02 July 2009

KISAH-KISAH YANG TIDAK PERNAH DICERITAKAN Bah 3

Bah 3 - Solat Hajat dan Doa Agar Anaknya Mati

Disitu aku lihat kebuluran, kesengsaraan, penyakit, dan kematian dimana-mana.

 Tahun 1990 aku dipilih bertugas di khemah pelarian disatu tempat yang hampir 100 peratus penduduknya beragama Islam. Pertama kali aku sampai ditempat itu kumpulan kami sempat menyertai sekumpulan manusia untuk solat janazah. Selesai solat duha kami melawat khemah keluarga arwah. Keadaan kawasan itu terlalu sesak dan kotor sehinggakan seorang ahli kumpulan kami muntah. Sepanjang hidup aku tidak pernah aku bayangkan atau lihat tempat yang se horror ini. Kami bertemu ayah arwah dan berbual dengannya melalui interpreter. Wajahnya tenang dan selalu senyum seolah-olah tiada masalah atau kedukaan.
 

Seorang lagi anaknya sedang sakit dan terbaring dalam khemah yang sangat sempit itu. Bila anaknya yang sakit itu mengerang lantas ia solat dan berdoa. Dalam temubual selama 30 minit itu ia melakukannya sebanyak 2-3 kali. Kerana ingin mengetahui lebih lanjut aku bertanyakan kepadanya melalui interpreter mengapa ia berbuat begitu.

Mula-mula aku terkejut apabila mengetahui yang ayahnya itu bersolat hajat dan mendoakan agar anaknya mati. Hanya selepas 4 hari berada disitu baru aku tahu rahsia siayah itu.

Disitu adalah tempat kebuluran, kesengsaraan, penyakit, dan kematian yang tidak putus-putus. Apa yang lebih dahsyat disitu adalah tempat yang aku anggap sebagai "a place of no hope" - satu tempat yang tiada harapan. Harapan terbaik yang ada adalah kematian bagi meringankan kesengsaraan. Ketiadaan harapan itu adalah kerana kekurangan logistic dan bantuan dari masyarakat Islam dari seluruh dunia tetapi ia diperburukkan lagi dengan sistem sosial masyarakat itu yang mempunyai tahap social class yang tinggi.

Prasangka aku terhadap siayah itu bertukar menjadi simpati. Apakah yang ia boleh lakukan dengan keadaan begitu, aku pun berfikir apa yang ia lakukan mungkin pilihan yang terbaik sekali dalam keadaan itu. Bukan ayah tidak menyayangi anaknya, tapi apakah pilihan lain. Aku juga dapat merasakan seperti siayah itu, keadaan seperti itu tidak lagi memerlukan keluhan atau air mata, mungkin lenangan air mata terlalu kecil untuk menceritakan penderitaan itu. Dalam keadaan ini mungkin senyumanlah yang paling baik.

Kisah kesusahan Sudin dan sebahagian kita memang benar menyayat hati tetapi sekurang-kurangnya itu adalah 100 kali lebih baik dari apa yang aku lihat. Aku berkata dalam hatiku jika mereka mengucapkan Alhamdulillah 10 kali, kita wajar menyebutnya 1,000 kali. Tahun itu aku tidak berikan apa-apa nama kerana aku sendiri sudah tidak dapat mencari maksud yang sesuai bagi tahun itu. Tiada perkataan yang dapat menceritakan sebenar keadaan itu. 

Kesengsaraan yang aku lihat semua ini berlaku antaranya kerana anasir neocolonialism tajaan negara Barat. Sejak dari walau pun aku ini pernah tinggal lama di Barat, aku tidak pandang apa2 istimewanya apa yang ada Barat kerana sebarang kejayaan dan keindahan di Barat itu kalau dikaji datangnya dari kesengsaraan manusia lain melalui strategi keji mereka. Namun sayang sekali ada sebahagian manusia masih mengagung-agungkan apa yang ada di Barat. Namun begitu alhamdulillah selama ini aku dapat membezakan antara westernization dan modernization. Aku hanya terima modernization.

Sekarang ini kolonialisma itu berterusan kearah kita melalui Astro dll bagi merosakkan pemikiran dan amalan seharian umat. Kita sanggup berjaga melihat
live Euro Cup dll tetapi lelah dalam tahajud dan qiamullail.

(bersambung...)

dari tambak johor

5 comments:

Wak Dogol said...

Ya Dino
Wak setuju sekali..sesungguhnya orang2 kafirun telah berjaya secara halus melalaikan kita termasuk Wak juga hingga kita lupa atau malas untuk beribadat tapi ada masa untuk berhibur. Itu la senjata syaitan & iblis laknatullah. Masa kita sudah sampai ke penghujungnya..sama2 la kita berdoa agar kita dan para sahabat kita selamat hingga ke akhir kalam..Dengan izinNya.

Dino said...

Sebenarnya Wak,

Ada cerita yg lebih dasyat dari apa yg aku cerita. Mereka sanggup jual anak untuk ubat dan makanan.

Budak2 tu samaada dijadikan askar kat depan, disembelih ambil organ, dijadikan hamba, atau dijadikan gundik atau jambu.

Aku tak sanggup nak cerita.

Tapi mereka tiada pilihan.
Ini bukan cerita rekaan. Ada banyak berita dan artikel dlm paper dan internet pasal ni.

Wak Dogol said...

Ya Wak percaya Dino

Tidak ada yang pelik & ganjil, cuma kita saja nampak pelik & ganjil sebab ini semua ketentuanNya kalau kita betul2 faham.

Dino said...

Wak,
Pada 1990an dulu aku cerita kpd org lain kat M'sia ni perangai buruk org Arab, Pakistan, Iran, Afghan dikawasan kem pelarian. Tak ramai yang percaya.

Dah lebih 10 thn, bila keluar cerita tu dlm media barat baru mereka caya. Media barat pun saja lewat2kan cerita, bila ada yang sentuh pasal tu bising baru mereka tulis. Jika tidak mereka diam sahaja.

Siapa yg pernah berada disana akan tahu. Tak payah tunggu cerita.

Boleh lihat link yg aku bekaltan.

http://www.bostonphoenix.com/boston/news_features/top/features/documents/02161802.htm

http://www.rawa.org/christinalamb.htm

http://hotair.com/archives/2008/03/31/opium-brides-slavery-for-afghan-women/

Aizuddin said...

Betui Dino dan kekawan,
Kawan aku yg pi Afghan kerja sukarela bantu pelarian ni pun bawa cerita sama, kes budak jambu memang ada. mungkin bala' yg tak renti di sana tu dek benda-benda ni jugak. Wallahu'alam. Tapi benda di dah mula menular di M'sia...Kita tak boleh dudok diam saja. Lambat laun..benda ni masuk lingkungan keluarga kita nanti!

lagu-lagu top 1974-78