31 July 2009

Novel "Cassandra Compact" oleh Robert Ludlum



Novel fiksyen action thriller karangan Robert Ludlum & Philip Shelby yang diterbitkan pada tahun
2002 berjudul "The Cassandra Compact" ini aku beli second-hand di Pasar Seni KL tahun lepas dengan harga 5 ringgit saja. Mungkin dah 2-3 kali aku baca kot.

Yang bestnya plot ceritanya sangat sesuai di baca pada masa kini kerana ianya berkaitan dengan penularan wabak penyakit yang tidak mempunyai penawarnya ataupun vaccine. Sama dengan isu penyakit H1N1 yang melanda banyak negara di dunia sekarang ini.

Hero dalam cerita ini bernama Jon Smith, merupakan seorang ajen perisik Covert-One dan telah terlibat dalam isu kehilangan virus legacy iaitu, Smallpox (campak) yang mana pencuri virus tersebut melibatkan seorang Jeneral dari tentera Amerika, seorang pakar syarikat pengeluar ubat tersohor berasal Jerman, seorang astronaut , seorang pembunuh upahan Serbia dan beberapa watak lagi. Mereka telah mencuri virus tersebut dari tempat simpanan khas di Russia, membawanya melalui darat & udara ke Amerika lalu bercadang untuk mengolah virus tersebut di dalam salah satu misi penerokaan kapal angkasa shuttle Discovery.

Novel setebal 2 inci (448 mukasurat) ini berkisar bagaimana virus itu di curi, dan di bawa keluar dari Russia ke Amerika. Virus Smallpox yang kita anggap tidak merbahaya, tetapi masih boleh dimajukan dan bakal di jadikan senjata biokimia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Setelah ujian makmal diangkasa lepas dijalankan, virus Smallpox tersebut boleh dibawa kembali ke bumi untuk digunakan sebagai senjata biokimia untuk membunuh ramai manusia dalam sekelip mata saja.

Tak pandai aku nak buat sinopsis buku yang menarik tetapi cukup lah aku katakan, aku begitu puas membacanya kerana pengarang telah membuat homework yang begitu baik dan terperinci sekali.

Oleh kerana terlalu asyik membaca, aku telah habiskan membaca buku ini dalam tempoh tak sampai sehari saja.

Kalau nak dengar novel ini di baca dalam format mp3, encik2 boleh download di SINI . Saiz 54MB...

oleh Hasan Sabran

2 comments:

Azizi Ahmad Termizi: said...

Hassan

Dah ada buat filemke buku ni? Tak da kaitan dengan filem Cassandra Crossing kan?

Hebat kau baca dalam satu hari!

Aku pernah habis satu buku tu dalam less than 1 week. Memang "unputdownable". Sampai bila terjaga tengah malam pun aku pegang balik buku tu dan baca, naik hairan mem aku. Tajuknya The Testament oleh John Grisham.

acanov said...

Zizi, Cassandra Crossing filem zaman Dewan Behoq Pulai dah kita tengok..one of fav movie jugak tu.. action/thriller/comedy..

Tak pasti novel 2002 ni dah difilemkan sbb semenjak kerja x pernah masuk panggung.. kat tv tengok channel sports/discovery jer.

By googling takder pulak movie nama Cassandra Compact. Mungkin belum difilemkan.

Buku ni memang fast paced, gripping right from the beginning till the end. Typical cloak and dagger spy story with a bi-chemical twist. Dlm demam2 aku boleh speed read. Lagi pun aku dah baca 2-3 kali sebelum ni. Tebok2 jer..

Nanti aku cari buku Testament tu..

Laa ni aku dok start selak2 baca The Afghan by Frederick Forsyth.

lagu-lagu top 1974-78