oleh Sudin Karim
Tanggal 4 July, 0430 pagi bangun dikejutkan oleh bunyi talipon bimbit, bunyi Asmaul Husna..bingkas seperti helang mahu takeoff dari sarang, misi pagi ini telah ditetap hampir 2 minggu. Misi utama golf di Monterez, misi kedua jumpa kawan kawan lama pada malamnya. 5 pagi setelah selesai bersiap, tangkap baju dalam almari, orang rumah sudah sedia seminggu lebih awal, tangkap bag golf dan humban masok kereta. Warm up kereta risau last 2 week kereta meragam distributor seal pecah masuk minyak hampir terbakar distributor, nasib baik ada Komander Rahman, kalau tidak naya tidok di Shah Alam. Kereta lama kesayangan yang penuh dengan nostalgia tak dapat dilepaskan. Sayang bukan main kerana berjasa terlalu banyak, hampir 400,000 km. masih kuat , lari 180km/j steady.
0530 Anak anak masih tidor nyenyak nak kejut terlalu awal, masuk kereta dan shoot terus ke Shah Alam, sampai RnR Seremban berhenti pergi sembahyang subuh dan kena teh tarik serta pau sebiji. Kepala teringat ini Monterez bolih sampai ka sebelum pukul 7 pagi..bedebar debar takut tak sampai, hari itu dah pergi dengan Rahman, tapi tak berapa pasti..
0700 Sampai Shah Alam, jumpa sign board Monterez selepas Giant Shah Alam, hokay I am on baby, sebelum selekoh Bukit Jelutong Nampak signboard ke Monterez just after junction sebelum ke Bukit Jelutong. Hampeh takan terlepas?, tapi sign board dia pasang betul betul selepas selekoh, apa punya orang pasang signboard macam tu? Patut signboard sebelum selekoh..pening Tengok jam 0712 masuk selekoh Bukit Jelutong tengok signboard tak ada Montterez ..la awat jadi macam ni, patah balik masuk tol Shah Alam, Tanya anak dara tol cik nak pergi Monterez macamana? Pak cik masuk jalan salah nak patah balik tak bolih ada kereta kat belakang pakcik terus buat turn patah balik..cis dah tua sangat ka aku? Ada ka pak cik, panggil abanglah lebih selesa..Pusing balik call Hisham Rizal nasib baik dia tolong dapat lah pergi Monterez, 0730 sampai jumpalah sms punya gang, jumpa Cikgu Rahim, Cikgu Khalid dan Cikgu Chot..nampak semua happy bersemangat..
Jumpa Norshah Chuck dan Rahman, makan dulu dan Cikgu Rahim duduk depan aku sama Cikgu Khalid dan. rasa tak selesa sebab flash back aku ingat Cikgu Rahim cekak leher baju aku semasa aku tengah lari nak ke asrama, terserempak! Mana dan nak wish, yang aku ingat dia cekak aku dia kata "boy everytime you see me you must wish me…!" "Yes sirr" kata aku selepas dia lepaskan aku. Aku lari lagi laju terkejut besar..tapi bila dia duduk depan aku nampak dia baik sangat dan hensome pulak orang tua ni..
0800 start tee off , aku Rahman n Norshah sedap hisap rokok, tunggu Cikgu Rahim punya flght tee off dulu, pukul elok kita puji, good shot cikgu, tapi kena Cikgu Rahim kita cakap ok tu cik gu, good lay up..sebab bola tak pergi jauh dan tak masuk kolam. Aku pulak gatal mulut aku sebut "tak apa pinggang nak pakai lama"..kita senyum saja..chuck pulak pergi report, "cik gu!! depa hisap rokok cik gu", Cik gu Rahim ketawa besar, dia kata Norshah ada..kami sama sama ketawa..sebab ada privilege hisap rokok depan cik gu besar.
(bersambung)
8 comments:
Haha Pakcik Sudin,
Marah toll girl sebab panggil kau pakcik?
Better get used to it my friend...aku pun pernah kena dengan cashiers kat restoran & supermarket. Buat aku terkedu dan spoilt my mood! Tambah pulak bini aku ketawakan aku sebab terkena. Tapi kalau dia kena lagi la teruk...muncung je.
Awat hang tak cekik Bongo masa tu..Habaq kat dia "Remember my name, SUDIN!"Sure dia tak dpt cekik hang sbb tangan dia tak sampai kat leher hang..
hang kasi comment baik baik sin sebab sekarang ni dia cari idea nak tulis buku.. aku rasa blog ni gerenti dia masuk...
Takpa..biaq dia msk,dulu kecik2 bolih la gertak..now Sudin is no more a BOY, SUDIN is now a MAN!Hang main golf dgn dia kan..sure semua bola msk pond atau bunker..
Sudin, hang tak cerita pulak hang dapat "the longest drive" ..
salam utk kwn2... ingat le umur kita dah dekat 1/2 abad. dah patut ada cucu...mana boleh panggil bro/sis lagi...nak bedah plastik pun dah tak cun kot...minta bantuan pakar dari kwn2 kita le. sudin, kalau hang nak bertenaga nanti aku 'short current' kat hang....
Kamsiah, tq,I take it as a complement..
Bab golf ni aku emmang tak reti langsung. Kadang kala malu juga bila pergi O/S ada conference atau meeting.
Banyak kali aku diajak main kat Flushing Meadow dan St Andrew tapi sebab aku ni kayu sangat pasal golf, jadi hanya pergi join jadi pemerhati.
Kaalu boleh pun tempat tu aku tak mahu join lagi sebab pada pandnagan aku fikir main golf tu boring. Aku lebih suka lawn bowling, cricket, pajnat gunung.
Post a Comment