21 July 2009

Sembang-Sembang Di Kantin Bhg. 2


Untuk kesinambungan penceritaan, sila KLIK DI SINI untuk para pengunjung blog ini yang belum membaca Sembang-Sembang Di Kantin Bahagian 1.

Kisah 2: Laksa Kola

Makanan paling famous di Perlis, amnya, di Kuala Perlis (Kola), khasnya, sudah tentulah Laksa Kola. Sebut Kola, aku teringat kawan regu Sepak Takraw aku, Roslin. Mana dia hah! List email tak dak. Komen dekat blog nih pun dia tak tulih. Enam, tujuh tahun dulu aku jumpa dia, dia kata dia supplier ikan dari Kola ke Sungai Petani. Amacam bisnes?

Tengok... aku melalut lagi. Sori... Oh ya! Laksa Kola. Pak Syed, taukeh kantin kita, tidak ketinggalan menyajikan menu Laksa Kola. "Mai sepinggan!" (teringat iklan Kopi Radix, "Mai secawan!" - melalut lagi... heeiisy!)

Laksa kola kalau kena dengan kuahnya, habis licin dimakan. Kalau tiada sesiapa melihat, mahu diangkat pinggan dan dihirup terus kuahnya. Kalau di kantin sekolah, seingat-ingat aku, tak pernah yang tiada pelanggan (kecuali waktu kelas), jadi susahlah sikit nak hirup - takut-takut dicap "pelahap" oleh member-member sekeliling.

Satu cara untuk menghabiskan kuah laksa ialah dengan mencondongkan pinggan laksa itu supaya kuah itu berkumpul pada satu bahagian pinggan. Ini memudahkan untuk mencedok dan menghabiskan kuahnya.

Perbuatan mencondongkan pinggan ini telah menarik perhatian sekumpulan pelajar-pelajar lelaki untuk mereka-cipta kata-kata sindiran untuk mengusik rakan-rakan yang suka melakukan perbuatan ini. Apabila ahli kumpulan ini berada berdekatan dengan pelajar yang sedang menikmati Laksa Kola, mereka akan menunggu hingga ke saat-saat pinggan itu akan dicondongkan, lalu mereka akan berkata secara serentak "Jaga! Jaga! kapai nak senget...". Mereka akan menjerit kepuasan apabila pinggan itu benar-benar dicondongkan. Kepada mereka yang tersedar sebelum melakukan perbuatan mencondongkan pinggan, jelas kelihatan pada air muka mereka betapa hampanya kerana tidak dapat menghabiskan kuah Laksa Kola itu akibat "tersentap" dan rasa malu. Kesian!

Dalam pada kesian-kesian tu, ada juga member yang ambil kesempatan untuk acara "ice-breaking ceremony". Cuba bayangkan jika kata-kata "Jaga! Jaga! kapai nak senget..." ini ditujukan kepada pelajar perempuan. Kalau si dia tidak merajuk, aisey man, ada "chance". Kalau si dia merajuk dan terus agkat kaki, "hampeh!!". Setakat masa penulisan artikel ini, aku tak dengar lagi "couple" yang berjumpa melalui cara "kapai senget" ini. Kalaulah ada tolong isytiharlah (kalau sporting)...

Terima kasih kepada saudara Hussin Masrin yang menyumbangkan gambar kantin masa zaman "kapai senget"... nostalgia sungguh!!!

4 comments:

Hussin said...

Nampak CHUCK pakai tola pi kantin..Yg ALI duk usha2 Pak Syed punya anak sedara perempuan yg selalu geng2 nakai suruh ambik gula2 yg paling atas skali sbb nak tgk......

Azizi Ahmad Termizi: said...

Zauri

aku tak ingat kisah "kapai senget". tetapi yang aku ingat sangat adalah meng-order maggi masak special bubuh teloq sekali dalam dia. huhh...memang best especially kalau anak sedara Pak Syed yang masak.

kamsiah said...

zauri no tel Roslin 0195215608. Aku dpt masa kerja kat perlis dulu.ada call dia dulu lepas tu senyap.kalau ada masa call lah dia mana tahu dpt ikan segar free. hang pass le kat aku ikan kering pun tak pa..jgn lupa kirim salam kat dia....pasal laksa tu kami gang kat asrama smk derma dulu memang tak miss, tambah2 makan dengan puluh udang...terlioq...

norshahshoib said...

aku selalu duduk kat kantin ngan cikgu "cannon" bila petang...tengok marka lalu and buat komen.....

lagu-lagu top 1974-78