oleh: Azizi Ahmad Termizi
Malam ini, sambil kawan-kawan batch aku menghadiri Asputra Reunion, aku duduk melengu di atas sofa, di rumahku.
Sambil membelek-belek PDA aku, fikiranku melayang ke Hotel Singgahsana di PJ.
Tentu sekali seronok jumpa geng-geng lama, kan? Terutamanya setelah sekian lama menanti. Setelah banyak bercerita dan berceloteh dalam dalam blog ini, tentu sekali nak sembang face to face pula.
Walau bagaimanapun (seperti kata kawan-kawan Aizudin, Dino, Zauri) kita hanya boleh merancang, ALlah jua yang menentukan.
Kelmarin aku ke hospital untuk x-ray tanganku yang patah. Setelah tiga minggu, aku sangat looking forward untuk simen tu dibuka. Dah rimas aku dibuatnya.
Tetapi, it was an anti-climax.
Rupa-rupanya tulang aku belum sembuh seperti yang sepatutnya. Dan, yang lebih mengejutkan, bila simen dibuka, jari-jari dan tapak tangan aku masih bengkak! Yang menyedihkan sekali, jari-jari aku dah keras macam robot! Tak boleh diguna. Sakit kalau cuba dibengkokkan.
Tiga minggu bersimen aku fikir semuanya akan beres. Masa tu aku sentiasa in high spirits. Siap boleh joke tentang tangan aku yang patah tu dengan jiran-jiran dan kawan pejabat yang berziarah. Mereka ketawa mendengar cerita bagaimana I had my little mis-adventutre.
But now, the reality has set in.
Betul kata Jasimah. Pada umur kita ni, its not that easy untuk tulang baik dengan cepat. Siap kena ada sesi physiotherapy berulang kali pulak lagi untuk pulihkan tanganku yang dah keras tu.
Sekembali dari hospital kelmarin aku duduk termenung seorang diri di atas kerusi - mengenang nasib, dan berasa slightly depressed. Kerja di pejabat makin menimbun, dan esok, ada reunion. Puan doktor pulak sudah warning dan suruh aku take it easy for another two weeks.
Bila Hassan kata dia kena pergi Laos pada 4 Julai, aku pujuk dia supaya jangan miss reunion ni. Dia pun kecek boss dia dan berjaya melepaskan diri dari Laos trip nya. Tengok-tengok aku pulak yang ''ponteng''.
Alaahaiii...what to do? Bagaimanapun, I have promised myself, insyaAllah, bila dah baik nanti I will make up for it. I owe it to everyone - Hassan, Hussin, Adnan, and all.....everybody. Most of all, I owe it to myself, too.
Meanwhile, I hope all of you guys and girlz are having fun there right now meeting each other after more than 30 years.
30 years? .....isyyy....macam tak percaya....rasa macam dah tua pulak ;-)
.
5 comments:
So sorry for you Azizi.. Kesian kat kau, kami terlampau seronok sampai terlupa kat hang... tapi we understand the situation..hopefully ada lain kali...
Staff aku patah kaki last year, 3 bulan dia on medical leave, after that pun masih pakai kaki kayu utk berjalan... bayangkan how long hang akan back to normal, wallahualam.
Salam Azizi, Ijan doakan Azizi cepat baik. Dok belek2 jugak last night, tapi tak nampak pun Azizi. I managed to have short chats with some from your batch, boyz and girlz alike. Memang rasa seronok and very nostalgic. Ada rupa yg tak berubah sangat and ada yg completely different! Anyway batch78 Ijan kind of kenai semua sebab Ijan rajin dok patronise blog you all. Anyway, my advice to you is take it easy. Kerja memang tak habih2. Ijan doakan Allah permudahkan segala urusan buat Azizi dan semoga sembuh seperti sediakala....
Azizi,
Depa buat cerita kata hang takut nak mai sebab hang takut aku nak conteng kat tangan hang. Memang Pen "Artline" warna merah tu ada dalam poket aku pada malam tuh. Tunggu hang nak mai saja...
Mula2 aku percaya cerita depa... tapi bila baca cerita hang, baru aku tau yang sebenaq...
GET WELL SOON FROM ZAURI
(Aku conteng tang ni sajalah noo...)
Ya Azizi
Rupanya kamu pun tidak hadir..Ya,kita cuma merancang, Allah tentukan.Begitu juga kehidupan kita,semua kita rancang tapi belum tentu jadi hanya bertawakkal padaNya.Mudah2an tangan Azizi cepat kembali sihat.
get well soon, abg uncle..!! ;)
Post a Comment