15 June 2009

Pertemuan Yang Tak Dirancang Bah. 2


oleh Kamsiah Hj Madiu

B. Semasa Bertugas di Perlis

Aku kena tukar ke Perlis mulai Julai 2008.Minta tangguh sebulan nak serah tugas, jadi 1 Ogos baru pi ke sana. Aku pun mula cari di web site nama-nama kawan kat Perlis. Kebetulan jumpa nama Azuka apa lagi telefon dia le. Dia macam kat sekolah dulu masih segan nak cakap.Aku bantai je le….Begitu juga dengan Roslin, Nazirah Mohd Yatim, Dali dan Halijah…

Halijah call sebab dia dapat tahu aku kerja di Perlis melalui surat dari pejabat nak buat senggaraan di Sekolah dia. Sembang sakan le.. dan Hari Jumaat masa panjang aku pun pi jumpa dia kat sekolah dan kami pi Kuala Perlis, makan cucuq udang dan sotong dan ikan fresh, Jah belanja….Terima kasih. Dia bagi tahu Cikgu Saayah pun sekali di Sekolah yang sama. Tapi tak sempat jumpa Cuma sms sahaja kat Cikgu. Semoga Cikgu sihat dan dapat jumpa cikgu di lain masa…….

Masa aku habis Konvensyen di Johor dan sehari selepas tu ada pula mesyuarat di KL aku tel RahmanZ kot boleh jumpa dengan kawan2 lama. Apa lagi dia dok SMS kat member2 yang free. Apa lagi kami pun jumpa le Kat Restoren Secret Recipe kat Mid Valley (Kebetulan menginap kat situ), Rahman, Yusuf, Chuck, Norshah, Rosmina dan Samsudin ada sekali. Azli jumpa tengahari esoknya Kami sembang sampai restoran nak tutup…..Terima kasih kat Rahman sebab jemput kwn2 dan belanja. Tak pa nanti hang mai Ipoh aku belanja balik… Kat Restoran Serai Sate Kajang kat Jalan Tasek (Sultan Azlan Shah Utara)… Bawa le Aisa, Naziri, Mohamad, Hamdan, Khairul Anuar Khalid (KAK),dll yang Kat Ipoh. Aku boleh minta Fuji & Laila join sama.



Norshah bila nak makan nasi minyak? ....



Rosmina, reunion hang mesti mai kan?







B. Tekalah siapa sebenarnya kwn2 kita…..

Kebetulan RahmanZ ada kerja kat Perlis dia pun contact kawan lama, nak jumpa. Jadi hari tu lepas pejabat aku jumpa depa RahmanZ,Azuka dan Cikgu Abd Rahim,…..Dah lewat petang aku kena balik Alor Staq .Terima kasih kat Rahman.

Bila lagi hang nak pi Perlis? Sekarang rasanya musim Mangga Harum Manis boleh le kita minta Azuka,Cikgu Rahim, Halijah , Jaaizah, Nadzirah & Dali belanja kita………


[ Bersambung….]

No comments:

lagu-lagu top 1974-78