Dua minggu yang lalu aku jumpa Hussin dan Azli. Err...sebenarnya depa yang mai jumpa aku.
Hari tu hari Jumaat. Aku berada di rumah sebab still on MC. Solat Jummat dah beres. Perut dah kenyang. Mata dah mengantuk duduk atas sofa sambil tengok TV. Mem Besar pulak takda di rumah...dia pergi kelas.
Elok aku nak tertidor terdengar handphone berbunyi tanda sms masuk.
Hussin rupanya. Dia tanya"Azizi, kau ada kat rumah tak? Aku nak mai boleh?".
Aku pun segera balas "Ada Sin, dok sorang2. Bini aku pegi kelas, mai la".
Hussin pun balas "Haha wokey!"
Mengantuk mata aku terus hilang. Excited dan terbayang wajah Hussin berdiri di depan gate rumah aku.
Tiba-tiba aku teringat yang Mem aku takda. Apa aku nak hidang si Hussin tu nanti? Tangan aku sakit tak boleh buat air minum. Hehe, ok la, actually excuse je tu...sebenarnya aku tak tau nak buat air pun. Sebab, kat mana B1N1 aku simpan gula dan teh pun aku tak tau!! (suami mithali).
So aku cepat-cepat sms Hussin to warn him kalau dia mai, air tak akan dihidang...kecuali kalau dia beli dan bawa air sendiri.
Aku pun sms "Hussin bini aku takda. Tolong bawa air minum sendiri. Belikan aku soya bean ya"...
As expected Hussin balas balik dengan nada sinis "Baik punya kawan. Air pun kena bawa sendiri...kau siap kita keluar".
Akupun terhegeh-hegeh la bersiap. Dah lama dok memerap kat rumah sebab on long MC. So penampilan aku sedikit "not up to the mark" hehe.
Bila Hussin sampai depan gate rumah aku dia telefon. Akupun keluar dari rumah dengan memakai kain pelikat aje untuk menyambut dia.
Rupa-rupanya Azli pun ada sama! Kamipun bersalaman dan berpelukan kegembiraan (bear hug aje la...bukan pelukan romantis!).
Selepas solat asar kami pun keluar ke kedai mamak. Walaupun pada masa tu Mem aku dah balik dari kelasnya, dan boleh cari teh dan gula tu dengan mudah, tetapi minum di luar lagi seronok. Senang bersembang dan berseloroh, jadi macam budak-budak balik.
.
Kedua-duanya, Azli dan Hussin, masih hensem lagi....maintain. Pendek kata kalau depa nak pasang B1N1 no. 2 (atau no. 3!) masih ada yang mahu lagi ni.
Azli punyalah banyak bercerita. Dari cerita pasal Wak (Hutan Melintang) sampai lah cerita pasai dia ajar anaknya Add Maths. Memang dari dahulu lagi Azli pandai Add Maths dan suka bercerita.
Hussin pula sangat suka ketawa. Dia adalah teman se-dorm aku semasa tingakatan 1. Kami tinggal di Bilik 1, tingkat 3 di Blok A, Asrama Putra. Kelaspun memanglah sama di (all-boys) 1Sc1 hingga 3Sc1. Tetapi after that kami split. Aku di Sc2 dan Hussin di Sc1. Namun persahabatan tetap terjalin especially menerusi permainan bolatampar.
Sesudah hampir ke waktu maghrib barulah kami meninggalkan kedai mamak.
Setelah kembali ke rumah aku, dan selepas solat maghrib, kami sambung sembang lagi sambil minum teh dan makan kacang tumbuk. Aku memang suka kacang tumbuk. Tetapi makan bersama kawan-kawan lama ni lain sedikit rasanya...lagi seronok.
Azli kata dia nak balik ke Perak malam itu juga. So dia terpaksa make a move.
Kamipun beredar keluar. Tetapi di luar rumah aku, kami terserempak dengan jiran aku si Hazmi.
"Apa kecoh-kecoh ni bang?" kata Hazmi apabila nampak kami bersembang excited semacam.
"Tak da apa Mi...cuma seronok, ni ha dapat jumpa geng lama ni setelah 30 tahun tak jumpa" kata aku.
Jadi kami pun sambung lagi bercerita di luar pagar rumah aku, kali ini bersama si Hazmi tu pulak.
Aku rasa Hussin dan Azli left at about 9 pm malam tu. Aku rasa sangat seronok.
Bila aku cerita pada Mem aku tentang Hussin dan Azli, dia pun perasan bahawa aku nampak happy, especially setelah boring beberapa minggu duduk memerap di rumah.
Terima kasih Hussin dan Azli kerana sudi datang. Nanti kita bincang pasal reunion for batch '78?
2 comments:
bagusnya mem u tak bagi u masuk dapur. mcm tu boleh le mc lama2.... ada org jaga makan minum... "kerja berat takut reput tulang........' 'sapa tak sayang B1N1 oi'.........
Solat Asar & Maghrib berjemaah kat rumah Azizi..U-Stad Azizi jd imam. Sebenarnye, kalau tak minum pun tak ape, yg paling penting dpt ziarah sahabat yg "injured", masa ziarah pun Azizi dah "90-95% sembuh"...patut lawat masa "90-95% injured".
Post a Comment