjumpa dengan dino last week , dia nak ke KL ada meeting sanggup dia singgah dekat Melaka semata mata nak jumpa aku. Aku dah tengok gambar dia dalam blog ini senang aku kenal, tetapi sekiranya tak ada blog ini dah tentu aku tak kenal dia.

Dino yang aku jumpa seorang budiman dan humble down to earth.  Sembang punya panjang sampai dia tak dapat pergi seremban dan terpaksa dia tidor kat Melaka.

Just to share this photo for everybody to see me and Dino.

09 July 2009

Gambar Reunion @ Singgahsana

dari lensa kamera Kamsiah 

Cikgu-cikgu yg datang


Kamsiah, Noriah dan Sudin

Illa, Sharizan, Roslina, Fujie

Fizah, Illa, Fujie, Roslina, Jasimah


Ada banyak lagi gambar DI SINI

06 July 2009

Group Picture Malam ASPUTRA 2009

by mzauri@pc,jaring.my

Please check out our group picture above, just below our blog header. Just to recap, here's the "teacher/subject taught" list (please comment if the infos are incorrect):-

Cikgu Razak / Modern Maths
Cikgu Munir / Industrial Arts
Cikgu Khalid / BM
Cikgu Ishak / Warden Asrama Putra
Cikgu Baharom / BM & Geography

05 July 2009

Reunion@Singgahsana PJ 4th July 2009

by Hassan Sabran

Seronok dapat jumpa kawan2 lama. Sebelum ni, beberapa sessi perjumpaan telah berlaku, tapi setakat maksima 6-7 orang. Kali ni approx. 30 orang sekali gus. Tu belum campoq seniors dan juniors. Pendekata memang tak sempat nak bermesra dengan semua. 

Kalau dikirakan batch kita avg satu kelas 28 orang..Kali 4 untuk 4 kelas..sepatutnya ada dalam 100 orang lebih. Yang datang reunion around 30%... What you say..kira ok lah tak? Reunion 2007 cuma 7-8 orang yang mai... harap2 reunion 2011 dapat 50% lah pulok, insyallah.

Namun tak lupa aku nak mention mereka2 yang nak datang, tapi tak diizinkan Tuhan, iaitu Azizi AT, Dino dan Rosman. Rosman demam, Dino masih kurang sihat sementara Azizi pulak, spt yang dia cerita sendiri. Ramai yang volunteer nak ambil dia, tapi keadaan tak mengizinkan... Takpaa lah, raya ni kita serbu openhouse dia lah...sebaliknya aku sepatutnya berada di Laos since 1hb lagi, tapi aku demam last Saturday, meleret2 sampai hujung bulan, bos bagi marka kesian, lulus aku ke reunion, alhamdullillah...

Berikut nama2 yang mai malam Reunion ... in no preference order....

Aishanuddin, Zambri, Norshah, Chuck, Ramlan, Hussin, Naziri, Khamsiah, Noriah, Rusmina, Fuji, Fizah, Laila, Jasimah, Roslina, Ong, Suresh, Hadzeri, Adnan, Yusof, Rahman, Azli, Aizuddin, Khushairi, Zauri, Wahab, Sudin, Zaim, Kamal, NorHisham dan Hasan. Semua 31 orang...harap2 betoi..kot2 ada nama yang tak masuk tolong habaq mai... [pembetulan: semua 32 orang, termasuk Halijah)

Alhamdullillah dapat salam, peluk dan mintak maaf kat Cikgu Aq Man, Cikgu Munir, Cikgu Rahim, Tok Man dan beberapa lagi yg aku tak berapa nak kenai dan ingat dah...

Begitu juga beberapa seniors spt Zulhisham Ayub, Ainuddin, Naim, Kak Noraini, Ghazali Othman Taufiq dan juniors spt Datin Rosmah, tauke wayang Shukri, Kahar dan ramai lagi... 

Kudos too untuk yg mai dari jauh..nun kat ujung Peghelih... insyallah pengorbanan anda diberkati Allah SWT..

Semuga Allah SWT juga memberi kita semua panjang umur agar dapat bertemu dan bersalam semula di lain kali...sesungguhnya apabila seorang beriman bersalaman dengan rakan seislamnya, maka gugurlah dosa-dosa nya...amin..

Some photos ada kat bawah dan ada 19 keping lagi >> DI SINI 

Harap2 sesiapa yang turut snap foto hari tu, dapat lah letak di sini jugak...

Aizuddin dan Wahab 

Fuji, Fizah dan Jasimah

Lepas Singgahsana, Singgahmamak pulak

28 June 2009

Bersilaturrahim dan Ngap Sayot

oleh Hasan Sabran

Hari Jumaat malam Sabtu aku masih di opis.
Lepas isya' tiba-tiba henfon aku berbunyi "I got mail!"
Aku pun segera tengok, nampak mesej ...Mahdi ni.aku d kL ni.
Aku terkezut, aik! mamat ni silap tarikh ke apa? Reunion 4hb, seminggu lagi?
Aku pun terus berbalas-balas sms...rupa-rupanya dia hantaq anak daftar masuk uitm shah alam besoknya...
Tak paa.. aku pun buat temujanji dan dan time tu jugak pi jengok dia di Selesa Inn dekat Medan Tunku sana...
Dia belanja aku 2 gelas kopi-O malam tu...sampai balik aku demam panas...
Alhamdullillah dah kebah..

Esoknya, Mahdi sempat singgah rumah Rosman dan Zaim pun join sekali... Ni photo Zaim email kat aku...
280620091558.jpg

25 June 2009

TRIP to KANGAQ PERLIH

oleh Hussin Masrin

Aku kalau dalam bab menulis ni…HANCUS! Tapi gagahkan juga "story", untuk kongsi dengan kawan2..bahasa sempoi.

Pada 24hb Jun 2009@Rabu yang lepas, aku & Tn Syaikh Azli ( malam tu dia tidoq kat "Flat" aku) telah bersepakat uuntuk pegi ke Kangaq,Perlih konon nak jumpa kawan2 kita di sana sebab kami memang suka nak jumpa kawan2 sekolah. Lebih kurang jam 10.30am, kami pun bertolak menuju ke Perlih...bersemangat tu! Lagi pun, aku kena sacrifice untuk kawan2 kita yang asyik dok cerita pasai Asrama Pengakap, Padang Katong…nak bagi confirmation keadaan sebenar ...tak main la Google2, "agen" etc…

Lebih kurang pukul 12pm, kami sampai ( F1 driving) di Klinik Azhar & Rakan2, Kerpan untuk misi jumpa Dr Kushairi…hampa, klinik habaq baru cabut pi Klinik Kodiang. Sampai Kodiang, lebih kurang pukul 1230pm, Azli register jadi "pesakit" sebab dia ada selsema sikit. Aku pun sms Dr Kushairi, saja nak pekena dia "Salam Dr..Ini Hussin,hang kat mana,klinik ka? Aku sakit ni...ada ubat... ka...? Kalau ada, aku nak pi klinik hang.." , so tiba masa, kami dipanggil masuk..Dr bersalaman dgn Azli & tenung Azli lama2 sebab tak berapa kenal kut & 'impossible" & aku duduk jauh2 di sudut, buat2 tak kenai..tapi bila Dr nampak muka aku..terus peluk aku & lepas tu baru peluk Azli. Dr betul2 terkejut "beruk" ( eeh..ada ke bahasa ni ) & was still in a shock. Bukan main hingaq lagi dalam klinik tapi aku & Azli cepat2 keluar, nanti takut patient kat luar fikir " Apa depa buat dalam bilik ni? " & tunggu sampai Dr selesai kerja..lebih kurang 1.15pm. Kami pegi lunch, pegi Asrama Pengakap & SMSPs ( siap masuk dalam )...gambar?.., mesti ada!

Kawan2 ku...tatap la puas2 gambar Asrama Pengakap & SMSPs masa kini.

1- Asrama kita dulu dah jadi "Tempat tinggal Jin & Mat Jarum".

Asrama Pengakap terkini

2- SMSPs dah banyak berubah tapi aku nostalgia Volleyball Court tu.

Volleyball court

Clockwise:-Dewan Sri Pulai, Dewan Makan, Volleyball court, Tennis Court, Asrama Putera, Padang

Lepas tu balik ke Klinik Dr & kita pun salam2 & blah ke SMK Syed Alwi, pegi jumpa Cikgu Saayah ( Cikgu Geography kita dulu tu ). Ingatkan Cikgu tak kenal aku lagi, Cikgu senyum & gelak2 tengok aku, Cikgu memang kenal aku lagi ( ada lucu punya cerita tapi aku malu nak habaq, Azli tau ). Masuk bilik guru, maka sesi "sembang" mula walaupun pada ketika itu Cikgu sibuk...Azli memang dah biasa dengan Cikgu..Cikgu kata "Hang tak berubah sangat no Hussin, dulu cute...la ni masih handsome lagi tapi hang jangan perasan no..". Gambar Cikgu Saayah as shown below.

Cikgu Sa'ayah


Anyway, lepas selesai "persidangan" dengan Cikgu, kita pun blah pegi jumpa Rahim@Ron... dan kebiasaannya salam & peluk. Lagi satu sessi "sembang". Habis sessi tu, kita pun blah balik lebih kurang pukul 6pm, tak sempat jumpa yang lain, mungkin lain kali...

On the way, pegi Alor Setaq.. destinasi Kelab Darul Aman, jumpa Tuan Pengarah Fauzi Ali yang tengah main golf. Ini orang tak jemu2 main golf=Game of lazy folks.. Golfers, jangan marah..! Jenuh juga nak cari Kelab ni, kita sampai duduk kat coffee house, makan2 & minum2 lepas tu blah pegi ke rumah Fauzi.

Aiyoo.. satu lagi sesi "sembang" sampai la ke pukul 1045 mlm. Blah dari rumah Tuan Pengarah balik Penang...sampai Penang 12.15am.

Banyak yang aku tak dapat nak "story" kat sini sebab nanti kawan2 boring...bila jumpa nanti, kita cerita lagi panjang no......

Azli jual ubat kat Dr Khushairi


23 June 2009

Lama tak Jumpa







dari Hussin Masrin

Actually, gambar ni Zamri yang snap, aku cilok dari facebook dia.
Meeting Place : Sungai Buloh Bangi Kopitiam ( Rupenya kedai ni Kid-guitarist SEARCH yang punye, kedai yg ke11 yg aku dengar )
Time: 215pm - 6pm
Ahli2nye: Kamal, Zamri, Zaim & me
Biasa le bila dah tak jumpa 31 tahun, peluk2 sahabat bukan main sedih suka...

Cerita biasa, yg lama & baru ...

15 June 2009

Pertemuan Yang Tidak Dirancang (Bab 3)


oleh Kamsiah Haji Madiu

C. Semasa Bertugas di Perak

Selama 7 bulan aku bertugas di Perlis, dapat surat ditukarkan ke Perak. Mula2 tu berat juga sebab nak tinggal kan anak-anak yang masih belajar….tapi demi tugas pi juga dan minta tanggug juga sebulan. 1 April baru pi Ipoh, cari rumah dan cari jalan nak pi ofis……April Fool…

Dari maklumat Asputra ,aku pun tel member kat Ipoh. Kebetulan ada Naziri, Mohamad , Fuji , Laila , Hamdan, Mohamad dan Aisa. Tel le depa walaupun kat sekolah dulu tak cakap kecuali dengan Aisa dan Naziri. Terima kasih kat member yang angkat telefon dan sudi berbual…..

Mula-mula tu cuma SMS dengan Fuji dan Laila, Fizah dan Jashimah. Lepas dah lama ber'SMS' Fuji nak jumpa. Aku mana le tahu jalan-jalan kat Ipoh ni. Jadi minta dia jumpa aku Kat TESCO St 18, Jln Pasir Putih. Tunggu punya tunggu ternyata Fuji masih macam dulu, fizikal dan perwatakan macam kat sekolah juga.. Aku eja yang besar sikit……. Lepas berbual2 dan makan, Fuji ajak pi jumpa Laila kat Farrmasi dia…Apa lagi ikut je le bawa anak-anak sekali….Laila pun sama macam dulu juga. Depa mana tak 'macam dulu' orang perubatan kata kan, jaga makan dan kesihatan….kita bantai semua.

Cuba teka siapa kami semua?



Tak pa kalau tak sihat suruh Fuji periksa dan ambil ubat kat Farmasi Laila. Mungkin boleh dapat diskaun……………..jangan minta free sudah le, kawan-kawan juga, bisnes kena jaga la beb……..

Ok lah setakat ini dulu…nanti aku buat gathering kat Ipoh, hampa jangan tak mai. Kita pakat belanja KAWAN2 ….ok tak……tapi waktu hari Sabtu@ Ahad siang hari la. Kalau malam nanti aku tak jumpa jalan balik rumah…………

Sekian buat masa ni. Jumpa lagi.

Salam utk kawan2 lama SMSPs
dari saya dan Family………

Kamsiah

Pertemuan Yang Tak Dirancang Bah. 2


oleh Kamsiah Hj Madiu

B. Semasa Bertugas di Perlis

Aku kena tukar ke Perlis mulai Julai 2008.Minta tangguh sebulan nak serah tugas, jadi 1 Ogos baru pi ke sana. Aku pun mula cari di web site nama-nama kawan kat Perlis. Kebetulan jumpa nama Azuka apa lagi telefon dia le. Dia macam kat sekolah dulu masih segan nak cakap.Aku bantai je le….Begitu juga dengan Roslin, Nazirah Mohd Yatim, Dali dan Halijah…

Halijah call sebab dia dapat tahu aku kerja di Perlis melalui surat dari pejabat nak buat senggaraan di Sekolah dia. Sembang sakan le.. dan Hari Jumaat masa panjang aku pun pi jumpa dia kat sekolah dan kami pi Kuala Perlis, makan cucuq udang dan sotong dan ikan fresh, Jah belanja….Terima kasih. Dia bagi tahu Cikgu Saayah pun sekali di Sekolah yang sama. Tapi tak sempat jumpa Cuma sms sahaja kat Cikgu. Semoga Cikgu sihat dan dapat jumpa cikgu di lain masa…….

Masa aku habis Konvensyen di Johor dan sehari selepas tu ada pula mesyuarat di KL aku tel RahmanZ kot boleh jumpa dengan kawan2 lama. Apa lagi dia dok SMS kat member2 yang free. Apa lagi kami pun jumpa le Kat Restoren Secret Recipe kat Mid Valley (Kebetulan menginap kat situ), Rahman, Yusuf, Chuck, Norshah, Rosmina dan Samsudin ada sekali. Azli jumpa tengahari esoknya Kami sembang sampai restoran nak tutup…..Terima kasih kat Rahman sebab jemput kwn2 dan belanja. Tak pa nanti hang mai Ipoh aku belanja balik… Kat Restoran Serai Sate Kajang kat Jalan Tasek (Sultan Azlan Shah Utara)… Bawa le Aisa, Naziri, Mohamad, Hamdan, Khairul Anuar Khalid (KAK),dll yang Kat Ipoh. Aku boleh minta Fuji & Laila join sama.



Norshah bila nak makan nasi minyak? ....



Rosmina, reunion hang mesti mai kan?







B. Tekalah siapa sebenarnya kwn2 kita…..

Kebetulan RahmanZ ada kerja kat Perlis dia pun contact kawan lama, nak jumpa. Jadi hari tu lepas pejabat aku jumpa depa RahmanZ,Azuka dan Cikgu Abd Rahim,…..Dah lewat petang aku kena balik Alor Staq .Terima kasih kat Rahman.

Bila lagi hang nak pi Perlis? Sekarang rasanya musim Mangga Harum Manis boleh le kita minta Azuka,Cikgu Rahim, Halijah , Jaaizah, Nadzirah & Dali belanja kita………


[ Bersambung….]

09 June 2009

Dulu dan Sekarang

Aku dah rabun dari zaman sekolah ...

Aku pernah terserempak dengan Hussin masa nak masuk stesyen keretapi pada tahun 1982. Dapat lah bertegur sapa sekejap, sebab masing-masing sedang menuju perjalanan masing-masing, tak dapat lah nak berbual lama. Semenjak itu aku dah tak jumpa dengan Hussin lagi. Di alam pekerjaan, hampir 15 tahun aku selalu outstation ke Kota Kinabalu, ada jugak aku bertanyakan tentang Hussin, sebab dia asal Sabah dan biasiswa pun Yayasan Sabah. Memang rezeki pertemuan kami bukan di sana. Aku dapat juga hints di mana Hussin, melalui Adnan Mohd Tahir. Hussin khabarnya ada di Penang. Namun tak dapat jugak aku hubungi dia sebab tak ada nombor telefon maupun alamat emel. Akhirnya beberapa minggu lepas dapat jugak jumpa email Hussin bila aku search secara rambang di Internet. Aku pun tulis email kepada dia, dan di ketika Hussin buka email tersebut di pejabat dia di Penang, dia terus balas bagi nombor henfon. Aku buka email Hussin dan terus aku call dia. Alhamdullillah, suara Hussin macam dulu jugak, lenggang lenggok suara sama macam dulu. Sebak aku sekejap semasa berbual dengan Hussin dalam henfon. Satu pelusok dunia aku cari (exagerate sikit!) di mana Hussin, rupa-rupanya Hussin bermastautin di Sungai Buluh, kerja di Penang. Lepas tu, kami pun mengatur pertemuan, dan akhirnya pada tanggal 6hb Jun 2009 jam 9.30 malam bertempat di Restoren Bidayah, Wangsa Melawati, KL, Hussin dan Hassan bertemu semula. Kami berpeluk-pelukan dan bersalam-salaman dan terkedu jugak laa aku tengok Hussin yang tak banyak berubah. Tak buncit (macam org lain) Cuma rambut dah macam Mawi. Hussin order roti Nan dan Teh-O Ais sementara aku pulak order capati + kopi jantan. Belum sempat mamak siapkan hidangan, muncul pulak Norshah….

Sebut nama Norshah siapa tak kenal? Orang yang pecah rekod, dua tahun berturut-turut jadi headboy. Masa Form 5 dan masa matrikulasi. Sayang sungguh Tok Man dengan kawan aku yang allrounder ni. Tapi Norshah memang cool orangnya. Kat sekolah dulu-dulu, ramai aweks yang berminat. Bukan setakat juniors, senior pun minat!.Namun Norshah tetap cool..tak ambil kesempatan...Lepas sekolah, bila ada peluang ke utara, ada jugak aku jumpa Norshah pada tahun-tahun awal 80an dulu. Lepas tu tak jumpa dah, sehinggalah apabila Usop Sohor mengaturkan pertemuan 3 penjuru, di warung mamak dekat gedung membeli belah Giant Taman Permata, KL. Pertemuan ini berlaku di pertengahan 2007. Nak jadi cerita, sebelum Usop call, handphone aku baru jatuh ke dalam WC di rumah. (orang Indon kata Wey Sey), iaitulah lubang jamban...Sedang aku mengodek-godek henfon aku tu (dah basuh daa..), tiba-tiba ianya berdering, aku angkat tak dengar apa-apa...mujur nampak nombor. Aku terus sambar talipon biasa talikom, dan dial nombor tu. Rupa-rupanya Usop yang terus mau buat perjumpaan dengan Norshah di Giant tadi.. Temujanji di buat, dan kami berjumpa semula selepas sekian lama berpisah. Lepas tu kami jumpa lagi dalam satu sessi pertemuan yang di anjurkan oleh Tanwar dan Rahman Z di Old Coffee Shop di Jalan Yap Kwan Seng, KL. Ramai jugak yang datang malam tu, antaranya Chuck, Norshah, Rahman Z, Tanwar, Adnan, Sudin, Azli, Usop, Rosmina Ishak dan beberapa lagi, aku pun dah tak ingat. Jenuh kepala aku nak absorb dan nak recall balik cerita-cerita lama. Maap laa sebab aku pun dah lupa nama kenkawan. Selepas itu pertemuan aku dengan Norshah sedikit official, iaitu berbincang urusan kerja di pejabat dia.Walaupun tiada hasil yang timbul dari perbincangan tu, namun bonding persahabatan terus kekal, sehinggalah di perjumpaan dengan Husin ini. Tabek Norshah, walaupun dia ada urusan penting di rumah bersama ayah bonda dia, dapat jugak Norshah turun malam tu bertemu Hussin dan Hassan.....

Sampai 1.30 pagi kami lepak-lepak, borak-borak, gelak-gelak, makan-makan sambil tengok bola England lawan Kazakhstan...

Hasan Sabran

Finally After More Than 30 Years...

During the school holidays, I had decided to visit Kak Long, my eldest, who is studying Dentistry (2nd Year) at UIA, Kuantan Campus, Pahang. Deqda, my 13 y.o. daughter, the youngest, had been pressurising me and my wife to bring her to see Kak Long for several months back. Coincidently, Kak Long was facing her 2nd Year Final Exams - we hoped our presence will act as a morale booster for her. My wife didn't want to be left out by cooking Kak Long's favourite dishes. The excitement of family gathering helped to ease out the long and tiring car journey along the North-South Highway and East Coast Highway.

Our meeting with Kak Long was a joyous occassion for us. Even my son, Munif, who is studying Accounting (Foundation) at the nearby UNITEN Muadzam Shah did join in. I felt happy and satisfied after observing the faces of all my family members, enjoying each other presence.

For myself, the enjoyment didn't stop there. One day, after we had our family lunch, I received a phone call from my SMS Perlis schoolmate, Azli bin Ahmad. It turned out that he is working in Paka, less than 100km away from the place my family was staying. Upon knowing that I am in Kuantan, Azli requested to see me after Isyak prayer and I agreed.

Restoran Alif, Balok Branch was the venue of our long awaited meeting. Azli informed me that he had arrived at the venue and I was about 2 minutes away.

As I parked my Gen-2 in an empty slot beside the restaurant, I glanced through the windscreen all the patrons that were sitting at the restaurant tables, hoping to identify Azli. Is he the one in a cream coloured shirt enjoying teh tarik at table 1C, or a man wearing a black NIKE cap, hoping to look like Tiger Woods at Table 2A?. In all the excitement, I slammed shut the car door, still glancing around the restaurant interior for my friend Azli.

As I approached a man wearing a dark round neck sweater, I queried, "Azli kah?". The man stood up and reached out his right hand and I swinged mine and grabbed his hand and gave the tightest grip handshake that I could. The man said, "Ya lah. Zauri kan?". We both laughed, feeling happy after more than 30 years being separated.

Our meeting started at 9:00pm and we parted at 12:30am. We talked about our own life journeys, updated our SMS Perlis friends, religion and family. We hope to see each other again in the future, most probably at the Reunion Dinner, insya Allah and thank you Azli for the Roti Nan and Ayam Tandoori.


by mzauri@pc.jaring.my


lagu-lagu top 1974-78