04 July 2009

PERTEMUAN SELEPAS 31 TAHUN

Bah 3 - Pertemuan dengan Yusof Sohor

Antara kengkawan lama yang aku boleh dikatakan kerap jumpa dalam puluhan tahun lalu ialah aruah Budin dan Kushairi. Paling kerap pun bertemu secara fizikalnya aku boleh kira lebih kurang 5 kali sahaja dalam masa 31 tahun itu. Yang lain-lain dalam masa 31 tahun itu aku ada jumpa Chuck (1996) dan Tanwar (awal 2000an) sekali. Geng-geng sama kat KL dulu (Kamsiah, Fizah, Hasan, Sham Hassan, Mahazan, Hamdan Mohamed, Ng Choo Seng, dll paling tidak pun last sekali 25 tahun dulu.

Yang terkini pada 2009 dimulai dengan Kamsiah semasa aku jadi tukang karut kat satu pesta dikir barat kat KL lewat Januari lalu. Norshah yang sepatutnya ada sama hari itu demam selsema. Aku ingat nak ambil gambar dgn Kamsiah pada akhir pesta itu tetapi dia dah balik awal. Selepas itu pada 13 Februari aku turun ke KL, cadangnya nak jumpa Chuck, Norshah, Yusof, Hasan dan sesapa sahaja yang dapat tetapi Yusof sahaja yang dapat hadir kerena yang lain-lain ada komitmen mereka.
Selepas 31 tahun aku bertemu kembali dengan Yusof selepas maghrib hari itu dan seperti biasa bila jumpa kawan lama aku mesti peluk cium mereka. Kami berborak sampai lewat pagi Hari Valentine. Dah toa-toa tu nak Velentine apanya. Banyaklah cerita2 lama dan baru yang kami borakkan. Selepas pertemuan itu kami bertemu lagi lebih kurang sebelan lepas itu. Banyak cerita kami. Rentetan pertemuan itu barulah dengan izin Allah SWT dapat aku jumpa Azli dan Wahab dalam sebulan kebelakangan ini.

Maaf ler kengkawan, pada 4 Julai esok aku mungkin tidak dapat datang walau pun aku telah cuba sedaya upaya untuk datang. Kot tidak jumpa esok entah bila lagi kita nak bertemu secara fizikalnya. Aku dan Azli toksah ceritalah, hari-hari jumpa walau pun dia kat utara dan aku kat selatan – itu termasuk cerita-cerita underground, payah nak cerita.


dari tambak johor

2 comments:

Anonymous said...

bro dino,
count me in mcm azli boleh jumpa ari-ari walau aku kat barat kor kat timor.
pls bro..

(pernah tukar kasut. aku terbeli kecik kor terbeli besor).

Dino said...

Sahabat ku

Ada pun apa ynag aku tulis itu hanyalah rekaan dan fiksyen yang ada khayalan, fnatasi dan ilusi yang ditambah dengan ayat-ayat penyedap cerita. Ia tiada kaitan bagi yang hidup atau pun yang telah pergi, sekiranya tredapat persamaan itu hanyalah kebetulan sahaja.

Oleh itu jangan percaya snagat apa yang aku tulis itu. Anggaplah ia sebagai kisah2 penglipur lara sahaja.

Adalah baiknya kita berpegang kepada alQoran dan Sunnah sebagai panduan hidup.

lagu-lagu top 1974-78