Showing posts with label Sudut IT. Show all posts
Showing posts with label Sudut IT. Show all posts

31 July 2009

IT Untuk Orang Tua Bah. ke2

Online Broadband Benchmark
Penyelarasan Jalurlebar Online - Speedtest.net


Kebanyakan kita menggunakan "broadband Internet". Yang jadi isunya adalah ketidaktentuan kelajuan. Sesekali bila kita buka laman web tertentu bukan main laju, tapi kengkadang lembab macam kura-kura. ataupun macam mentega Siap boleh bancuh secawan kopi segera dulu baru laman tsbt habis kemunculannya. Arakian, bagus kalau kita boleh buat "benchmarking" ke atas broadband Internet kita itu. Ianya bertujuan untuk mengetahui pertukaran kelajuan dan membuat perbandingan.

Laman web Speedtest.net di buat untuk tujuan penyiasatan tersebut. Di situ kelajuan "download" dan "upload" kita akan di uji, dan kita boleh nampak hasil ujikaji kita. Jadi taklah kita asyik nak menuding jari kepadan syarikat ISP (Internet Service Provider) saja. Banyak juga kes kelembapan webpage bukan kerana ISP yang slow, tapi disebabkan dek webserver laman itu sendiri. Kelembapan boleh juga disebabkan oleh rekabentuk laman tersebut, yang tidak di"optimum"kan. Kebiasaannya kerana file grafik yang terlalu besar ataupun script/program juga boleh melembabkan pengguna.

Speedtest.net menggunakan program "flash" dan mudah digunakan. Anda hanya perlu memilih server yang terdekat, dan pabila anda tekan Begin Test program tersebut akan memaparkan kelajuan "upload" dan "download" kita macam dekat dashboard kereta. Ujian dijalankan untuk seminit dua saja dan hasilnya akan dipaparkan untuk anda selepas habis ujian.

Selang beberapa hari, kita boleh buat ujian semula dan bolehlah di buat perbandingan antara semalam, kelmarin dan hari ini. Ataupun kita boleh bandingkan sesama kawan-kawan yang menggunakan lain-lain ISP, iaitu samada Jaring, Streamyx, Celcom Broadband, Wimax dsbnya..

Baru kita tahu samada berbaloi bayaran RM68 sebulan untuk "broadband Internet" kita tu.

Berikut hasil ujian yang aku dapat untuk ISP Jaring dari opis aku, untuk kali ini.. Rating 3 bintang saja. Kira terok laa tuu.. Modem Jaring claim 3Mb/s, separuh pun tak dapek. Ni bukan $68 sebulan. Mahai punya, akaun opis. Hampeh! Maap ya Aizudin, research tak habis lagi kot..hehe.

Ujian 1 (masa pengguna 4-5 pc ..sila perhatikan waktunya)


Ujian 2 (masa jam 1 pagi..sorang2)


Bagaimanapun, benchmark dalam BM apa dia hah? Penyelarasan boleh ka? Kalau TBM (temporary benchmark) adalah Tanda Araslaras...

Untuk maksud ujian ini SILA TEKAN >> http://www.speedtest.net.

Semoga memberi menafaat..

Hasan Sabran

31 May 2009

IT untuk Orang Tua (Siri 1)


Tip utk hasilkan mp3 dari streaming audio.


Apabila kita mencari lagu di Internet, kerapkali kita berjumpa dengan website yang hanya membolehkan kita mainkan lagu tersebut, tapi tak boleh kita muaturunkan. Itulah yang dimaksudkan sebagai "streaming", boleh dengar tapi tak boleh muaturun. Tip berikut memberitahu anda bagaimana caranya utk menjadikan lagu2 yang tak boleh di muatturunkan itu menjadi sebuah fail lagu dalam format mp3 (atau lain2), yang boleh kita gunakan lagu tsbt di mana2 kita suka selepas itu, seperti dlm pendrive, henfon, mp3 player, dan sebagainya.

Mula-mula anda memerlukan beberapa perisian yang boleh didapati secara percuma dari Internet. Selain daripada program Internet Explorer .dan Windows Media Player yang didatangkan secara pakej bersama Windows, anda memerlukan 2 perisian tambahan, iaitu program Audacity dan Lame. Untuk memperolehi program2 ini, anda taip Audacity dalam web carian Google.com atau Yahoo.com, atau mana-mana web carian. Setelah berjumpa dengan web tersebut, anda boleh muaturun (download) Audacity (Free version) dan satu lagi adalah program Lame yang terdapat di website yang sama. Muaturun kedua2 program ini dan pasangkan (install) ke computer anda. . Jika hanya Audacity dipasang (tanpa Lame), kerja-kerja rakaman anda tidak boleh diekspot ke format mp3.

Sesudah anda bersedia dengan Audacity terpasang, jangan keluar (exit) dari Audacity sebaliknya kecilkan (minimize) program tersebut, dan pergi buka Internet Explorer dan buka website yang memainkan lagu yang anda nak jadikan sebagai mp3 tersebut. Ada banyak website yang ada lagu, antaranya Imeem.com dan Youtube pun boleh. Besarkan Audacity dan tekan butang rekod, kemudian buka laman lagu tadi, dan mainkan lagu. Di Audacity anda akan dapati proses rakaman di buat. Habis lagu dimainkan, anda tekan stop pada Audacity dan habis sudah kerja rakaman anda untuk lagu itu. Bergantung kepada timing anda semasa rakaman, seterusnya anda perlu edit wave file yang dihasilkan itu. Anda boleh crop, dan kebiasaannya memerlukan pelarasan kepada tahap bunyi lagu tersebut. Dengan menggunakan command Effect/Normalize (dalam Audacity) biasanya sudah memadai. Berpuas hati dengan rakaman anda itu, seterusnya anda boleh ekspot wave file itu kepada format mp3. Letakkan nama fail yang sesuai, dan Audacity akan mengerjakan proses untuk menghasilkan lagu.mp3 anda.

Semuga Memberi Menafaat.
Selamat Mencuba.

Nota tambahan:-
Kualiti musik rakaman anda akan bergantung kpd sumber dan juga soundcard yang ada pada pc anda. Kalau sumbernya berkualiti, tapi soundcard anda jenis standard, hasilnya mungkin kurang memuaskan. Begitu juga kalau lagu yang mahu di rakam itu teruk, anda gunalah soundcard tercanggih sekali mana pun, kualiti bunyinya tetap buruk macam sumbernya.
lagu-lagu top 1974-78