Dulu aku ada buat posting untuk menunjukkan gambar udara lokasi sekolah kita. Di situ aku postkan peta yang statik, maknanya tak boleh pan dan zoom.
Kali ni aku perbaharui dengan meletakkan peta yang interaktif pula. Untuk lokasi yang sama, sekarang encik2 semua boleh pan dan zoom. Aku tambah peta Kangark sekali yang interaktif, cuba-cuba kot-kot boleh cari kedai jual nasi ganja, cari kedai jual seluak Hok, dan restoren Riverside yang dekat2 rumah kedai OngCC tu..
Peta Interaktif SMSPs. Tekan mouse atas peta dan gerak2kan utk panning. Zoom guna +-
Peta Kangark..
by Hassan Sabran
Showing posts with label Our School. Show all posts
Showing posts with label Our School. Show all posts
01 August 2009
30 May 2009
Kenangan di SMSPs
Tanggal 5 Januari, 1974 (tarikh diambil dari Sijil Berhenti Sekolah) , aku sampai di Asrama Pengakap, Padang Katong, Kangar, Perlis dalam usia baru nak menjangkau 13 tahun.
Bangunan tersergam di depannya padang Sekolah Rendah Putra. Tapi bangunan ini lain macam, ia bangunan buruk, mungkin baru diperbaiki. Ah, inilah rupanya tempat aku akan bermastautin tika melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Perlis. Aku tak kisah, lagi pun ini first time masuk hostel dan tinggal lama. Pengalaman lain duduk di hostel adalah ketika darjah 6 beberapa hari tinggal di asrama ACS Ipoh, tak silap ku, ketika menghadiri perlawanan hoki sekolah-sekolah rendah seluruh negeri Perak.
Sekolah Putra ni pula di belakangnya sawah padi. Nun tak berapa jauh di sana, tersergam Bukit Bintong.
Di Rumah Pengakap ni, kami dibahagi kepada 3 dorm. Dorm A, Dorm B dan Dorm C. Dorm yang depan sekali dihuni oleh para warden kami, Cikgu Razak, cikgu Munir, cikgu Ishak Mahmud (ak mud). Aku dapat duduk di dorm B, dorm yang tengah-tengah. Aku dah tak ingat, mungkin aku dapat bahagian bawah katil double decker. Rakan kongsi katil double decker ini (sebelah atas tu kot) ialah Firhat. Posisinya tepi pintu bahagian belakang dorm. Tapa (Mustapha Osman) katilnya di sebelah atas depan pintu masuk(depan). Lain-lain penghuninya termasuklah Naziri, Lawrence Lew, Azizi AT, Leow, WM Sofie, dan mungkin Lutfi. Bahagian membasuh kain baju dan tempat parking baldi bersama baju yg direndam terletak sebelah belakang. Seburuk-buruk bangunan ni, 2 tingkat la. Tingkat atas berfungsi sebagai tempat makan, tempat belajar (prep), dan dewan solat.
Di bangunan inilah aku belajar mematuhi peraturan dan disiplin, hidup berjadual, belajar berdikari basuh baju, nila baju, basuh kasut, seterika baju, basuh cadar dan sebagainya sebelum datangnya servis dobi. Di sini bermulanya interaksi siang malam dengan rakan pelajar dengan berbagai latar belakang, lain negeri (peghlis, peghak, sarawak dan sabah), loghat bahasa, lain bahasa, pendidikan agama dan budaya.
Di asrama ini juga membawa aku faham apa itu cross-country (hampir tiap minggu kadang-kadang berselang seli dengan latihan kawad). Waktu petang, waktu main kami 'pinjam' padang sekolah Putra. Di asrama ini juga aku mula merasa roti spesial - roti keping makan bersama ice cream, melalui peniaga ice cream yang selalu datang ke kawasan asrama yg mudah dimasuki ini. Pengalaman unik ini kami dapat kecapi selama lebih kurang 6 bulan sebelum dapat berpindah ke bangunan sekolah berasrama penuh SMS Perlis di Bohor Pulai. Pergi dan balik dari kelas di Sek Men Derma naik bas sekolah. Aku masih ingat ungkapan rakanku Hilman yang paling kecil ketika itu bila hendak pulang dari kelas dan sementara menunggu bas untuk membawa pulang- "Balik! Balik Eh! Balik balik Eh!".
Kelas aku semuanya lelaki, Form 1 Science 1. Guru kelas Cikgu Bala(sundram). Jadi tak jumpa budak pompuan la. Di Sek Derma, baru la tau ada lagi senior form 2 dan ting 2.
bersambung...
oleh Aizuddin
aizuddin_nuruddin@yahoo.com

Memori Asrama Pengakap
Asrama Pengakap, Jalan Padang Katong (1974)(foto diambil oleh arwah Apak ketika datang melawat aku,
tu kereta dialah tu yang nampak dalam gambar,
Toyota Corona plate number AF 8166)
Aku bersekolah rendah di SRJK Clifford, Kuala Kangsar. So, tak hairanlah angan-angan aku nak masuk MCKK bila sekolah menengah.
Namun, aku kantoi dalam peperiksaan darjah 5. Dapat 4 A aje :-(
Maka tinggal angan-angan Mat Jenin aje lah. Akupun didaftarkan untuk masuk ke SMK Clifford oleh arwah Apak.
Maka tinggal angan-angan Mat Jenin aje lah. Akupun didaftarkan untuk masuk ke SMK Clifford oleh arwah Apak.
Tapi satu hari tu dapat berita dari Apak bahawa ada suatu sekolah berasrama penuh sudi nak ambik aku mengaji. “Kat mana Apak?” tanya aku. “Nun di Kangar……sekolah menengah Sains Perlis” jawab Apak. Hah?......Kangar? Di mana Kangar pun aku tak tau masa tu. Hmmmph…tak pa lah. Asalkan dapat pegi sekolah asrama dan jalan jauh-jauh, kata ku dalam hati.
Tarikh 5 Januari 1974 tarikh keramat. Aku dibawa mendaftar diri di SM Derma. Selesai mendaftar kami disuruh pergi ke bangunan hostel. Wah…..hostel weih. Dapat jugaaaak aku menjejak kaki ke asrama macam budak-budak MCKK yang selalu aku nampak di Kuale tuh.
Namun, bila sampai di hostel yang dimaksudkan terkejut aku dibuatnya. Sedih pun ada……rasa nak cabut balik pun ada. “Ini asrama ke wad hospital bersalin?”……… tanya aku dalam hati.
Asrama Pengakap, Jalan Padang Katong adalah sebuah bangunan usang dua tingkat yang memang nampak sangat dah lama tak dipakai. Bilik dorm di bawah. “Dewan makan” dan “study area” pula di tingkat atas yang lantainya ada lubang-lubang kecil dan banyak tahi cicak serta rumput dan jerami kering yang dibawa oleh burung layang-layang untuk dibuat sarang. Bila kami naik ke tingkat atas tu, tangganya akan berbunyi keriiik, keruuuk, keriiik, keruuuk. Bilk air asalnya pula kecil dan gelap.
Katil kami semua double-deckers. Seingat aku Hilman Habibie tidor di katil atas aku. Geng lain yang satu dorm adalah Sudin, Usop, Nayan dan Eno, yang lain tak ingat. Bilik sentiasa kemas (well…boleh tahanla for a boys' hostel).
Setiap pagi sebuah bas sewa (PTC – Perlis Transport Company) akan datang mengambil kami untuk dibawa ke sekolah Derma. Syiok juga naik bas… Tengahari kami dihantar balik ke Wad bersalin tu. Bila sampai asrama, lunch dah tersedia. Lepas baling beg dalam dorm, kami berlari ke atas kerana kelaparan. Petang ada minum petang. Malam, dinner. Dan lepas prep malam ada minum lagi……he..he…kira mewah jugaklah dari segi makan.
Walaupun makanan tak sesedap masakan Emak di rumah, tapi okaaayla. Lagipun kami takda choice. So makan jelah apa yang ada dibawa oleh caterer Pak Syed tu. Paling aku look forward adalah makanan hari Jumaat – paling sedap (hujung minggu la tu), tapi menu tak ingat dah. Antara lauk yang paling aku sukai ialah daging yang kuahnya merah tu.
Warden kami Cikgu Abd Razak Abdullah (Cikgu ‘Ak). Orangnya kurus, badan melengkong, pakai spec rim itam (rim tebal). Dia okay orangnya. Kekadang jadi imam kami solat di tingkat atas.
Walaupun tempatnya tak seberapa, namun Asrama Pengakap memberi aku banyak pengalaman dan mengajar aku cara hidup berdikari. Baju basuh sendiri. Kasut basuh sendiri. Pakaian gosok sendiri (tapi kekadang letak bawah tilam je….ok, what).
Di samping itu, Asrama Pengakap juga membawa kenangan manisnya tersendiri.
Contohnya, bila kami dah boring dengan makanan Pak Syed, kami akan berjalan kaki pergi ke kedai mamak di persimpangan jalan Pdg Katong tu. Tapi sebelum pegi kenalah tulis nama dulu dalam buku di bilik warden. Bagi kami bebudak, dapat ke kedai mamak tu dah macam dapat ke shopping mall la. Seronok sakan…….macam-macam ada….. Antara yang aku suka kat situ: dia jual bubur kacang campur pulut…..mmmmmm……best!
Untuk bermain di waktu petang kami akan langkah pagar (actually dah tak macam pagar dah pun) dan masuk padang Sek Men. Putra. Yang jadi mangsa adalah goal post hoki mereka. Sampai board nya pun tercabut kami kerjakan…he..he…
Di padang ini jugalah ada sekali tu kami didenda lari keliling padang dalam hujan oleh Cikgu ‘Ak. Entah apa lah sebabnya hari tu aku pun tak ingat sampai dia bengang begitu .
Satu lagi yang special nya Asrama Pengakap ini kerana ia berdekatan dengan rumah seorang Sek Derma girl bernama Mutiara - yang jadi kegilaan ramai (aku tak, aku budak baik...). Yes, Mutiara. Come on you boys….masih ada ingat ka?
No? Kalau tak ingat nanti aku scan gambar dia dan post kat blog ini :- )
Amacam, nak?
Okay itulah serba sedikit memoriku tentang Asrama Pengakap. I’m sure yang lain pun ada kenangan masing-masing. So, silalah tokok-tambah untuk dikongsi bersama.
oleh Azizi AT
10 May 2009
Our School's Name
A few weeks before our MCE/SPM 1978 examination, the Raja of Perlis officiated SMSPerlis and changed it's name to the current name (which I couldn't even typed-in!). Do you remember the chorus of our school song? If you don't, let me refresh it for you - "Maju SMSPerlis, Harum SMSPerlis, Selama-lamanya". With the new (current) name, this phrase is awkward to sing. Luckily, when our MCE/SPM 1978 examination certificates were issued, they bore the name SMSPerlis. For those who didn't realise this, start searching for that certificate and check out the name of your school. I believe that we are the last batch (bear in mind that we were ONLY the second batch of SMSPerlis) to own MCE/SPM certificates with the name SMSPerlis on them! With this trivial fact, I am happy when Hasanuddin Sabran named our blog Sek Men Sains Perlis.
09 May 2009
Google Earth View of SMSPs
Subscribe to:
Posts (Atom)
lagu-lagu top 1974-78