23 November 2009

ASRAMA PENGAKAP 11 : oleh Aizuddin


SENYUM ITU SEDEKAH, CIKGU MUNIR

Antara cikgu yang sama-sama tinggal dengan kami penuntut tahun satu batch 1974 di asrama pengakap adalah cikgu Munir. Personaliti beliau sangat unik. Selalu senyum. Waktu mengajar dia senyum.Waktu jumpa di asrama pengakap pun senyum. Memang dia tak pernah lokek dengan senyum. Jarang aku nak jumpa situasi dia tak senyum. Mungkin sekali dua saja seingat aku.

Rupanya senyum ini pun boleh mendatangkan pahala. Memang sah, kerana diriwayatkan dari Nabi Muhammad s.a.w., senyum itu merupakan sedekah; diantara banyak jenis sedekah.

Moga Allah memberi cikgu Munir pahala-pahala bersedekah melalui senyuman-senyuman beliau. Rakan sekelas aku pun ada yang suka tersenyum. Siapa lagi kalau tak Fouzi Ali lah tu. Sampai cikgu dari Peace corps – cikgu Kitton panggil dia 'smiley', dan mengambil gambar khas 'smiley' buat diabadikan sebagai kenangannya ketika mengajar di SMS Perlis. Tapi 'kegemaran' Fouzi untuk senyum ni bukan takda pengalaman menariknya. Teringat aku bila Pengetua Abdul Rahim Abdul Majid masuk kelas 'all-boys' kami marah-marah sebab bising. Bila nampak Fouzi tersenyum, agaknya dia naik bengang, dia marahlah kenapa senyum-senyum. Apa lagi, kawan aku ni naik merah muka la, tapi masih senyum-senyum jugak.

 

RIBUT,

Sekali sekala ketika di Asrama Pengakap ni, ada berlaku hujan ribut. Mujurlah aku katil aku di sebelah dalam bilik. Aku tak pasti dan dah tak ingat bagaimana nasib rakan-rakan yang katil mereka rapat ke tepi tingkap (macam Azizi dan Tapa). Tapi bila guruh berdentum-dentum dan disertai dengan libasan air hujan yang lebat tu, suspen juga dengan kebolehan bangunan asrama pengakap ni bertahan.

Cerita mengenai hujan, ribut, guruh dan petir ada disebut beberapa tempat di dalam al Qur'an. Ada disebut dalam konteks azab yang menimpa kaum yang mendustakan para rasul Allah. Ada juga disebut sebagai nikmat yang diturunkan oleh Allah. Ada juga dalam kontek perumpamaan bagaimana Allah menghidupkan semula manusia di akhirat kelak. Konteks yang lain pula bila ayat membincangkan tentang amalan manusia. Tidak kurang juga dalam konteks guruh  bertasbih memuji Allah (Surah Ar Ra'd)

 

TANGGUH PINDAH

Ribut di Peghlih ni aku kadang-kadang rasa lain macam jugak. Al maklumlah, banyak kawasan tanaman padi yang luas,kurang pokok-pokok atau bukit untuk menampan angin ribut. Tapi bangunan asrama pengakap ni, alhamdulillah dapat bertahan. Malahan bangunan baru pula yang kurang dapat bertahan.

Suatu ketika,  kami diberitahu kemungkinan akan pindah ke Bohor Pulai pada bulan Mac 1974, tapi akibat ribut kuat bumbung bangunan sekolah tercabut. Diberitakan bahawa angin puting beliung melanda kawasan sekolah di Bohor Pulai hingga berlaku kerosakan kepada bangunan sekolah (tak terfikir pula samaada kontraktor yang bina bangunan tu ikut betul-betul spesifikasi JKR? Kalau budak zaman sekarang mungkin dah terfikir. Mana taknya. Berita mengenai kejadian bumbung makmal komputer sekolah dan stadium negeri Terengganu yang runtuh dilaporkan di dada-dada akhbar harian!).

Jadi pada bulan Mac itu, kami diberitahu pelan pemindahan ke bangunan sekolah yang baru itu terpaksa ditangguhkan sementara kerja-kerja membaiki kerosakan dilaksanakan.

 

CROSS-COUNTRY

Di asrama pengakaplah aku mula-mula diperkenalkan dengan cross-country oleh warden dan cikgu-cikgu yang duduk bersama di situ. Mula-mula mengah juga dibuatnya, walaupun aku pernah lari keliling padang bola bila berlatih main hoki waktu darjah 5 dan 6 ketika di sekolah ACS dulu. Tapi kemudian , alah bisa tegal biasa, jadi seronok pulak. Boleh tahan juga, aku ingat lebih dari 2 batu. Cuma bila dah pindah ke Bohor Pulai, jarang-jarang dapat cross-country. Teringat aku waktu sukan sekolah di Bohor Pulai. Setiap pelajar kena lari cross-country dan sekiranya dalam masa yang diperuntukkan dan mengikut ranking siapa sampai dulu akan diberi mata kepada rumah sukan masing-masing. Kecuali pelajar yang terlibat dengan palang merah. Mereka ni tolong jaga check point supaya takda pelajar yang 'mengelat'. Peristiwa yang tak dapat aku lupakan ketika cross-country bila lalu kawasan kampung dan sawah Bohor Pulai, ada lembu "on the loose". Habis dikejarnya penuntut yang sedang cross-country. Aku pun kena kejar jugak. Mungkin hikmah dikejar lembu juga aku dapat habiskan cross-county ini dengan mendapat mata untuk rumah sukan aku – rumah zuhal. Bak kata Cikgu dari Peace corps – Mr Rowland, aku ni "orang-orang Zuhal – kuning". Tapi selama aku di SMSPs sampai keluar, Zuhal tak pernah jadi juara keseluruhan.



19 November 2009

CARA MENGHADAPI TENSION

Petikan:

" Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti  sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi.Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan.Setiap takdir Tuhan ada hikmahnya untuk kebaikan manusia itu juga.Terimalah ujian dari Tuhan secara positif, hati kita akan tenang."

Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita.
Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi. Begitulah nasib kita manusia.Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga.

Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan.Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit.Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga.Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa.

Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib 'malang' yang pasti menimpa kita?
Antaranya ialah:


1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai pemberinya .
Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa.Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali.Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat oleh Tuhan.Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu, Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan.Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa.Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu dan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan.

2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran .
Antaranya ialah:

a.
Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan .
Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya.

        
b. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga
.
Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu kita.


c.
Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan.
Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.


d.
Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan.

Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepada-Nya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.

3. Hendaklah pandai menerima ketentuan dan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya.
Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan dan tension dan sudah tentu kita juga akan mendapat hasil yang negatif.

Contohnya:

Kita ditakdirkan mendapat anak-anak yang nakal. Setiap hari, ada sahaja kelakuannya yang sangat mengganggu kita. Kalau kita menerimanya secara positif, kita akan berkata kepada diri kita, "Kerana dosa akulah anak-anak aku ni nakal. Allah buat seperti ini untuk membersihkan dosa-dosa aku yang lepas."

Ataupun kita boleh berkata begini, "Tuhan beri aku ujian ini untuk memberi aku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan dapat ganjaran di sisi Tuhan tetapi yang lebih penting, aku dapat mendekatkan diri kepada Tuhan."

Kalau beginilah penerimaan kita, tentulah kita tidak akan marah-marah atau berleter-leter, merotan dan menghukum anak di luar batasan atau mengamuk-ngamuk kepada suami kita pula. Sebaliknya, kita akan terus-menerus menasihatinya dengan baik dan mendoakan anak kita agar dia menjadi anak yang soleh satu hari nanti. Dan lazimnya, berkat baik sangkanya kita kepada Tuhan, anak itu akan menjadi anak yang baik apabila dia besar.

Ini selaras dengan firman Tuhan yang maksudnya:
"Aku di atas sangkaan hamba-hamba-Ku ke atas-Ku."

Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas geram dengan menghukum anak serta terbawa-bawa sikap marah itu kepada orang lain.
Hati kita mungkin berkata, "Kenapalah Tuhan berikan aku anak yang senakal ini," atau kita akan berkata, "Tak guna dapat anak macam ni. Bukannya menyenangkan, menyusahkan saja."
Akibat didikan yang kasar itu serta sangkaan-sangkaan yang buruk terhadap Tuhan, anak itu bila besar kelak akan menjadi anak yang tidak baik akhlaknya. Tension yang kita hadapi bila anak itu kecil akan terus kita hadapi sehingga dia besar. Bukan sahaja anak yang rugi, kita juga akan turut rugi sama. Ini semua kerana buruk sangkanya kita dan tidak pandainya kita menerima takdir Tuhan.

Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifat-sifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.
________________________________
Free POP3 Email from www.gawab.com
Sign up NOW and get your account @gawab.com!!

13 November 2009

Two weeks to Wukuf

The atmosphere around the Masjidil Haram today (13 Nov. 2009) during Solat Jumaat.
Photo courtesy of Manzlie Makkah Blogspot (this blog is updated daily bringing latest development in the Holy City)


It is now just two weeks away from wukuf. I still remember clearly when I was in Makkah for hajj three years ago that during this time - just two weeks away to the climax of the hajj - the holy city of Makkah would be choked-full of people.

The Masjidil Haram would be jam-packed with pilgrims 24 hours a day either praying, doing the tawaf, doing the the saie, reciting the Quran or just lying on the floor, resting.

I would watch in awe at the pilgrims going about their business. To think that all these people of varying nationalities, and shades of skin from the four corners of the globe could congregate in this holy city foregoing the comfort of their homes in search of Allah's pleasure really struck me as an act of highest humility and total submission to Allah, the Lord, our Creator.

This year's hajj season sees quite a number of my office mates - including the boss - answering the call of Allah the Almighty. My mother-in-law is also there now. One of my riding mates, Kolonel Azudin, shall be leaving this coming Monday. And of course, my old friend Sudin, too.

I pray that they will all be able to perform their duties well and come back safely, recharged and rejuvenated in their iman.

oleh: Azizi Ahmad Termizi

10 November 2009

Mendidik Anak Untuk Hari Tua Atau Untuk Tuhan?

Bagi kebanyakan manusia, termasuk orang Melayu,anak-anak yang masih
kecil dianggap sebagai cahaya mata, belahan hati, penawar jiwa,
intan payung dan macam-macam lagi. Sangat disayang dan
dimanjakan.Apabila besar sikit, disediakan anak-anak itu untuk
menghadapi tuntutan hidup. Diberi pelajaran dan kemahiran setinggi-
tingginya supaya apabila besar nanti dapat kerja, dapat jawatan dan
dapat gaji lumayan. Mereka rasakan itulah tanggungjawab mereka
terhadap anak-anak. Mereka mahukan anak-anak mereka berjaya dan
senang dalam hidup.

Kadang-kadang terselit juga di hati ibu ayah, kalau-kalau anak-anak
sudah besar dan berjaya, maka akan senanglah hidup ibu ayah. Anak-
anak akan membantu dan membela mereka. Anak-anaklah menjadi tempat
mereka bergantung apabila tua kelak. Anak-anaklah yang menjamin masa
depan mereka. Mereka bersandar kepada anak-anak mereka untuk hari
tua.

Memang anak-anak patut membela dan berkhidmat kepada ibu ayah
setelah mereka tua. Ini tuntutan fitrah. Ini juga tuntutan agama.
Tuhan pun memang hendak begitu. Tetapi patutkah ibu ayah mendidik
anak-anak untuk tujuan ini semata-mata.Patutkah ibu ayah mendidik
anak-anak untuk kepentingan diri mereka sendiri? Patutkah anak-anak
itu dianggap sebagai satu pelaburan untuk kebaikan dan kesenangan
masa depan ibu ayah? Kalau begitu, anak-anak tidak ubah sebagai 
haiwan ternakan. Dibela, diternak supaya akan dapat merasakan untung
dan hasilnya satu hari nanti. Kalau begitu mendidik anak tak ubah
seperti satu usaha komersial atau satu penanaman modal atau satu
kegiatan ekonomi.

Konsep ini perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh. Ia tersimpang dari
kehendak agama dan kehendak Tuhan. Anak-anak itu adalah amanah
Tuhan. Mereka perlu dididik untuk Tuhan.Mereka perlu dididik untuk
mengenal, mencintai dan takutkan Tuhan.Mereka perlu dididik supaya
menjadi hamba Tuhan selepas itu menjadi khalifah Tuhan dimuka bumi.
Mereka perlu dididik untuk mengabdi diri kepada Tuhan dan menjadikan
cinta agung mereka. Mereka perlu dididik supaya menjadi orang yang
beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanyalah untuk Tuhan.
Anak-anak itu anugerah Tuhan. Oleh itu, kenalah didik mereka untuk
Tuhan.

Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orang-orang
soleh yang berakhlak dan berjasa. Orang yang beriman dan bertaqwa
sudah tentu akan berkhidmat kepada Tuhannya dan sesama manusia,
lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka. Soal anak-
anak menjaga dan membela ibu ayah mereka akan terjadi dengan sendiri
setelah anak-anak itu menjadi hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa.

Apabila anak-anak dididik hanya untuk mengejar dunia dan tidak untuk
mengenal, mencintai dan takut dengan Tuhan, maka dunialah yang akan
menjadi matlamat hidup mereka. Keinsanan mereka tidak akan terbina,
nafsu mereka akan menjadi rakus dan segala sifat-sifat mazmumah yang
keji seperti tamak, haloba, hasad, dengki, bakhil, pemarah dan lain-
lain yang bersarang dihati mereka.

Mereka tidak akan mempedulikan halal atau haram, hak atau batil,
benar atau salah, adil atau zalim, manusia ataupun Tuhan. Kalau
Tuhan pun mereka tidak pedulikan, apakah harapan mereka
memperdulikan ibu ayah mereka, jauh sekali untuk membela dan
berkhidmat kepada mereka. Ibu ayah akan menjadi penghalang untuk
mereka mengejar dunia mereka. Mereka akhirnya  derhaka kepada ibu
dan ayah.
Di Akhirat nanti anak-anak ini akan menjadi orang yang muflis.
Mereka akan menentang dan menjadi seteru kepada ibu ayah
mereka.Mereka akan menuntut hak yang tidak diberikan kepada mereka.
Mereka akan menyalahkan ibu ayah mereka kerana tidak mendidik mereka
untuk Tuhan. Ibu dan ayah yang tidak mendidik anak-anak mereka untuk
Tuhan pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Di
Akhirat nanti anak yang mereka sayang itu akan bertukar menjadi
musuh.

Kalau anak-anak dididik untuk Tuhan hingga mereka menjadi orang-
orang yang beriman dan bertaqwa mereka akan menjadi aset kepada
kedua ibu ayah mereka. Mereka akan menjadi aset di dunia dan aset di
Akhirat. Di dunia mereka akan berkhidmat dan membela kedua ibu ayah
mereka. Apabila mati kedua ibu dan ayah, anak seperti ini akan
mendoakan mereka. Doa mereka tidak terhijab. Ibu dan ayah juga kan
terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil  dari
amalan soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat dididkan
dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak mereka itu.
Hadis ada menyebut:
" Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali
tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang
bermenafaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh."

Kita harus ingat bahawa anak kita itu adalah hamba Tuhan. Tuhan
lebih berhak ke atasnya daripada kita. Hanya Tuhan mengamanahkan dia
kepada kita. Oleh itu, kita perlu didik dia untuk Tuhan, bukan untuk
kita.

Anak kita hanya anak kita sementara di dunia. Di Akhirat, dia bukan
anak kita lagi. Di Akhirat, anak tak peduli ayah, anak tak peduli
ibu. Ibu ayah juga tak pedulikan anak. Masing-masing sibuk dengan
urusan masing-masing. Setakat mana kita mampu mendidik anak-anak
kita untuk Tuhan, setakat itulah manfaatnya untuk diri kita.

WASSALAM
________________________________
Free POP3 Email from www.gawab.com
Sign up NOW and get your account @gawab.com!!

11 September 2009

Meeting In The Pearl Of The Orient

by mzauri@pc.jaring.my

11th August 2009 - Ina (my wife), Munif (my son) and I were in our Gen-2 crossing the Penang Bridge. I glanced at my Seiko wristwatch and the time was 10:45am. It's still to early, I thought to myself. Munif's medical review appointment with the neuro surgeon at one of the private hospitals in Georgetown was scheduled at 2:30pm. What are we going to do in the next 3 hours or so?

Suddenly, I thought... Penang... lunch... family... friends... friends in Penang... aha! Hussin Masrin. With my left arm still clinging to the steering wheel, I reach out my right hand and zipped open my Nike pouch bag and searched for my Nokia 6120 Classic. Menu... Contacts... (key-in) H... U... S... S... I... N... walla! out came Hussin Masrin handphone number. Select... Call... Voice Call... Then, 3 second pause... it's ringing!

5 minutes later, we were approaching an empty parking lot in the basement on TESCO Penang. That was our meeting point fixed by Hussin. While waiting for Hussin to arrive, my wife still had the time to look for her "tudung Raya". Clad in a light yellow T-shirt with a pair of jeans, Hussin's head turned left and right like a windscreen wiper, on the look-out for the three of us. Just to increase the fun level I positioned myself behind a rack of hanging "Baju Kurung"s. Hussin's face looked a bit worried. As he walked by me, I grabbed his shoulder and called out his name. Then only his face turned happy. After a few handshakes and a few hugs, we were in Hussin's car.

Hussin gave us the tour of his "office" - it is actually the second biggest sewerage treatment plant in the world (the biggest one is in Ireland), 800,000 PE (population equivalent) - still remember my Construction Technology! This plant is under the concept of "Build-Operate-Transfer". By 12:30pm, we were heading to KFC for our lunch. During lunch, we talked about post-school era and family. Thank you Hussin for a nice lunch.

We parted company at 1:30pm. I'm happy to meet Hussin at his workplace and hope that we'll meet again some other days.



Hussin, yours truly and my wife in front of Hussin's "office"

09 September 2009

Hari sukan SMSPs

Those in pic yang aku kenal: Cikgu Jasni, Wan "Dagu", Bonggo, Cikgu Saayah. Kat belakang tu (bertopi putih) Cikgu Ishak Mahmud rasanya.


Dolu-dolu hari sukan kita simple aje. Take perlu pergi stadium pun. Tak macam sekarang sekolah rendah pun buat hari sukan di stadium. Anak aku pernah sukan kat Stadium Bukit Jalil...can you imagine it?

Piala pun sempoi aje, tapi ada jugak yang besar!....tengoklah tu gambar kat atas. Cikgu pun pakai simple aje...lihat Cikgu Jasni Ladin, pakai seluar pendek je mundar mandir ke sana kemari.
Those were the simple old days.
oleh: Azizi Ahmad Termizi

22 August 2009

KPI untuk Ramadhan?



Ahlan wasahlan wamarhaban ya Ramadhan.
.
Ramadhan is here with us again.

Alhamdulillah. Praise be to Allah that we have been chosen to meet this holy month once again.

I have blogged about Ramadhan a couple of times before (see here and here). The message – intended for myself especially – is this: reap the most out of this one month which has been bestowed the most of barakah by the Almighty.

In this day and age when we are crazy and besotted with KPIs, NKRA and what have you, I’d be inclined to ask: what is our KPI for this Ramadhan?
.
Kawan-kawan semua, Selamat Beribadat di Ramadhan yang mulia dan penuh barakah.
.
Azizi Ahmad Termizi
.
.

20 August 2009

24 Perkara JANGAN Dilakukan
Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari hambanya juga ~
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK & SELAMAT BERPUASA"
________________________________
Free POP3 Email from www.gawab.com
Sign up NOW and get your account @gawab.com!!

17 August 2009

Bolasepak EPL 2009/2010

Untuk peminat bolasepak khususnya EPL dan Arsenal FC. Di perlawanan pembukaan musim 2009/2010, Arsenal menang bergaya, sementara Liverpool kecundang di tangan Spurs 1-2. Manchester United nasib menang sebijik.

Ni video clip untuk game Everton lwn Arsenal. Everton kena belasah beb.


Ni pulak untuk peminat Liverpool...


Selamat menonton..

13 August 2009

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati
amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruahbeberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalikdari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simatiuntuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatimyang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apakerana tuan rumah panggil untuk diberi makan
bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang sajabahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.
Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.
Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbangkalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbangpula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadirtapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quranatau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalaunak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas.Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islamyang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
________________________________

06 August 2009

MyKad

oleh: Azizi Ahmad Termizi
.



Kad Pengenalan Murid adalah dokumen paling penting bagi pelajar yang tinggal di asrama. Untuk keluar masuk dari asrama inilah "pasport" nya. Kalau tiada kad, jangan harap boleh keluar outing. Kecualilah kalau berani "fly" iaitu keluar tanpa izin sama ada dengan menyorok dalam Van Ready To Roll tu atau diseludup dalam kereta parents kawan-kawan yang melawat.

Namun, bagi kita batch '78, kita hanya kenal benda ini setelah berpindah ke Bohor Pulai. Semasa di Padang Katong there was no such thing as Kad Pengenalan Murid. Seolah-olah kita ni bebas untuk kesana kemari.

Walaupun ia dokumen penting, oleh kerana ianya hanya digunakan dalam seminggu atau dua minggu sekali sahaja, maka aku selalu misplace benda ni. Bila time nak keluar ke pekan Kangar barulah geledah locker untuk mencarinya.

Kekadang jumpa. Tapi kekadang tu sampai berpeluh mencarinya...tak jugak jumpa-jumpa.

Dalam situasi sedemikian terpaksalah pesan aje bekalan nasi ganja melalui geng-geng yang dapat keluar.

PERMUSUHAN SYAITAN & MENGENAL TIPU DAYA NYA

 

Wahab bin Munabbih  berkata: Allah telah menyuruh Iblis datang kpd Nabi Muhammad SAW utk menjawab segala pertanyaannya, maka datanglah Iblis berupa org tua yg bertongkat. Dan ketika ditanya olih Nabi SAW: Siapa kamu? Jawabnya: Allah menyuruhku datang kepadamu utkmenjawab segala pertanyaanmu.

Lalu Nabi SAW bertanya:

Ya mal'uun berapakah musuh-musuhmu dr umat ku? Jawab Iblis : 15 org.

1-Nabi Muhammad SAW

2-Imam yg adil

3-Org kaya yg merendah diri

4-Pedagang yg jujur (benar)

5-Org alim yg khusyuk

6-Org mukmin yg suka menasihati

7-Org mukmin yg murah hati (belas kasih)

8-Org yg taubat & tetap pada taubatnya

9-Org yg menjuahi dr segala yg haram

10-Org yg tetap & sentiasa berwuduk

11-Org mukmin yg banyak sedekah

12-Org mukmin yg baik budi akhlak

13-Org mukmin yg banyak jasa gunanya pd manusia

14-Org yg membawa Al Quran & selalu membacanya

15-Org yg suka sembahyang tahajjud malam diwaktu org2 sedang tidur.

 

Lalu ditanya olih Nabi SAW : Dan siapakah kawan-kawanmu dr umatku? Jawab Iblis : 10 org.

1-Raja yg zalim

2-Org kaya yg sombong

3-Pedagang yg khianat

4-Pemabuk (peminum arak)

5-Tukang adu-adu (fitnah)

6-Pelacur

7-Pemakan harta anak yatim

8-Org yg meringankan sembahyang

9-Penolak zakat (Tdk mengeluarkan zakat)

10-Org yg panjang angan2.

 

Mudah2an kita tergolong dalam yg 15 & dijauhi & dilindungi drp yg 10.

" Ya Allah, berilah taufiq & hidayah mu senantiasa kepada kami semua & selamatkan & lindungi kami drp fitnah & tipudaya syaitan"

 

wakdogol@gawab.com

________________________________
Free POP3 Email from www.gawab.com
Sign up NOW and get your account @gawab.com!!

03 August 2009

Bolasepak

by Hasan Sabran

Musim EPL dah hampir. Ni laa time nya nak buat provokasi. Aku tau Azizi dan Zauri memang hantu tengok bola, serupa aku jugak. Astro mem aku bagi pasang sebab bola. 10 tahun lepas masa awal2 Astro, aku dok bertandang kat rumah bujang atau kedai mamak jam 3 pagi sebab nak tengok game EPL secara live, selang semusim dua, bini tak tahan suruh pasang Astro kat rumah. 

Masa sekolah aku jarang2 sepak bola, sebab memang kaki bangku pun. Yang kaki bola pulak tak reti (atau tak mau) nak menulis kat sini, jadi aku mulakan laa. Bila aku tanya kepten Norshah, ahli-ahli first eleven team SMSPs 1978 , dia pun tak berapa ingat. Mungkin kah betul line-up kat bawah ni, wallahualam..formasi 4-3-3..

Pencapaian pun setakat semi-final MSSPs -U18, 1978....

Norhisham telah ingatkan aku tentang satu pertandingan bolasepak antara team U18 lawan kakitangan dan guru SMS. Team U18 menang 4-1 rasa-rasanya. Norhisham berbangga dia score 2 bijik...tu main pakai spek, kalau tak pakai ntah2 kalah..

Apa macam Azizi dan Zauri. Scousers boleh pakai ke tahun ni? Dalam modern EPL league ni, Pool hampeh! Last year was closest, tahun ni aku rasa 4th kot..hehe..

ASRAMA PENGAKAP 10

SAKIT

Bila Dino cerita bab sakitnya yang kerap dialaminya di SMS dulu teringat aku yang aku pun pernah sakit. Itulah seingat aku sakit 'pertama' yang aku alami ketika di Asrama Pengakap. Entah kenapa hari itu badan aku tiba-tiba naik gatal-gatal dan merah seluruh badan. Bukan saja gatal tapi bengkak-bengkak. Siap ada yang tanya, ada pernah kena demam campak atau pelentong ke? Tapi bengkak-bengkak yang naik tu tak ada cecair dalamnya. Kalau di kampung tu gegata kata orang. Siap buboh bedak sejuk. Mana dapat bedak sejuk aku pun dah tak ingat tapi pastinya bukan dari asrama perempuan sekolah Derma. Badan aku naik gatal-gatal tu waktu petang. Malam tu aku pun dikecualikan dari pergi 'prep' di bahagian atas bangunan Asrama Pengakap. Di Asrama Pengakap, tak ada 'sick bay', siapa yang sakit atau demam tu, kalau tak teruk, duduk atau baringlah di atas katil sendiri dalam dorm. Aku punya la boring dan sunyi, walaupun terkadang-kadang ada bunyi orang menapak di tingkat atas. Terkadang-kadang ada juga perasaan 'suspen' dan takut-takut. Bila dah habis prep malam tu dan kawan-kawan aku turun baru la aku rasa lega sikit.

 

MATA-MATA

Itu kira baru sakit sikit saja. Teringat juga aku bila aku kena sakit mata(mata-mata), tapi waktu tu dah pindah ke Bohor Pulai. Aku dan rakan-rakan seasrama yang mengalami sakit mata semuanya ditempatkan di sick bay, tika tu di tingkat bawah sekali di Blok A. Antara yang ditempatkan bersama aku adalah Syed Harun, batch 76. Lama juga kena sakit ni, dalam 7 ke 8 hari. Memang sakit kali ni mencabar sekali. Terutama sekali bila dalam solat. Terasa lebih sakitnya bila ruku'. Tapi yang bestnya bila waktu sujud. Rasa nak terkeluar biji mata bila sujud. Alhamdulillah, dengan hidayah dan taufik dari Allah, kami tetap dapat bersolat walaupun demikian keadaannya.

Bila sakit mata tu, memang lah terasa boringnya, berbagai teori dan eksperimen timbul untuk melegakan sakit mata tu. Siap basuh mata dengan air sabun kerana dengar khabar teorinya akan mempercepatkan kadar penyembuhan dari sakit mata tadi. Wallahu a'lam samaada usaha tersebut menyumbang dalam proses penyembuhan tu!

 

Ada satu ketika asrama putera terutamanya pernah dilanda sakit mumph (betui ke tidak ejaan ni tak pasti pulak). Dalam bahasa Melayu kalau tak silap aku tu begok/(ada panggil bengok (tapi bukan bongok)  la tu. Semua pelajar yang kena begok di kuarantin kan di bilik yang jauh terpencil dari orang lain. Makanan pun diasingkan jugak. Kalau tak silap aku tempat mandi pun asing jugak. Supaya ianya tidak menular di kalangan semua pelajar (jangan jadi epidemik kot)

 

TOLERANSI

Ketika sakit yang sebegini, waktu sejam dua sangat terasa lamanya. Jadi ada antara kami ada yang mendapatkan buku cerita untuk dibaca. Sebenarnya membaca pun bukan boleh sangat, terutamanya bila taik mata tak henti-henti keluar dan mata merah menyala berdenyut-denyut. Membaca hanya 'tolerable' bila sakit dah mula beransur sembuh.

 

Cerita bab sakit ni, aku pasti yang masing-masing kita pernah mengalaminya. Ada yang sakit teruk, ada yang sakit kurang teruk, ada yang asyik kena sakit, ada yang jarang-jarang sakit, ada yang tahan sakit, ada yang tak tahan sakit. Ada yang masih boleh tersenyum simpul bila terkena sakit yang menyakitkan. Tidak sedikit pula yang terjerit-jerit bila mengalami kesakitan yang serupa dek kerana tolerance levelnya yang lebih rendah.

 

LABOUR ROOM

Apa yang aku amati, adalah orang yang beriman itu, lebih mudah dan bersedia apabila terkena penyakit, maksud aku dapat lebih bersabar menghadapinya.

Contoh yang mudah. Aku 'bertuah' dapat menemani isteri aku melahirkan anak pertama di 'labour room' ketika di Newcastle. Bilik-bilik 'labour' ni bersebelah menyebelah. Tika tu bilik-bilik 'labour' lain di dalamnya wanita-wanita bangsa Inggeris (maaf- tidak bermaksud ditujukan kepada kawan-kawan yang ada mem mat saleh). Jeritan demi jeritan  aku dengar. Memang doktor di sana menggalakkan menjerit waktu bersalin.

Bagi yang tak tahan sangat tu, atau tak nak rasa sakit siap doktor recommend buat prosedur epidural. Isteri aku taklah menjerit, aku pun banyak pesan bersabar sambil baca doa khas ketika hendak bersalin sambil tiup kat perut. Doa ni (yang merupakan beberapa potong ayat al Qur'an dari beberapa buah surah al Qur'an) boleh didapati dalam risalah kumpulan doa oleh Ibnul Qayyim. Yang bagusnya risalah atau buku ni, setiap doa di dalamnya tu ada sandaran sumbernya dari Rasulullah s.a.w. Bukanlah aku ciplak dari tok bomoh.

 

KONSEP SAKIT

Konsep menghadapi penderitaaan, dugaan dan penyakit bagi seorang yang beriman itu berbeza dari yang bukan beriman. Menghidapi penyakit itu membawa rahmat dan kebaikan bagi seorang mukmin. Sakit sebagai 'vehicle' baginya menebus dosa dan menambah pahalanya di akhirat. Mukmin yang bersabar dan mengingati Allah ketika sakitnya sebenarnya bertambah dekat kedudukannya di sisi Allah SWT.

Cuba kita tengok dalam surah(chapter) al-Baqarah, ayat 155 dan 156.

"Kami pasti akan menguji kamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan hasil kekayaan, kehilangan jiwa(kematian) dan kekurangan makanan. Dan sampaikanlah khabar gembira pada orang-orang yang sabar. (Iaitu) mereka yang bila terkena bala'(ujian) berkata: Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un:(Kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali)."

 

Juga diberitakan  melalui riwayat imam Muslim sebuah hadith(tradition of the prophet); Abu Yahya (Suhaib) bin Sinnan Arrumy radhiallahu anhu berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.:"Sangat mengkagumkan keadaan seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: Jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu lebih baik baginya, dan bila menderita kesusahan (ia) sabar, maka kesabaran itu lebih baik baginya."

 

Di dalam hadith yang lain pula(riwayat Bukhari dan Muslim),

Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Tiada seorang muslim yang menderita kelelahan atau penyakit atau kesusahan (kerisauan) hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya."

 

Komen seorang alim (Imam Nawawi) bahawa syarat kurniaan Allah bahawa setiap penderitaan jadi penebus dosa, asalkan muslim itu menyambut penderitaannya tadi dengan jiwa iman dan kesabaran.

 

Mungkin juga dengan mendapat sakit tu, Allah nak bagi kebaikan kepada kita.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa;

Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w. "Siapa yang dikehendaki oleh Allah padanya suatu kebaikan (keuntungan), maka diberinya penderitaan. "

 

Begitulah roda kehidupan. Masing-masing akan berhadapan dengan cabaran dan dugaaan. Kata orang tua-tua dulu, Allah dah bagi panggu masing-masing.

Yakni Allah dah tentukan Qada' dan Qadar (Divine Predestination)  seseorang atau makhluk itu, cuma kita tak tahu apa yang telah ditentukan untuk kita. Kita dituntut berusaha dan berdoa dengan yang baik.

Yang penting - Berdoa dengan harapan dari Allah Yang Maha Penyembuh dan tidak berasa berputus asa dengan berusaha mencari ubat atau penawarnya. Satu ajaran agama – bahawa setiap penyakit ada penawarnya kecuali maut. Imam muslim narrated that the Prophet s.a.w. said:

"Every illness has a cure, and when the proper cure is applied to the disease, it ends it, Allah willing."

Juga disebut dalam hadith sahih(means strong or sound hadith/tradition) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah has not sent down a disease except that He has also sent down its cure." [quoted from "Healing with the Medicine of the Prophet s.a.w. by Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah]

Seorang muslim itu menghadapi dunia ini sebagai satu laluan atau jambatan ke alam yang lebih luas dan kekal yakni akhirat. Oleh itu setiap dugaan hidup baik merupakan menghidapi penyakit, ditimpa berbagai musibah adalah menjadi peluang mendapat  pahala/rewards di akhirat.

Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. memegang bahuku sambil berkata: "Jadilah kau di dunia ini bagaikan orang asing (ghorib) atau orang rantau (pengembara)…."

-sebahagian dari hadith riwayat imam Bukhari.


01 August 2009

Golf Merdeka For Funds

Date : Saturday, 08 August 2009
Time: 08:00 - 11:00
Location: Nilai Springs Golf Club

ANJURAN BERSAMA PIBG DAN KELAB GOLF SMK SEAFIELD

Yuran Penyertaan : RM300.00 (Individu) RM1,200.00 (1 Flight)
Kaedah Permainan : Sistem 36
Tarikh Tutup Penyertaan : 31 Julai 2009 (Jumaat)

CHUCK = ON
RAMLAN = ON
SUDIN = ON
NORSHAH = ON,OFF,ON
Hussin= Onnnnnn
Azli = Onnnnnnnnn uummph!

SLOT kecoh, nanti kita pakat ramai2 pi...AZLI BAWA! Siapa nak tumpang, BOOK awai2..bg sokongan pada "THE THOROUGHBREDS".

SMSPerlis Aerial Photo Update

Dulu aku ada buat posting untuk menunjukkan gambar udara lokasi sekolah kita. Di situ aku postkan peta yang statik, maknanya tak boleh pan dan zoom.

Kali ni aku perbaharui dengan meletakkan peta yang interaktif pula. Untuk lokasi yang sama, sekarang encik2 semua boleh pan dan zoom. Aku tambah peta Kangark sekali yang interaktif, cuba-cuba kot-kot boleh cari kedai jual nasi ganja, cari kedai jual seluak Hok, dan restoren Riverside yang dekat2 rumah kedai OngCC tu..


Peta Interaktif SMSPs. Tekan mouse atas peta dan gerak2kan utk panning. Zoom guna +-


Peta Kangark..


by Hassan Sabran

31 July 2009

Novel "Cassandra Compact" oleh Robert Ludlum



Novel fiksyen action thriller karangan Robert Ludlum & Philip Shelby yang diterbitkan pada tahun
2002 berjudul "The Cassandra Compact" ini aku beli second-hand di Pasar Seni KL tahun lepas dengan harga 5 ringgit saja. Mungkin dah 2-3 kali aku baca kot.

Yang bestnya plot ceritanya sangat sesuai di baca pada masa kini kerana ianya berkaitan dengan penularan wabak penyakit yang tidak mempunyai penawarnya ataupun vaccine. Sama dengan isu penyakit H1N1 yang melanda banyak negara di dunia sekarang ini.

Hero dalam cerita ini bernama Jon Smith, merupakan seorang ajen perisik Covert-One dan telah terlibat dalam isu kehilangan virus legacy iaitu, Smallpox (campak) yang mana pencuri virus tersebut melibatkan seorang Jeneral dari tentera Amerika, seorang pakar syarikat pengeluar ubat tersohor berasal Jerman, seorang astronaut , seorang pembunuh upahan Serbia dan beberapa watak lagi. Mereka telah mencuri virus tersebut dari tempat simpanan khas di Russia, membawanya melalui darat & udara ke Amerika lalu bercadang untuk mengolah virus tersebut di dalam salah satu misi penerokaan kapal angkasa shuttle Discovery.

Novel setebal 2 inci (448 mukasurat) ini berkisar bagaimana virus itu di curi, dan di bawa keluar dari Russia ke Amerika. Virus Smallpox yang kita anggap tidak merbahaya, tetapi masih boleh dimajukan dan bakal di jadikan senjata biokimia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Setelah ujian makmal diangkasa lepas dijalankan, virus Smallpox tersebut boleh dibawa kembali ke bumi untuk digunakan sebagai senjata biokimia untuk membunuh ramai manusia dalam sekelip mata saja.

Tak pandai aku nak buat sinopsis buku yang menarik tetapi cukup lah aku katakan, aku begitu puas membacanya kerana pengarang telah membuat homework yang begitu baik dan terperinci sekali.

Oleh kerana terlalu asyik membaca, aku telah habiskan membaca buku ini dalam tempoh tak sampai sehari saja.

Kalau nak dengar novel ini di baca dalam format mp3, encik2 boleh download di SINI . Saiz 54MB...

oleh Hasan Sabran

IT Untuk Orang Tua Bah. ke2

Online Broadband Benchmark
Penyelarasan Jalurlebar Online - Speedtest.net


Kebanyakan kita menggunakan "broadband Internet". Yang jadi isunya adalah ketidaktentuan kelajuan. Sesekali bila kita buka laman web tertentu bukan main laju, tapi kengkadang lembab macam kura-kura. ataupun macam mentega Siap boleh bancuh secawan kopi segera dulu baru laman tsbt habis kemunculannya. Arakian, bagus kalau kita boleh buat "benchmarking" ke atas broadband Internet kita itu. Ianya bertujuan untuk mengetahui pertukaran kelajuan dan membuat perbandingan.

Laman web Speedtest.net di buat untuk tujuan penyiasatan tersebut. Di situ kelajuan "download" dan "upload" kita akan di uji, dan kita boleh nampak hasil ujikaji kita. Jadi taklah kita asyik nak menuding jari kepadan syarikat ISP (Internet Service Provider) saja. Banyak juga kes kelembapan webpage bukan kerana ISP yang slow, tapi disebabkan dek webserver laman itu sendiri. Kelembapan boleh juga disebabkan oleh rekabentuk laman tersebut, yang tidak di"optimum"kan. Kebiasaannya kerana file grafik yang terlalu besar ataupun script/program juga boleh melembabkan pengguna.

Speedtest.net menggunakan program "flash" dan mudah digunakan. Anda hanya perlu memilih server yang terdekat, dan pabila anda tekan Begin Test program tersebut akan memaparkan kelajuan "upload" dan "download" kita macam dekat dashboard kereta. Ujian dijalankan untuk seminit dua saja dan hasilnya akan dipaparkan untuk anda selepas habis ujian.

Selang beberapa hari, kita boleh buat ujian semula dan bolehlah di buat perbandingan antara semalam, kelmarin dan hari ini. Ataupun kita boleh bandingkan sesama kawan-kawan yang menggunakan lain-lain ISP, iaitu samada Jaring, Streamyx, Celcom Broadband, Wimax dsbnya..

Baru kita tahu samada berbaloi bayaran RM68 sebulan untuk "broadband Internet" kita tu.

Berikut hasil ujian yang aku dapat untuk ISP Jaring dari opis aku, untuk kali ini.. Rating 3 bintang saja. Kira terok laa tuu.. Modem Jaring claim 3Mb/s, separuh pun tak dapek. Ni bukan $68 sebulan. Mahai punya, akaun opis. Hampeh! Maap ya Aizudin, research tak habis lagi kot..hehe.

Ujian 1 (masa pengguna 4-5 pc ..sila perhatikan waktunya)


Ujian 2 (masa jam 1 pagi..sorang2)


Bagaimanapun, benchmark dalam BM apa dia hah? Penyelarasan boleh ka? Kalau TBM (temporary benchmark) adalah Tanda Araslaras...

Untuk maksud ujian ini SILA TEKAN >> http://www.speedtest.net.

Semoga memberi menafaat..

Hasan Sabran

30 July 2009

Usia Tua Tanda Hampir Kematian

Dalam tahap umur kita ni sudah ada tanda2 kelemahan. Kekuatan mulai menurun sedikit demi sedikit, lalu menjadi semakin lemah.

1 Umur Manusia Semakin Pendik

Sebenarnya umat manusia pada saat ini tergolong di antara umat2 yg paling pendik usianya. Umat terdahulu ada yg sampai 1000 tahun, bahkan ada yg lebih dari itu.

Di dalam tahap umur ini, biasanya seseorang lebih cenderung untuk kembali kepada Allah SWT, sentiasa memperhatikan diri dgn memperbanyak ibadah, zuhud terhadap kenikmatan dunia, bersungguh2 dlm amal kebajikan. Tentunya bagi org yg mendapat taufiq & hidayah dr Allah SWT. Inilah saat utk menjaga kehormatan diri, khusyuk pada Allah SWT menjauhi segala permainan hidup & perbuatan sia2.

2 Tumbuhnya Uban Di Kepala

Manakala seseorang mulai memasuki umur tua, maka rambut putih mula timbul & itu adalah nur bagi orang Islam, sebagaiman tersebut di dlm sebuah hadis yg bermaksud:

" Berubannya rambut seorng muslim merupakan nur baginya" (HR Tarmizi & Nasai)

Rambut putih itu mengingatkan kita akan dekatnya ajal & tertutupnya jalan cita2 & angan2. Ia juga menandakan bahawa masa utk berangkat sudah dekat & tidak lama lagi kita akan berpindah. Ada pula yg mengatakan bahawa rambut putih itu merupakan pertanda tibanya ajal & penghapus cita2.

3 Usia Pikun

Setelah itu manusia akan beralih dari masa tua menjadi tua bangka & lanjut usia. Dlm tahap umur ini, biasanya kelemahan menimpa manusia serta semua alat derianya & anggota badannya, sehingga akalnya samasekali tidak berdaya lagi.

Umur tua yg dimaksudkan di sini ialah masa pikun & tdk menentunya fikiran. Umur semacam ini lah yg Rasulullah SAW sering minta perlindungan dari Allah SWT. Dalam hadis lain, Rasulullah SAW sering minta perlindungan dari usia lanjut yg membawa kepada akibat buruk.

4. Umur Yang DiBerkati ALLAH SWT

Adapun umur yg paling baik ialah umur yg diberkati Allah SWT yg diberi taufik utk mengerjakan amalan soleh & kebajikan2 yg lain, baik yg umum atau khusus. Ada kalanya Allah SWT memberikan berkatNya pd umur yg pendik bg sebahgiaan hambaNya yg terpilih,sehingga amalan kebaikannya lebih banyak & terasa manfaatnya drp org2 yg panjang umurnya.

Sebagi contoh,

Imam Syafi'e rahimahullah = 54 tahun panjang umurnya

Imam Ghazali rahimahullah = 55 tahun masa wafat

Imam Nawawi = 50 tahun.

Mudah2an kita mendapat manafaat & semoga kehidupan dunia yang sifatnya sementara ini, tidak membuat kita menjadi lupa.

" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)" ( Ali Imran: 8 )


Wak Dogol

29 July 2009

Datanglah ke Floria Putrajaya

oleh: Azizi Ahmad Termizi


Anda suka bunga, pokok dan landskap? Datanglah ke PUTRAJAYA FLORIA 2009.

Floria Putrajaya adalah suatu event bertaraf antarabangsa (ala Chelsea Flower show la tu) anjuran Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Acara ini akan berlangsung selama 9 hari dari 1 hingga 9 Ogos dan kemasukan adalah PERCUMA.

Venue nya adalah di Waterfront Precinct 2, Putrajaya dan waktu melawat:
Monday-Thursday 9.00am-10.00pm

Untuk maklumat lanjut lawat website FLORIA di sini.
Datang, bawa famili. Rugi kalau tak datang, kena tunggu dua tahun lagi baru ada pulak.

25 July 2009

Aku jumpa Hussin & Azli

oleh: Azizi Ahmad Termizi


Dua minggu yang lalu aku jumpa Hussin dan Azli. Err...sebenarnya depa yang mai jumpa aku.

Hari tu hari Jumaat. Aku berada di rumah sebab still on MC. Solat Jummat dah beres. Perut dah kenyang. Mata dah mengantuk duduk atas sofa sambil tengok TV. Mem Besar pulak takda di rumah...dia pergi kelas.

Elok aku nak tertidor terdengar handphone berbunyi tanda sms masuk.

Hussin rupanya. Dia tanya"Azizi, kau ada kat rumah tak? Aku nak mai boleh?".

Aku pun segera balas "Ada Sin, dok sorang2. Bini aku pegi kelas, mai la".

Hussin pun balas "Haha wokey!"

Mengantuk mata aku terus hilang. Excited dan terbayang wajah Hussin berdiri di depan gate rumah aku.

Tiba-tiba aku teringat yang Mem aku takda. Apa aku nak hidang si Hussin tu nanti? Tangan aku sakit tak boleh buat air minum. Hehe, ok la, actually excuse je tu...sebenarnya aku tak tau nak buat air pun. Sebab, kat mana B1N1 aku simpan gula dan teh pun aku tak tau!! (suami mithali).

So aku cepat-cepat sms Hussin to warn him kalau dia mai, air tak akan dihidang...kecuali kalau dia beli dan bawa air sendiri.

Aku pun sms "Hussin bini aku takda. Tolong bawa air minum sendiri. Belikan aku soya bean ya"...

As expected Hussin balas balik dengan nada sinis "Baik punya kawan. Air pun kena bawa sendiri...kau siap kita keluar".

Akupun terhegeh-hegeh la bersiap. Dah lama dok memerap kat rumah sebab on long MC. So penampilan aku sedikit "not up to the mark" hehe.

Bila Hussin sampai depan gate rumah aku dia telefon. Akupun keluar dari rumah dengan memakai kain pelikat aje untuk menyambut dia.

Rupa-rupanya Azli pun ada sama! Kamipun bersalaman dan berpelukan kegembiraan (bear hug aje la...bukan pelukan romantis!).

Selepas solat asar kami pun keluar ke kedai mamak. Walaupun pada masa tu Mem aku dah balik dari kelasnya, dan boleh cari teh dan gula tu dengan mudah, tetapi minum di luar lagi seronok. Senang bersembang dan berseloroh, jadi macam budak-budak balik.
.
Kedua-duanya, Azli dan Hussin, masih hensem lagi....maintain. Pendek kata kalau depa nak pasang B1N1 no. 2 (atau no. 3!) masih ada yang mahu lagi ni.

Azli punyalah banyak bercerita. Dari cerita pasal Wak (Hutan Melintang) sampai lah cerita pasai dia ajar anaknya Add Maths. Memang dari dahulu lagi Azli pandai Add Maths dan suka bercerita.

Hussin pula sangat suka ketawa. Dia adalah teman se-dorm aku semasa tingakatan 1. Kami tinggal di Bilik 1, tingkat 3 di Blok A, Asrama Putra. Kelaspun memanglah sama di (all-boys) 1Sc1 hingga 3Sc1. Tetapi after that kami split. Aku di Sc2 dan Hussin di Sc1. Namun persahabatan tetap terjalin especially menerusi permainan bolatampar.

Sesudah hampir ke waktu maghrib barulah kami meninggalkan kedai mamak.

Setelah kembali ke rumah aku, dan selepas solat maghrib, kami sambung sembang lagi sambil minum teh dan makan kacang tumbuk. Aku memang suka kacang tumbuk. Tetapi makan bersama kawan-kawan lama ni lain sedikit rasanya...lagi seronok.

Azli kata dia nak balik ke Perak malam itu juga. So dia terpaksa make a move.

Kamipun beredar keluar. Tetapi di luar rumah aku, kami terserempak dengan jiran aku si Hazmi.

"Apa kecoh-kecoh ni bang?" kata Hazmi apabila nampak kami bersembang excited semacam.

"Tak da apa Mi...cuma seronok, ni ha dapat jumpa geng lama ni setelah 30 tahun tak jumpa" kata aku.

Jadi kami pun sambung lagi bercerita di luar pagar rumah aku, kali ini bersama si Hazmi tu pulak.

Aku rasa Hussin dan Azli left at about 9 pm malam tu. Aku rasa sangat seronok.

Bila aku cerita pada Mem aku tentang Hussin dan Azli, dia pun perasan bahawa aku nampak happy, especially setelah boring beberapa minggu duduk memerap di rumah.

Terima kasih Hussin dan Azli kerana sudi datang. Nanti kita bincang pasal reunion for batch '78?


24 July 2009

Aku dan Dino

oleh Sudin Karim

Berjumpa dengan dino last week , dia nak ke KL ada meeting sanggup dia singgah dekat Melaka semata mata nak jumpa aku. Aku dah tengok gambar dia dalam blog ini senang aku kenal, tetapi sekiranya tak ada blog ini dah tentu aku tak kenal dia.

Dino yang aku jumpa seorang budiman dan humble down to earth.  Sembang punya panjang sampai dia tak dapat pergi seremban dan terpaksa dia tidor kat Melaka.

Just to share this photo for everybody to see me and Dino.

21 July 2009

Sembang-Sembang Di Kantin Bhg. 2


Untuk kesinambungan penceritaan, sila KLIK DI SINI untuk para pengunjung blog ini yang belum membaca Sembang-Sembang Di Kantin Bahagian 1.

Kisah 2: Laksa Kola

Makanan paling famous di Perlis, amnya, di Kuala Perlis (Kola), khasnya, sudah tentulah Laksa Kola. Sebut Kola, aku teringat kawan regu Sepak Takraw aku, Roslin. Mana dia hah! List email tak dak. Komen dekat blog nih pun dia tak tulih. Enam, tujuh tahun dulu aku jumpa dia, dia kata dia supplier ikan dari Kola ke Sungai Petani. Amacam bisnes?

Tengok... aku melalut lagi. Sori... Oh ya! Laksa Kola. Pak Syed, taukeh kantin kita, tidak ketinggalan menyajikan menu Laksa Kola. "Mai sepinggan!" (teringat iklan Kopi Radix, "Mai secawan!" - melalut lagi... heeiisy!)

Laksa kola kalau kena dengan kuahnya, habis licin dimakan. Kalau tiada sesiapa melihat, mahu diangkat pinggan dan dihirup terus kuahnya. Kalau di kantin sekolah, seingat-ingat aku, tak pernah yang tiada pelanggan (kecuali waktu kelas), jadi susahlah sikit nak hirup - takut-takut dicap "pelahap" oleh member-member sekeliling.

Satu cara untuk menghabiskan kuah laksa ialah dengan mencondongkan pinggan laksa itu supaya kuah itu berkumpul pada satu bahagian pinggan. Ini memudahkan untuk mencedok dan menghabiskan kuahnya.

Perbuatan mencondongkan pinggan ini telah menarik perhatian sekumpulan pelajar-pelajar lelaki untuk mereka-cipta kata-kata sindiran untuk mengusik rakan-rakan yang suka melakukan perbuatan ini. Apabila ahli kumpulan ini berada berdekatan dengan pelajar yang sedang menikmati Laksa Kola, mereka akan menunggu hingga ke saat-saat pinggan itu akan dicondongkan, lalu mereka akan berkata secara serentak "Jaga! Jaga! kapai nak senget...". Mereka akan menjerit kepuasan apabila pinggan itu benar-benar dicondongkan. Kepada mereka yang tersedar sebelum melakukan perbuatan mencondongkan pinggan, jelas kelihatan pada air muka mereka betapa hampanya kerana tidak dapat menghabiskan kuah Laksa Kola itu akibat "tersentap" dan rasa malu. Kesian!

Dalam pada kesian-kesian tu, ada juga member yang ambil kesempatan untuk acara "ice-breaking ceremony". Cuba bayangkan jika kata-kata "Jaga! Jaga! kapai nak senget..." ini ditujukan kepada pelajar perempuan. Kalau si dia tidak merajuk, aisey man, ada "chance". Kalau si dia merajuk dan terus agkat kaki, "hampeh!!". Setakat masa penulisan artikel ini, aku tak dengar lagi "couple" yang berjumpa melalui cara "kapai senget" ini. Kalaulah ada tolong isytiharlah (kalau sporting)...

Terima kasih kepada saudara Hussin Masrin yang menyumbangkan gambar kantin masa zaman "kapai senget"... nostalgia sungguh!!!

20 July 2009

Fesyen dan Jenama

oleh Hassan Sabran

Zaman mula masuk SMSPs aku mula kenal fesyen. Almaklumlah baru lepas "mimpi naik kapalterbang". Mimpi naik kapalterbang adalah jawapan yang diberi ustazah aku masa primary, bila di soal, apa itu baligh?

Masa muda belia tu masing2 nak menghias diri supaya nampak bergaya macam hero yang akan diminati heroin. Tak kiralah, ikut idola masing2. Ada yang nak jadi hero hindustan, nak jadi Mick Jagger, nak jadi Kevin Keegan dan macam2 lagi. Yang pompuan, wallahualam.

Brand atau Jenama tak boleh dipisahkan dengan fesyen. Masa remaja aku mula kenal seluar berjenama Amco, Saddle King, baju berjenama St Sebastian atau Fruit of The Loom, kasut berjenama Sekaicho maupun Adidas dan minyak wangi Brut dan Aramis. Seluaq dalam pun kena ada brand, paling cikai jenama Rickin, yang mahai tentunya Speedo. Melihat kawan-kawan yang berfesyen sikit, ada saja helah nak pinjam pakai, untuk tangkap gambar ataupun buat pakai jalan-jalan keluar pekan. Namun ada jugak tak punya banyak wang, cukup sekadar pakai pakaian yang dibuat di Siam. Ada jenama jugak..Grand Sports.ataupun Adibas...

Rasa2 aku masa umoq Form 5 ke atas duit perbelanjaan memang majoriti habis kat pakaian. Apataknya, seluaq Levis zaman kita ori dalam 100? Baju 100, talipinggang 25. Dah 250. Kasut pun tak koman. Brand Kickers atau Clerk. Kurang2 bila balik raya mau dah habis 3-4 ratus sebab nak bergaya. Kalau dicongakkan, jumlah duit beli pakaian agaknya boleh bayar yuran untuk satu semester!

Begitulah zaman bujang aku. Bila dah kawin, ada tanggungjawab, kena cut budget semua2 yang mewah tu. Tapi sebab dah mangli dengan seluaq jeans, beli jugak yang ada brand, tapi kat kedai reject atau bundle Sebenarnya branded items ni memang bagus. Lasak, jahitannya tahan dan memang berbaloilah dengan harganya. Cuma kadang2 terlalu taksub dengan branding ni, sampai timbui pulak prejudis dengan local products yang mungkin sama kualitinya.

Dah berumoq laa ni, tak larat nak berjenama-jenama dah. Janji boleh tutup aurat sudah. Giliran anak2 pula. Jenuh nak layan. Anak2 aku buat ruling, kalau nak beli apa2 diluar barang keperluan, dia kena contribute 1/3 drpd harga barang yang nak di beli. Nak boot adidas harga 100 kalu, dia kena keluar duit simpanan dia atleast RM33.33. Subject to available of funds di pihak 2/3 tu jugak laa.. Baru aku rasa budak2 akan menghargai benda-benda tu, sebab dia pun kena keluar duit. No pain no gain.

Pernah dengar orang-orang tua pesan, pakaian yang terbaik bagi seseorang adalah pakaian yang diperolehi dari hadiah/sedeqah orang pada kita. Sebabnya, pakaian tersebut bebas dari syubahat. Kalau kita beli pakaian itu dengan duit kita sendiri, sumber pendapatan kita mungkin ada unsur-unsur syubahat, apalagi dari sumber haram, maka kita memakai pakaian yang tak suci. Sebab itu doa susah makbul. Jadi janganlah perkecilkan baju yang orang bagi/sedeqah kat kita, baik kita pakai bawak pi semejid, kita berdoa dalam baju tu, insyallah makbul, jadi kaya raya..dunia akhirat..Ameen.

Apapun dalam segala perkara kita dianjurkan berpada-pada. Fesyen2 jugak, tapi janganlah sampai nak bermewah macam jutawan pakai, tapi susu anak pun tak terbeli. Ukur baju di badan sendiri..

Semuga Memberi Menafaat.
lagu-lagu top 1974-78