31 July 2009

IT Untuk Orang Tua Bah. ke2

Online Broadband Benchmark
Penyelarasan Jalurlebar Online - Speedtest.net


Kebanyakan kita menggunakan "broadband Internet". Yang jadi isunya adalah ketidaktentuan kelajuan. Sesekali bila kita buka laman web tertentu bukan main laju, tapi kengkadang lembab macam kura-kura. ataupun macam mentega Siap boleh bancuh secawan kopi segera dulu baru laman tsbt habis kemunculannya. Arakian, bagus kalau kita boleh buat "benchmarking" ke atas broadband Internet kita itu. Ianya bertujuan untuk mengetahui pertukaran kelajuan dan membuat perbandingan.

Laman web Speedtest.net di buat untuk tujuan penyiasatan tersebut. Di situ kelajuan "download" dan "upload" kita akan di uji, dan kita boleh nampak hasil ujikaji kita. Jadi taklah kita asyik nak menuding jari kepadan syarikat ISP (Internet Service Provider) saja. Banyak juga kes kelembapan webpage bukan kerana ISP yang slow, tapi disebabkan dek webserver laman itu sendiri. Kelembapan boleh juga disebabkan oleh rekabentuk laman tersebut, yang tidak di"optimum"kan. Kebiasaannya kerana file grafik yang terlalu besar ataupun script/program juga boleh melembabkan pengguna.

Speedtest.net menggunakan program "flash" dan mudah digunakan. Anda hanya perlu memilih server yang terdekat, dan pabila anda tekan Begin Test program tersebut akan memaparkan kelajuan "upload" dan "download" kita macam dekat dashboard kereta. Ujian dijalankan untuk seminit dua saja dan hasilnya akan dipaparkan untuk anda selepas habis ujian.

Selang beberapa hari, kita boleh buat ujian semula dan bolehlah di buat perbandingan antara semalam, kelmarin dan hari ini. Ataupun kita boleh bandingkan sesama kawan-kawan yang menggunakan lain-lain ISP, iaitu samada Jaring, Streamyx, Celcom Broadband, Wimax dsbnya..

Baru kita tahu samada berbaloi bayaran RM68 sebulan untuk "broadband Internet" kita tu.

Berikut hasil ujian yang aku dapat untuk ISP Jaring dari opis aku, untuk kali ini.. Rating 3 bintang saja. Kira terok laa tuu.. Modem Jaring claim 3Mb/s, separuh pun tak dapek. Ni bukan $68 sebulan. Mahai punya, akaun opis. Hampeh! Maap ya Aizudin, research tak habis lagi kot..hehe.

Ujian 1 (masa pengguna 4-5 pc ..sila perhatikan waktunya)


Ujian 2 (masa jam 1 pagi..sorang2)


Bagaimanapun, benchmark dalam BM apa dia hah? Penyelarasan boleh ka? Kalau TBM (temporary benchmark) adalah Tanda Araslaras...

Untuk maksud ujian ini SILA TEKAN >> http://www.speedtest.net.

Semoga memberi menafaat..

Hasan Sabran

1 comment:

aizuddin said...

Salaam San,

Bila nak berlanggan BB jaring,kita boleh tengok peta 'penerimaan isyarat efektif'/signal reception. Ada zon-zonnya. Macm di kwsn rumah aku zon yg paling tak efektif(signal tak kuat) dan borderline dengan xda reception. Even ADSL mcm wired streamyx pun lagi jauh dari server/xchange/base station dia lagi tak kuat signalnya. Itulah teknologi yg ada!

lagu-lagu top 1974-78