Asrama Pengakap, Jalan Padang Katong (1974)
(foto diambil oleh arwah Apak ketika datang melawat aku,
tu kereta dialah tu yang nampak dalam gambar,
Toyota Corona plate number AF 8166)
(foto diambil oleh arwah Apak ketika datang melawat aku,
tu kereta dialah tu yang nampak dalam gambar,
Toyota Corona plate number AF 8166)
Aku bersekolah rendah di SRJK Clifford, Kuala Kangsar. So, tak hairanlah angan-angan aku nak masuk MCKK bila sekolah menengah.
Namun, aku kantoi dalam peperiksaan darjah 5. Dapat 4 A aje :-(
Maka tinggal angan-angan Mat Jenin aje lah. Akupun didaftarkan untuk masuk ke SMK Clifford oleh arwah Apak.
Maka tinggal angan-angan Mat Jenin aje lah. Akupun didaftarkan untuk masuk ke SMK Clifford oleh arwah Apak.
Tapi satu hari tu dapat berita dari Apak bahawa ada suatu sekolah berasrama penuh sudi nak ambik aku mengaji. “Kat mana Apak?” tanya aku. “Nun di Kangar……sekolah menengah Sains Perlis” jawab Apak. Hah?......Kangar? Di mana Kangar pun aku tak tau masa tu. Hmmmph…tak pa lah. Asalkan dapat pegi sekolah asrama dan jalan jauh-jauh, kata ku dalam hati.
Tarikh 5 Januari 1974 tarikh keramat. Aku dibawa mendaftar diri di SM Derma. Selesai mendaftar kami disuruh pergi ke bangunan hostel. Wah…..hostel weih. Dapat jugaaaak aku menjejak kaki ke asrama macam budak-budak MCKK yang selalu aku nampak di Kuale tuh.
Namun, bila sampai di hostel yang dimaksudkan terkejut aku dibuatnya. Sedih pun ada……rasa nak cabut balik pun ada. “Ini asrama ke wad hospital bersalin?”……… tanya aku dalam hati.
Asrama Pengakap, Jalan Padang Katong adalah sebuah bangunan usang dua tingkat yang memang nampak sangat dah lama tak dipakai. Bilik dorm di bawah. “Dewan makan” dan “study area” pula di tingkat atas yang lantainya ada lubang-lubang kecil dan banyak tahi cicak serta rumput dan jerami kering yang dibawa oleh burung layang-layang untuk dibuat sarang. Bila kami naik ke tingkat atas tu, tangganya akan berbunyi keriiik, keruuuk, keriiik, keruuuk. Bilk air asalnya pula kecil dan gelap.
Katil kami semua double-deckers. Seingat aku Hilman Habibie tidor di katil atas aku. Geng lain yang satu dorm adalah Sudin, Usop, Nayan dan Eno, yang lain tak ingat. Bilik sentiasa kemas (well…boleh tahanla for a boys' hostel).
Setiap pagi sebuah bas sewa (PTC – Perlis Transport Company) akan datang mengambil kami untuk dibawa ke sekolah Derma. Syiok juga naik bas… Tengahari kami dihantar balik ke Wad bersalin tu. Bila sampai asrama, lunch dah tersedia. Lepas baling beg dalam dorm, kami berlari ke atas kerana kelaparan. Petang ada minum petang. Malam, dinner. Dan lepas prep malam ada minum lagi……he..he…kira mewah jugaklah dari segi makan.
Walaupun makanan tak sesedap masakan Emak di rumah, tapi okaaayla. Lagipun kami takda choice. So makan jelah apa yang ada dibawa oleh caterer Pak Syed tu. Paling aku look forward adalah makanan hari Jumaat – paling sedap (hujung minggu la tu), tapi menu tak ingat dah. Antara lauk yang paling aku sukai ialah daging yang kuahnya merah tu.
Warden kami Cikgu Abd Razak Abdullah (Cikgu ‘Ak). Orangnya kurus, badan melengkong, pakai spec rim itam (rim tebal). Dia okay orangnya. Kekadang jadi imam kami solat di tingkat atas.
Walaupun tempatnya tak seberapa, namun Asrama Pengakap memberi aku banyak pengalaman dan mengajar aku cara hidup berdikari. Baju basuh sendiri. Kasut basuh sendiri. Pakaian gosok sendiri (tapi kekadang letak bawah tilam je….ok, what).
Di samping itu, Asrama Pengakap juga membawa kenangan manisnya tersendiri.
Contohnya, bila kami dah boring dengan makanan Pak Syed, kami akan berjalan kaki pergi ke kedai mamak di persimpangan jalan Pdg Katong tu. Tapi sebelum pegi kenalah tulis nama dulu dalam buku di bilik warden. Bagi kami bebudak, dapat ke kedai mamak tu dah macam dapat ke shopping mall la. Seronok sakan…….macam-macam ada….. Antara yang aku suka kat situ: dia jual bubur kacang campur pulut…..mmmmmm……best!
Untuk bermain di waktu petang kami akan langkah pagar (actually dah tak macam pagar dah pun) dan masuk padang Sek Men. Putra. Yang jadi mangsa adalah goal post hoki mereka. Sampai board nya pun tercabut kami kerjakan…he..he…
Di padang ini jugalah ada sekali tu kami didenda lari keliling padang dalam hujan oleh Cikgu ‘Ak. Entah apa lah sebabnya hari tu aku pun tak ingat sampai dia bengang begitu .
Satu lagi yang special nya Asrama Pengakap ini kerana ia berdekatan dengan rumah seorang Sek Derma girl bernama Mutiara - yang jadi kegilaan ramai (aku tak, aku budak baik...). Yes, Mutiara. Come on you boys….masih ada ingat ka?
No? Kalau tak ingat nanti aku scan gambar dia dan post kat blog ini :- )
Amacam, nak?
Okay itulah serba sedikit memoriku tentang Asrama Pengakap. I’m sure yang lain pun ada kenangan masing-masing. So, silalah tokok-tambah untuk dikongsi bersama.
oleh Azizi AT
7 comments:
Real betul memori kau. Apa2 kenangan yg aku ingat kat situ kalau aku tulispun mungkin tak sampai 100 perkataan. Hari jumaat tak silap aku makan nasi ganja lauk ayam goreng. Yummy yummy..
Aku 'salute' ko & Aizuddin, memori masih 'tajam' lg...bolih ingat sampai detail..tempat ni 1st time aku masuk asrama tp lewat sikit sbb import dr 'oversea'..Aku lupa nama caretaker masa tu, tanya aku'Mengkala hang mai'-tak paham aku masa tu, tp Eno 'alihkan' bahasa..aku 'homesick' giler masa tu tp lama kelamaan bila ramai member, 'homesick' terus hilang dalam diary kepala aku..
Sek Men ker Sek Rendah Putra? Aizuddin punya cerita Sek Rendah...
Tak sure pulak Hasan sek rendah Putra ke menengah. Rasanya dua-dua ada kat situ sebelah menyebelah?
yang aku dok ingat sekolah rendah, masa kita main bola ada seorang budak special trained main bola, aku rasa nama dia manja man ke sapa ..selalu dok tengok dia pratice dengan dia punya coach..
Bangunan asrama pengakap ni memang bangunan asrama asal smk Derma.Tapi telah dipindah kepadang Katong.Disebelah asrama ni dulu ialah bangunan Penjara.Masa saya sekolah disini dulu(1961)ramai kawan2 saya tinggal disitu.
Post a Comment