Tip utk hasilkan mp3 dari streaming audio.
Apabila kita mencari lagu di Internet, kerapkali kita berjumpa dengan website yang hanya membolehkan kita mainkan lagu tersebut, tapi tak boleh kita muaturunkan. Itulah yang dimaksudkan sebagai "streaming", boleh dengar tapi tak boleh muaturun. Tip berikut memberitahu anda bagaimana caranya utk menjadikan lagu2 yang tak boleh di muatturunkan itu menjadi sebuah fail lagu dalam format mp3 (atau lain2), yang boleh kita gunakan lagu tsbt di mana2 kita suka selepas itu, seperti dlm pendrive, henfon, mp3 player, dan sebagainya.
Mula-mula anda memerlukan beberapa perisian yang boleh didapati secara percuma dari Internet. Selain daripada program Internet Explorer .dan Windows Media Player yang didatangkan secara pakej bersama Windows, anda memerlukan 2 perisian tambahan, iaitu program Audacity dan Lame. Untuk memperolehi program2 ini, anda taip Audacity dalam web carian Google.com atau Yahoo.com, atau mana-mana web carian. Setelah berjumpa dengan web tersebut, anda boleh muaturun (download) Audacity (Free version) dan satu lagi adalah program Lame yang terdapat di website yang sama. Muaturun kedua2 program ini dan pasangkan (install) ke computer anda. . Jika hanya Audacity dipasang (tanpa Lame), kerja-kerja rakaman anda tidak boleh diekspot ke format mp3.
Semuga Memberi Menafaat.
Selamat Mencuba.
Nota tambahan:-
Kualiti musik rakaman anda akan bergantung kpd sumber dan juga soundcard yang ada pada pc anda. Kalau sumbernya berkualiti, tapi soundcard anda jenis standard, hasilnya mungkin kurang memuaskan. Begitu juga kalau lagu yang mahu di rakam itu teruk, anda gunalah soundcard tercanggih sekali mana pun, kualiti bunyinya tetap buruk macam sumbernya.
2 comments:
Hasan
very useful tips utk orang-orang tua cam kite nih. Cuma aku kena duduk 2, 3 jam jugak lah depan komputer. And that means kena berebut dengan anak-anak remaja aku yang semua ada kat rumah sekarang - cuti sekolah !!
Nanti when the've all gone back to their IPT and sekolah asrama I'll get the pc all to myself...payback time!
Coined from "For Dummies" series of books. Dulu2 kan ada sekolah untuk org dewasa, ingat lagi, mak aku buta huruf... masa aku Primary School dia pun pergi sekolah..tapi kat bangunan extension mesjid kampung aku..ada Kelas Dewasa...mcm cerita PRamlee tuu laa..Nasib DoreMi..yg Sudin kata Jin Pakai Toncit!
Post a Comment