30 July 2009

Usia Tua Tanda Hampir Kematian

Dalam tahap umur kita ni sudah ada tanda2 kelemahan. Kekuatan mulai menurun sedikit demi sedikit, lalu menjadi semakin lemah.

1 Umur Manusia Semakin Pendik

Sebenarnya umat manusia pada saat ini tergolong di antara umat2 yg paling pendik usianya. Umat terdahulu ada yg sampai 1000 tahun, bahkan ada yg lebih dari itu.

Di dalam tahap umur ini, biasanya seseorang lebih cenderung untuk kembali kepada Allah SWT, sentiasa memperhatikan diri dgn memperbanyak ibadah, zuhud terhadap kenikmatan dunia, bersungguh2 dlm amal kebajikan. Tentunya bagi org yg mendapat taufiq & hidayah dr Allah SWT. Inilah saat utk menjaga kehormatan diri, khusyuk pada Allah SWT menjauhi segala permainan hidup & perbuatan sia2.

2 Tumbuhnya Uban Di Kepala

Manakala seseorang mulai memasuki umur tua, maka rambut putih mula timbul & itu adalah nur bagi orang Islam, sebagaiman tersebut di dlm sebuah hadis yg bermaksud:

" Berubannya rambut seorng muslim merupakan nur baginya" (HR Tarmizi & Nasai)

Rambut putih itu mengingatkan kita akan dekatnya ajal & tertutupnya jalan cita2 & angan2. Ia juga menandakan bahawa masa utk berangkat sudah dekat & tidak lama lagi kita akan berpindah. Ada pula yg mengatakan bahawa rambut putih itu merupakan pertanda tibanya ajal & penghapus cita2.

3 Usia Pikun

Setelah itu manusia akan beralih dari masa tua menjadi tua bangka & lanjut usia. Dlm tahap umur ini, biasanya kelemahan menimpa manusia serta semua alat derianya & anggota badannya, sehingga akalnya samasekali tidak berdaya lagi.

Umur tua yg dimaksudkan di sini ialah masa pikun & tdk menentunya fikiran. Umur semacam ini lah yg Rasulullah SAW sering minta perlindungan dari Allah SWT. Dalam hadis lain, Rasulullah SAW sering minta perlindungan dari usia lanjut yg membawa kepada akibat buruk.

4. Umur Yang DiBerkati ALLAH SWT

Adapun umur yg paling baik ialah umur yg diberkati Allah SWT yg diberi taufik utk mengerjakan amalan soleh & kebajikan2 yg lain, baik yg umum atau khusus. Ada kalanya Allah SWT memberikan berkatNya pd umur yg pendik bg sebahgiaan hambaNya yg terpilih,sehingga amalan kebaikannya lebih banyak & terasa manfaatnya drp org2 yg panjang umurnya.

Sebagi contoh,

Imam Syafi'e rahimahullah = 54 tahun panjang umurnya

Imam Ghazali rahimahullah = 55 tahun masa wafat

Imam Nawawi = 50 tahun.

Mudah2an kita mendapat manafaat & semoga kehidupan dunia yang sifatnya sementara ini, tidak membuat kita menjadi lupa.

" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)" ( Ali Imran: 8 )


Wak Dogol

1 comment:

kamsiah said...

Salam Wak dogol, Alhamdulilah kita sama-sama lah ingat mengingati. Org berilmu dan beramal yg paling Allah cintai.semoga kita semua diperlihara. Tiga perkara barangsiapa yg ada pada dirinya nescaya ia merasai kemanisan iman. '1. Allah dan RasulNya lebih ia cintai dari darinya sendiri 2. Dia sayang dan benci seseorang hanya kerana Allah dan 3. Ia tak mahu kembali kepada kekufuran(maksiat) sebagaimana dia tidak mahu dicampakkan ke dalam api neraka'. Orang yang kaya adalah orang yang 'qanaah' dan org yg miskin adalah yang sentiasa tidak puas dgn apa yang dia ada.... Semoga kita semua reda dgn ketentuanNya.

lagu-lagu top 1974-78