30 June 2009

PERTEMUAN SELEPAS 31 TAHUN

Bah 2 - Pertemuan Dengan Wahab


Hari ini 30 Jun ialah hari jadi pertama anak aku yang bongsu Ghazi Muhammad. Tidak ada apa celebration untuknya. Jam 1.17 tgh Abd Wahab Zaini telefon aku tetapi aku tertinggal h-phone aku dan setengah jam kemudian aku call dia balik.


Jam 4.13 petang kami bertemu selepas 31 tahun berpisah. Macam biasa aku akan peluk cium bila jumpa kawan lama. Wahab masih pakai rambut fesyen lama, tak banyak berubah dia. Kami terpaksa berhenti borak kat kedai mamak sampai 6.30 petang sahaja kerana masing-masing kena ambil anak dan solat Asar.

Wahab Zaini tinggal di JB sejak 1985, dan aku pun boleh dikatakan tinggal di JB pada 1988 tetapi selalu on and off diperantauan. Hanya pada 1996 baru boleh dikatakan aku kekal sikit tinggal kat JB. Tapi dalam masa 13 tahun itu takkan tak jumpa ya, JB tu bukanlah besor sangat macam KL.


Kami pun tinggal tidak sampai 20KM tetapi setelah 31 tahun baru dapat berjumpa. Inilah yang dikatakan dunia. Nak kata pelik tak juga pelik tapi pelik.


dino%20and%20wahab.jpg


dari tambak johor

KISAH-KISAH YANG TIDAK PERNAH DICERITAKAN

Bah 2 - Year of the Thunder and Sparrow

1983, ialah tahun babi mengikut zodiac tahun orang Cina. Kononnya tidak compatible dengan kita yang dilahirkan pada tahun lembu. Aku pula lebih suka menamakan tahun2 mengikut peristiwa tertentu seperti orang Arab, contohnya tahun gajah. Konsep tahun ini tidak berkitar (cyclic) seperti tahun Cina atau horoscope, hanya ada sekali shj.

Tahun 1983 itu aku namakan sebagai Year of the Thunder and Sparrow (tahun halilintar dan burung lelayang) kerana ia mengaitkan cerita luka dan lara yang aku bawa bersama.

Waktu itu aku bekerja sebagai TA dan mula menjadi kontraktor kecil-kecilan. Selepas itu secara serius dan mendapat rezeki yang lumayan tidak pernah terfikir oleh aku. Aku sangat berjaya menjadi kontraktor. Bayangkan ada projek dalam 3 minggu aku boleh kaut untung RM 27K. Masa tu gaji Jusa pun baru RM 5K sebulan. Punyalah loaded bilik aku penuh dengan duit. Orang kata selak bantal nampak duit, kemas meja nampak duit. Aku pula lain ceritanya, selak duit nampak bantal, kemas duit baru nampak meja.

Dengan rezeki itu alhamdulillah aku dapat membantu keluarga aku, saudara mara dan kawan2. Dekat kampong aku buatkan rumah - our first home. Sebelum ini kami sekeluarga asyik menyewa dan berpindah randah sahaja. Aku juga mampu sponsor dua orang kakak aku dan keluarga mereka belajar di luar negara. Mana2 kawan2 yang masih belajar yang selalu sengkek akulah tempat mengadu mereka.

Kemurahan rezeki itu menyebabkan aku tidak berminat untuk sambung belajar. Aku lebih senang begitu kerana dapat membantu keluarga aku yang susah. Betapa susahnya keluarga aku, lebih kurang macam cerita Sudin juga tetapi versi nya sahaja berlainan. Aku juga kadang kala malu dan sedih untuk ceritakan kesusahan keluarga aku, pasti meleleh ayor mata macam Zauri. Memikirkan untuk meringankan beban ayah ibu, maka aku tidak pernah berniat untuk menyambung pelajaran.

Kebetulannya pada masa itu juga aku ada affairs dengan seorang pegawai 3 tahun lebih senior dari aku. Bagi aku umur bukan lagi halangan kerana kami suka menyukai dan aku pun sudah dewasa. Semasa kat Sains Perlis dulu, tidak pernah terlintas untuk ada affairs dengan wanita yang sebaya apatah lagi yang lebih tua. Masa itu juga yang sebaya pun aku rasa macam kakak2 sahaja. Maklumlah masa itu mereka lebih baligh dan besar dari aku yang masih mentah.

Pegawai itu kami sesama kawan gelar dia Cleopatra kerana fesyen rambutnya yang kerinting. Aku pernah melukis wajahnya, tak jadi sangat... tapi dia kata cantik dan dia ambil. Aku bangga dengan penghargaan itu walau pun aku tahu potret itu tidaklah seberapa cantiknya. Hubungan kami yang mesra itu sampai penghujungnya kerana perbezaan darjat dan umur. Keluarganya tidak merestui hubungan kami kerana darjat manakala keluarga aku tidak restu kerana ia lebih tua dari kakak sulung aku sendiri.

Rupa2nya masih ada lagi golongan yang berfikiran seperti itu. Adil atau tidak, salah atau tidak - itulah hakikat kehidupan kita. Inilah antara masa yang kelam dalam hidup aku. Aku tumbang bukan kerana santau, racun, peluru atau pisau, ini yang tak macho tu. Masa ini juga baru aku sedar bahawa hakikat dunia ini sama seperti puisi Ella Wilcox yang antaranya menyebut:

"Laugh, and the world laughs with you;
Weep and you weep alone;
...

Rejoice, and men will seek you;
Grieve, and they turn and go;
"

Dalam keadaan yang kelam itu tiba-tiba aku dapat offer sambung belajar dengan biasiswa sekali. Pelik juga kerana aku tidak pernah pun isi borang atau mohon biasiswa. Aku yang sedang parah itu tidak mahu tanya dan sudah tiada pilihan lagi tetapi terpaksa pergi jua, membawa diri sejauh-jauhnya dan bertekad tidak akan kembali lagi. Ya, aku pergi dengan berus-berus lukisan aku sejauh-jauhnya.

That was the Year of the Thunder and Sparrow.

Pengalaman kisah ini banyak meninggalkan parut dalam hidup aku. To survive dalam tekad untuk terus berhijrah menyebabkan aku menjadi lebih determine, protective, preserving and hardworking. Disinilah perwatakan dan keperibadian aku mulai berubah dan mungkin berbeza dengan apa yang engkorang pernah kenali aku dahulu.

Peristiwa ini juga menjadikan aku sangat anti kepada social class. Ia hanya ilusi ciptaan setengah golongan dan menjadi mass perception yang akhirnya menjadi budaya kehidupan. Pada pandangan aku walau pun social class ini adalah hakikat kehidupan tetapi ia adalah anti Islam atau unislamic. Social class ini sebenarnya masih ujud dalam bentuk lain dan terlihat dalam kehidupan seharian kita secara tidak disedari. Keadaan ini juga dapat aku perhatikan antara kita, maaf jika aku tersilap. Perkara seumpama ini tidak seharus berlaku kerana ia memisahkan persaudaraan sesama manusia dan juga sesama kawan2 yang dahulunya sama2 susah senang.

Hampir 20 thn berlalu, anak Cleopatra belajar ditempat aku dan jumpa aku. Barulah aku tahu yg ibunya menguruskan permohonan aku belajar dan biasiswa sekali. Rupanya Cleopatra lebih matang dari aku ketika itu. Dia tahu yang kami tidak akan dapat bersama lalu dia mengisikan borang masuk universiti dan biasiswa tanpa aku ketahui. Tujuan ia adalah untuk menyelamatkan aku. Betapakah berdosanya aku selama itu kerana ada bersalah sangka dengannya. Inilah satu-satu kes yang aku sangat regret sepenuhnya.

Anaknya bertanyakan adakah rupa ibunya macam dalam potret yg aku lukis. Aku kata ya dan ibunya lebih cantik dari itu (dari persepsi aku), hanya kerana aku tidak pandai melukis maka potret itu tidak secantiknya. Anak itu kata potret yang aku lukis itu cantik. Hati aku sangat bangga kerana ada juga hamba Allah yang appreciate hasil kerja lukisan aku. Terharu juga kerana Cleopatra masih menyimpan potret itu.

Hati aku sayu mengenangkan kisah itu. Aku hanya kirim salam tetapi tidak tanya apa2 pun keadaanya - janda kah, sihat, sakit, dll. Bukannya aku melupai ia atau tidak ingin tahu akan dirinya lagi. Aku amat berterima kasih kepadanya. Jika tidak kerananya aku mungkin tidak akan berada dalam keadaan sekarang. Jika tidak kerananya mungkin aku tidak akan sampai hampir diseluruh pelusuk dunia. Kerana ia juga aku menjadi lebih universal, dewasa, matang, dan berdikari. Tetapi aku tak boleh fikir pasal itu lagi kerana boleh menjadikan aku gila kerana aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengenangkannya.

Kehidupan ini anih, pelik, dan un"sangka"rable. Walau apa pun, kita terpaksa melalui takdir yang sudah tertulis untuk kita, sudah pun kering dakwat takdir di Loh Mahfuz.

(bersambung...)

dari tambak johor

Life In Bangor, North Wales Part 2


Click HERE for Life In Bangor, North Wales Part 1.

Annually, less than 20 Malaysians were sent to Gwynedd Technical College, Bangor, North Wales to study A-Level. As a small group, we always helped each other out, especially with halal food supplies (beef, lamb and chicken). The nearest halal food supplier was in Liverpool (about 2 hours train ride from Bangor). FYI, passengers holding UK STUDENT UNION cards received 50% discount on all transportation charges - that was and, nowadays, still is very cheap.

Halal food shopping was done over the weekend, usually on a Saturday. There were no classes to attend to and sometimes a chance for Liverpool and Everton (boooo...) supporters among us to cheer on their favourite teams (me included) whether at Anfield (my favourite place) or Goodison Park. To be fair, we jointly agreed on a roster as to who should made the trip (at least 2 persons per trip - trying to follow the sunnah of the Prophet, pbuh).

As you can see, halal food supplies were made possible in the UK with the existence of strong communities of Pakistani immigrants all over the UK. Mosques and affordable rented accommodations too, existed within these communities.

Bangor was definitely not a favourite destination for the Pakistani immigrants. I am sure, by now, the Malaysian Student Department knows where exactly to send Malaysian students in the UK. There was no mosque to hold weekly Friday prayers. So, every Friday, what the Muslim students (Malaysians included) did were to congregate in a large room at Bangor University Students' Union Building and held Friday prayers there. Our Imam was a Jordanian student who looked like Yusof Islam (formerly known as Cat Steven). However, the best muazzin hailed from Malaysia, with my housemate, Zulkifle, leading the pack. Occasionally, the room was filled with banquet chairs and we had to rearranged them to create enough space for us to pray. This made the Friday prayer ran into overtime. When this happened, it meant "rushing time" for us for our afternoon classes. However, the Welsh learnt from their observations very quickly. There were longer lunch breaks on Fridays. Alhamdulillah!

For an 18 year old Malaysian student, being first time abroad and away from parents, trying to practice Islam as a way of life in a non-Islamic country was very tough. Who would ensure that you are on the right track, if not all the time, at least once in a while. My parents did supply me a few Islamic reference books, which I found it very resourceful and that kept me going.

It was very important too, to choose and be in the company of good friends. I once overheard a senior brother said, "You either be a good Muslim or a bad Malaysian living overseas when you are in the UK. You won't be able to sit on the fence". Later, I found out that there was some truth in what he said.

The UK provides freedom in worldly life and this did some damage to a few of my friends. Some didn't even made through A-Levels and were made to return back to Malaysia. While others rebounded from their mistakes, a few could not bear the shame of being "UK dropout" and disappeared out of the scene. Looking back at this chapter of my life, I felt lucky and grateful to Allah that I am still here and typing this article for others to comprehend and learn a tiny bit of knowledge permitted and granted by The Almighty Allah.

29 June 2009

KISAH-KISAH YANG TIDAK PERNAH DICERITAKAN

Bah 1: Nasib Pelukis
katundino.jpgSemasa kita semua bersama dulu, jika ada tok nujum atau ramalan yang menceritakan peristiwa2 masa depan aku, sudah tentu aku dan korang akan ketawa tak percaya. Banyak kisah hidup aku penuh dengan peristiwa-peristiwa yang un'sangka'rable. Banyak juga kisah-kisah aku itu malu, sedih, tragik untuk diceritakan dan tak pernah diceritakan walau pun kepada yg sangat rapat dengan aku. Banyak juga kisah aku disalah ceritakan oleh kawan-kawan. Oleh itu tidak hairanlah jika terdapat pandangan yang berbeza terhadap aku. Bahagian ini adalah cerita berbentuk umum sahaja.

Seingatan aku, aku mula memberikan perhatian yang lebih terhadap lukisan apabila seorang kawan aku beri aku 5 sen bagi menyiapkan lukisan kerja sekolahnya. Sejak dari itu aku mula menjadi pelukis upahan. Kat Sains Perlis memang benar pada mula-mulanya aku suka lukis komik, saja suka-suka dan disamping itu menunjuk-
nunjukkan bakat aku kat korang.

Pernah juga terfikir untuk melukis komik semula bagi berkongsi idea2, pemikiran,
falsafah, dan pandangan hidup aku dengan orang lain. Sudah lebih 20 tahun aku tidak dapat berbuat sesuatu yang aku gemari terutama dalam bab melukis kerana komitmen tugas dan keluarga. Tetapi setelah memikirkan masak2 aku batalkan niat itu setelah menyedari bahawa sepanjang pengalaman hidup aku, sebenarnya aku tidak pernah cemerlang dalam bidang seni, sama ada dalam lukisan atau lain2 walau pun begitu banyak masa dan lain-lain sumber (wang, tenaga, dll) yang dibelanjakan untuk itu.

Bukan aku tak berusaha. Selepas MCE aku belajar melukis untuk memperdalamkan skill aku itu dengan belajar pelbagai teknik lukisan terutamanya oil painting dengan beberapa pelukis tempatan yang ada nama. Setelah beberapa tahun aku boleh anggap diri aku sebagai 'polished painter' (pelukis matang), namun begitu tidak begitu ramai yang 'acknowledged' aku dalam bab lukisan atau seni.

Secara jujur aku katakan, aku lebih menyerlah dalam hal-hal yang berkaitan dengan matematik seperti statistics, construction, engineering, falsafah dll. Bidang-bidang yang berkaitan dengan inilah penyelamat prestasi akedamik aku dan lain2 pencapaian. Walau pun tidak menumpukan banyak masa dan tenaga, boleh dikatakan bahawa peratusan besar rezeki aku datangnya dalam bidang2 ini.

Dari pengalaman ini aku sedari bahawa kita manusia hanya boleh merancang dan
berusaha tetapi Tuhan jua yang menentukan. Seperkara lagi ialah, sesuatu yang kita suka mungkin Tuhan tidak kurniakan kerana ada kebaikannya, dan sesuatu yang kita tidak gemari mungkin Tuhan kurniakan pula kerana ada kebaikannya. Dalam hal ini, seorang pendita Islam, Ibn Arabi ada menyebut lebih kurang maksudnya, "Sebenarnya jika sesaorang mendapat sesuatu yang ia tidak gemari maka itu adalah lebih baik kerana ia datang dari kehendak Tuhan dan bukan kehendak ia sendiri. Kehendak Tuhan itu adalah lebih mulia dan suci, manakala kehendak kita pula diselaputi dengan kekotoran dan nafsu. Maka hendaklah kamu bersabar dan bersyukur diatas itu."

(… bersambung)

dari tambak johor

28 June 2009

ASRAMA PENGAKAP 9

oleh Aizuddin

INDERA KAYANGAN

Welcome to Negeri Indera Kayangan!

Tu dia! Menanti aku dari celah batas, seekor ular tedung tercangak keluar dari lubang persembunyiannya seolah-olah melihat ke arah aku, bersiap siaga untuk mempertahankan 'rumahnya'. Tapi aku tak pasti tedung jenis apa, senduk ke, selar ke, nagabura ke, manalah aku nak 'observe' sangat. Aku ni pun ada 'phobia' dengan ular sejak kecil lagi. Semua ular , termasuklah ular lidi atau ular daun pun aku anggap bahaya (walaupun pada hakikatnya hanya beberapa spesi saja yang berbisa).


PAHLAWAN

Waktu aku kecil-kecil, aku suka tengok orang bersilat, terutamanya silat pulut. Kalau ada majlis kahwin, selalunya adalah pertunjukan silat pulut ni di depan mempelai pengantin. Abang aku pun, waktu dia kecil lagi telah diajar datuk aku dengan tarian silat pulut dan pernah berpencak silat di majlis khenduri kahwin. Aku.....hanya jadi penonton saja tapi diam-diam cuba mengikut rentak tari serta langkah silat.


Setelah berhenti dan berfikir sejenak, aku pun membuka langkah silat. Silat ni namanya silat langkah seribu. Aku kona ke arah lain, tak sanggup berhadapan dengan pahlawan tedung tadi. Sampai di asrama aku termengah-mengah dibuatnya. Sejak tu aku agak seriau sikit bila berada di kawasan sawah di Peghlih. Aku diberitahu yang spesis ular tedung banyak didapati di Peghelih terutamanya tedung selar (king cobra). Ya ka Tidak?


BISA DAN DOA

Bila aku dah dewasa kemudian barulah aku temui doa-doa yang ma'thur yang boleh kita amalkan setiap hari dan boleh dengan izin Allah memelihara kita dari binatang-binatang berbisa. Dua tiga doa yang demikian ada dikumpulkan dalam satu risalah doa yang mudah kita dapati di sebahagian toko buku yang menjual banyak buku-buku keagaaman. Risalah doa ini dinamakan AlMa'thurat, kerana ia mengandungi doa-doa berdasarkan ayat-ayat al Qur'an dan Hadith (sayings/traditions of the Prophet of Allah, Muhammad (peace be upon him)) dan berdasarkan riwayat-riwayat yang boleh dijejaki hingga ke sahabat dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

Banyak lagi manfaat dari risalah kumpulan doa tersebut selain dari menjadi penawar hati yang sedih, gundah gulana, dan mententeramkan hati dan jiwa seseorang itu. Bukankah dengan mengingat Allah itu hati akan jadi tenteram... Aku selalu mendengar ayat ini.. Alaa bizikrillahi Totmainnalqulub....(sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan jadi tenteram..)


TROPIKA ATAU KHATULISTIWA

Cerita pasai ulaq ni, mula-mula kami sampai di Bohor Pulai, Tok Man (Cikgu Osman Mat) bagi tau hari tu dia jumpa ulaq tedung selar yang panjang di padang dekat asrama, dan dia berjaya membunuh ulaq tersebut. Dia minta kami berhati-hati bila berada di padang. Padang waktu tu masih lagi virgin jungle, unexplored or hardly explored yet, banyak batu-batu dari rumput. Rumput yang baru ditanam pun banyak yang menguning. Cuaca pun panas kering. Panasnya di siang hari lebih sangat terasa berbanding dengan di Asrama Pengakap. Kalau malam pulak, sejuknya (tambah bila datang angin kuat) juga lebih terasa berbanding di padang katong. Abang aku, waktu dia mula-mula masuk form 4 dari SMS Kedah ke SMSPerlis dia ada tulis surat kepada emak bapak aku menceritakan kesejukan yang dialami di malam hari bagaikan sejuknya di England! Aku bila belajak ilmu alam tu dok ingat jugak, iklim di Peghlih ni bukan la Khatulistiwa lagi, dah kira masuk iklim Tropika!


Al kisah balik bab ulaq di Bohor Pulai ni pun aku pun masih ingat, mula-mula pindah ke sini memang betui kata Hasan, kami selalu diarah untuk "scan" padang (padang memang la banyak, padang utama – padang bola sepak dan hoki dan track and field, padang netball sebelah dewan makan, padang 'wembley' berkedudukan di tepi asrama lelaki tapi depan asrama perempuan, padang belakang dewan tapi depan bangunan sekolah. Jadi, macam satu unwritten law pulak, apa-apa kesalahan atau tak ada kesalahan pun, kita orang memang kena selalu scan padang dalam barisan dan kutip batu-batu. Waktu PE pun scan padang dan kutip batu. Nak jadi satu cerita, mula-mula lepas pindah tu, satu hari tengah kami (form 1 and form 2) scan padang 'wembley' ada pelajar nampak ulaq tedung selar. Sebab kami ramai kot, ulaq lari ke satu timbunan batu dan sampah diikuti oleh puluhan hujan batu batu dari kami.





ASRAMA PENGAKAP 8

oleh Aizuddin

...Makin lama makin nyaring bunyinya. Aku menoleh ke katil-katil lain, takde seorang pun kawan ku yang terbangun. Bunyi tadi semakin dekat dan semakin jelas. Nyatalah ianya bunyi orang mengilai ketawa. Aah. Bulu romaku mula meremang naik. Mana taknya, sejak beberapa minit yang lalu hilaian ketawa ni tak berhenti-henti. Terer tak terernya orang atau benda Allah yang mengilai ni, aku ingat boleh masuk lah world book of records dek lama dan nyaringnya.


Bukan saja aku tak terfikir nak mengintai dari celah dinding, tapi nak turun katil pun dah suspen takut-takut benda Allah yang mengilai ni datang menjenguk di luar pintu dorm. Orang ke apa ke benda Allah ni...? Tak dapat aku pastikan. Ini dah masuk kategori Unidentified Laughing Object (ULO). Jadi, the natural thing to do bagi aku tika tu adalah untuk menyembunyikan diri aku dengan menarik selimut menutupi seluruh badan aku. Mulut aku pun terkumat kamit membaca ayat Kursi apa-apa ayat suci dari al Qur'an yang aku teringat ketika itu.

Malam tu macam-macam timbul dalam kepala aku. Cerita-cerita tahyul dan alam ghaib dalam masyarakat Melayu. Hantu polong, langsuir, pontianak, jembalang, hantu bungkus, hantu raya dan entah apa lagi muncul dalam fikiran ku...


Cerita-cerita mengenai makluk-makhluk ni memang banyak kali aku dengar, dari mak aku, dari bapak-bapak sedara aku yang kata mereka, pernah diganggu oleh langsuir.

Esok paginya aku tertinjau-tinjau ke arah datangnya hilaian ketawa U.L.O. itu, kot-kot ada orang tak siuman atau gila ada terbaring di situ, tapi hampa, tak jumpa apa-apa. Ada seorang dua kawanku yang aku tanya, ada dengar apa-apa ke malam tadi? Tak de pulak yang sedar seperti yang aku alami. Kejadian malam itu masih menjadi Unsolved Mystery bagi aku. The Unsolved Mystery of Unidentified Laughing Object in Padang Katong!



MYSTERY TWO

Ketika di Bohor Pulai, waktu tu aku form 5 dan dorm aku blok A menghadap dewan makan, aku juga mengalami fenomena yang hampir sama. Aku terbangun dari tidur, ingat nak buat revision untuk MCE, waktu tu jam sudah pukul 2 atau 3 pagi, bunyi kuat dari arah dewan makan. Kali ini bukan hilaian ketawa, tapi bunyi seperti kuali dan periok dan barang-barang logam/besi diketuk orang. Memang hingaq bunyinya. Cuma kali ini aku lebih berani, berdiri di tingkap yang terbuka, buka mata luas-luas pandang ke arah bunyi bising. Sekali sekala aku tenyeh mata aku, picit pipi aku, nak make surelah yang aku ni tak bermimpi atau dalam keadaan tidur. Bunyi bising tu tetap bising, lama pulak tu, adalah dalam 20 minit. Aku ada jugak terfikir nak pi tengok kat dewan makan tu, tapi takut pulak nanti warden tangkap aku terhendap-hendap di situ, tak ka naya punya kes. Jadi aku tak jadila turun. Itu jadi misteri kedua bagi aku….satu di Asrama Pengakap, satu lagi di Bohor Pulai….


Sebenonya percaya kepada yang ghaib memang la satu dari elemen paling penting dalam kepercayaan agama Islam. Bahkan jika kita buka Qur'an, selepas surah(chapter) yang pertama yakni al Fatihah, kita akan bersua dengan surah kedua iaitu al Baqarah. Pembukaan surah ini ada menyentuh bab percaya kepada al ghaib…

"Alif lam mim. Kitab (al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (yaitu) mereka yang beriman dengan yang ghaib, melaksanakan solat(sembahyang), dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada (Al Qur'an) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya akhirat. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (ayat 1 – 5).


Tapi al Ghaib yang ditafsirkan oleh pakar (ulama') bidang ini maksudnya merangkumi rukun iman – percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat, percaya kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah, percaya kepada para rasul yang menyampaikan risalah, percaya kepada hari kiamat/akhirat dan percaya kepada Qada' dan Qadar.


Sejauh pencarian akulah, istilah hantu polong, hantu raya, hantu bungkus, jembalang, pontianak, langsuir ni tak jumpa dalam kamus agama Islam ni, yang ada bab malaikat, jin , iblis, syaitan adalah. Itu pun iblis tu subset (modern math yang aku ingat – superset, subset) kepada makhluk jin. Syaitan pulak dalam bahasa Modern Maths ni macam ada intersection antara set jin dan set manusia. Bahasa Melayunya maksud aku, syaitan ini ada dari golongan jin dan manusia. Tapi tak semua manusia tu syaitan, dan tak semua jin tu syaitan. Tak percaya? Surah yang selalu orang dok baca tu, surah (chapter) an Naas (mankind) ada sebut pasai al khannas dari jinn dan manusia...


RAHSIA

Ada kawan-kawan kita yang rasa kesal sebab tak dapat menerokai keliling kelalang Asrama Pengakap. Aku..? Aku sebenonya ada rahsia ketika di Asrama Pengakap. Kawan-kawan ramai yang tak tau, tambahan pula cikgu-cikgu. Inilah rahsiaku......

Ramai kawan-kawan yang keluar, seingat aku, mungkin ada trip ke mana-mana, tapi memang di asrama pengakap hanya tinggal beberapa orang saja, cikgu pun tak ada waktu tu. Aku dengan Isa merancang untuk meneroka sawah yang terbentang.

Ketika itu sawah kering, Padi pun dah dituai. Sawah menunggu untuk dibajak semula dan diairi. Jadi sawah banyak dipenuhi saki baki jerami yang sudah kering dan rumput yang mula tumbuh. Kami berjalan kaki merentasi sekolah Putra dan kemudian melangkah menuju ke arah Bukit Bintong. Akhirnya kami sampai dekat sebuah pokok. Pokok tu pokok mempelam. Mempelam pauh. Banyak buah-buah yang dah gugur masak dan masih belum busuk, kami kutip. Yang di atas pun tak selamat jugak, kami baling, tapi tak banyak hasil. Dah lama kemudian , aku ajak Isa balik. Isa jalan dulu. Berlari-lari dia atas batas. Aku masih lagi dalam kawasan sawah, tengah berlari-lari anak , tiba-tiba langkah ku terhenti kerana ada objek di depan, memaksa aku mengambil nafas panjang. Objek ini seolah-olah melengguk-lengguk menanti aku. Peluh mula membasahi dahi dan tengkuk aku...




Bersilaturrahim dan Ngap Sayot

oleh Hasan Sabran

Hari Jumaat malam Sabtu aku masih di opis.
Lepas isya' tiba-tiba henfon aku berbunyi "I got mail!"
Aku pun segera tengok, nampak mesej ...Mahdi ni.aku d kL ni.
Aku terkezut, aik! mamat ni silap tarikh ke apa? Reunion 4hb, seminggu lagi?
Aku pun terus berbalas-balas sms...rupa-rupanya dia hantaq anak daftar masuk uitm shah alam besoknya...
Tak paa.. aku pun buat temujanji dan dan time tu jugak pi jengok dia di Selesa Inn dekat Medan Tunku sana...
Dia belanja aku 2 gelas kopi-O malam tu...sampai balik aku demam panas...
Alhamdullillah dah kebah..

Esoknya, Mahdi sempat singgah rumah Rosman dan Zaim pun join sekali... Ni photo Zaim email kat aku...
280620091558.jpg

25 June 2009

TRIP to KANGAQ PERLIH

oleh Hussin Masrin

Aku kalau dalam bab menulis ni…HANCUS! Tapi gagahkan juga "story", untuk kongsi dengan kawan2..bahasa sempoi.

Pada 24hb Jun 2009@Rabu yang lepas, aku & Tn Syaikh Azli ( malam tu dia tidoq kat "Flat" aku) telah bersepakat uuntuk pegi ke Kangaq,Perlih konon nak jumpa kawan2 kita di sana sebab kami memang suka nak jumpa kawan2 sekolah. Lebih kurang jam 10.30am, kami pun bertolak menuju ke Perlih...bersemangat tu! Lagi pun, aku kena sacrifice untuk kawan2 kita yang asyik dok cerita pasai Asrama Pengakap, Padang Katong…nak bagi confirmation keadaan sebenar ...tak main la Google2, "agen" etc

Lebih kurang pukul 12pm, kami sampai ( F1 driving) di Klinik Azhar & Rakan2, Kerpan untuk misi jumpa Dr Kushairi…hampa, klinik habaq baru cabut pi Klinik Kodiang. Sampai Kodiang, lebih kurang pukul 1230pm, Azli register jadi "pesakit" sebab dia ada selsema sikit. Aku pun sms Dr Kushairi, saja nak pekena dia "Salam Dr..Ini Hussin,hang kat mana,klinik ka? Aku sakit ni...ada ubat... ka...? Kalau ada, aku nak pi klinik hang.." , so tiba masa, kami dipanggil masuk..Dr bersalaman dgn Azli & tenung Azli lama2 sebab tak berapa kenal kut & 'impossible" & aku duduk jauh2 di sudut, buat2 tak kenai..tapi bila Dr nampak muka aku..terus peluk aku & lepas tu baru peluk Azli. Dr betul2 terkejut "beruk" ( eeh..ada ke bahasa ni ) & was still in a shock. Bukan main hingaq lagi dalam klinik tapi aku & Azli cepat2 keluar, nanti takut patient kat luar fikir " Apa depa buat dalam bilik ni? " & tunggu sampai Dr selesai kerja..lebih kurang 1.15pm. Kami pegi lunch, pegi Asrama Pengakap & SMSPs ( siap masuk dalam )...gambar?.., mesti ada!

Kawan2 ku...tatap la puas2 gambar Asrama Pengakap & SMSPs masa kini.

1- Asrama kita dulu dah jadi "Tempat tinggal Jin & Mat Jarum".

Asrama Pengakap terkini

2- SMSPs dah banyak berubah tapi aku nostalgia Volleyball Court tu.

Volleyball court

Clockwise:-Dewan Sri Pulai, Dewan Makan, Volleyball court, Tennis Court, Asrama Putera, Padang

Lepas tu balik ke Klinik Dr & kita pun salam2 & blah ke SMK Syed Alwi, pegi jumpa Cikgu Saayah ( Cikgu Geography kita dulu tu ). Ingatkan Cikgu tak kenal aku lagi, Cikgu senyum & gelak2 tengok aku, Cikgu memang kenal aku lagi ( ada lucu punya cerita tapi aku malu nak habaq, Azli tau ). Masuk bilik guru, maka sesi "sembang" mula walaupun pada ketika itu Cikgu sibuk...Azli memang dah biasa dengan Cikgu..Cikgu kata "Hang tak berubah sangat no Hussin, dulu cute...la ni masih handsome lagi tapi hang jangan perasan no..". Gambar Cikgu Saayah as shown below.

Cikgu Sa'ayah


Anyway, lepas selesai "persidangan" dengan Cikgu, kita pun blah pegi jumpa Rahim@Ron... dan kebiasaannya salam & peluk. Lagi satu sessi "sembang". Habis sessi tu, kita pun blah balik lebih kurang pukul 6pm, tak sempat jumpa yang lain, mungkin lain kali...

On the way, pegi Alor Setaq.. destinasi Kelab Darul Aman, jumpa Tuan Pengarah Fauzi Ali yang tengah main golf. Ini orang tak jemu2 main golf=Game of lazy folks.. Golfers, jangan marah..! Jenuh juga nak cari Kelab ni, kita sampai duduk kat coffee house, makan2 & minum2 lepas tu blah pegi ke rumah Fauzi.

Aiyoo.. satu lagi sesi "sembang" sampai la ke pukul 1045 mlm. Blah dari rumah Tuan Pengarah balik Penang...sampai Penang 12.15am.

Banyak yang aku tak dapat nak "story" kat sini sebab nanti kawan2 boring...bila jumpa nanti, kita cerita lagi panjang no......

Azli jual ubat kat Dr Khushairi


24 June 2009

ASRAMA PENGAKAP 7

oleh Aizuddin


AZIMAT

Bila aku masuk sekolah Sains Perlis, macam-macam barang yang kena beli. Yang dalam senarai sekolah, dah tentu termasuk la kayu hoki(alat sukan). Yang bukan dalam senarai pun emak bapak aku bekalkan. Satu antaranya ialah azimat. Azimat ni kira macam "talisman" lah bagi kaum Tionghua dan Tamil. Aku tak tau menau apa sebeno isinya. Dengonya ada ayat dalam kelongsong besi azimat tu. Yang aku tau, aku disuruh pakai rantai yang ada azimat ni. Tapi aku tak la selalu pakai terutama untuk mandi dan ke bilik bertenang, bila main bola aku buboh dalam poket seluor. Satu hari, ditakdirkan Allah azimat tadi jatuh dan hilang. Aku hanya sedar selepas main bola. Aku pun naik risau, takut nanti mak aku marah. Aku balik ke padang dua tiga kali, cari merata di padang, tak jumpa jumpa jugak. Apa yang aku nak buat...


KHURAFAT

Hilangnya azimat tu pun ada hikmahnya. Selepas meninggalkan bangku sekolah barulah aku lebih faham kenapa azimat ni tak patut dipakai. Rupanya ia sangat berkait rapat dengan penghayatan kepada kepercayaan atau akidah yang sahih. Menggunakan tangkal azimat walaupun yang menggunakan ayat qur'an di dalamnya boleh membawa kepada syirik, iaitu dosa yang paling besar di sisi Allah. Seingat aku dalam al Qur'an ada disebut (surah Luqman:ayat 13)"Sesungguhnya mempersekutukan(syirik) Allah itu adalah kezaliman yang besar".

Masa tu masyarakat Melayu masih lagi kuat dengan khurafat. Ianya dalam bentuk salah faham terhadap tuntutan akidah dan praktis agama Islam itu sendiri. Tak hairanlah kawan-kawan kita yang bukan Islam mempunyai salah tanggapan terhadap beberapa aspek agama Islam, kerana orang Melayu yang Islam pun ada kekeliruan mengenai agama Islam itu sendiri.


USUL 20

Aku juga mendapati bahawa masyarakat umat Islam di negara Arab pun percaya kepada khurafat seperti ini. Menggunakan tangkal azimat, jampi dan mentera yang langsung tidak ada asasnya dalam agama Islam juga satu fenomena dulu di Mesir. Masalah usul atau dasar ini ada diolah dalam satu buku "Usul 'Isyirin" atau telah diterjemah dalam Bahasa Malaysia sebagai Usul Dua Puluh. Penulisnya adalah almarhum assyahid Hasan Al-Banna, seorang ulama' yang sangat disegani di bumi Mesir. Di dalam usul dua puluh ini (aku ada naskah yang dicetak oleh Pustaka Salam cetakan 1984) beliau menjelaskan 20 usul atau asas kefahaman dan kesalahfahaman umat Islam berdasarkan pemahamannya dari dalil-dalil al Qur'an dan Sunnah/Hadith. Dia juga ada menjelaskan tentang jampi-jampi dan doa yang diambil dari al Qur'an. Apa kedudukan firasat, mau'nah, kassyaf, ilham, istidraj dan sihir dari pandangan agama Islam juga ada diterangkannya. Selain itu juga dibincangkannya tentang mimpi yang kadang kala digunakan sebagai dalil dan hujjah untuk beramal.

Sebenarnya bila aku disuruh pakai azimat ketika itu, timbul juga berbagai persoalan dalam fikiran ku, aku pun takla komited sangat nak pakai sentiasa. Lagi pun aku kena pakai rantai, kurang selesa rasanya. Lainlah budak-budak sekarang, bukan saja rantai (yang lelaki) tapi subang pun ada, bukan setakat satu di telinga, tapi beberapa subang di bahagian lain cuping telinga. Itu belum kira yang tindik di bibir dan pusat! Entahlah, aku pun dah tak berapa faham apa motivasi mereka ni.


MISTERI U.L.O.

Di dorm B, aku terbaring tidur di atas katil di dalam keheningan malam. Entah kenapa aku terbangun dari tidur. Waktu menunjukkan tengah malam dan aku terasa satu kesunyian yang menerpa dorm, di sebalik dengkuran yang jelas kedengaran dari kawan-kawan ku yang sedang dibuai mimpi enak. Tiba-tiba dari arah padang Sekolah Putra satu bunyi yang kuat memecah kesunyian....


[bersambung ...]

Golfing Kakis

oleh Chuck

1. Ramlan lah yang ajak aku dan Nor Shah main kat Nilai Springs. Tapi dah fully booked, so kami main kat Danau UKM. Mula-mula ajak Nur Hasan 76, tapi last minute dia pull out. So kami main three ball sahaja. Susah nak menang dengan Nor Shah ni, dia gifted sportman...bukan dia berguru pun, self tought saja. Aku sampai 6 guru dah ajar aku main golf, tapi aku banyak teori sebab baca banyak magazine, last-last aku yang ajar guru...guru pun fed up. Pendek kata Nor Shah bantai kami rapat. Tak apa, lain hari boleh cuba lagi lawan dia.

2. Fouzi, Sudin, Ramlan dan Rahman. Fouzi ada tournament kat KL, so kali ni dia bawak set mai KL. Aku dan Lan memang nak practice kat Monteraz sebab nak prepare untuk tournament ASPUTRA 2009. So kami contact our fellow batch golfers. Rahman, Nor Shah dan Sudin setuju nak main, dan kami genapkan 2 flight dengan menjemput Shuhaizi81. Sudin pederas kereta dari Melaka, subuh-subuh lagi sampai berasap kereta (kena panggil Bomba Towering Inferno) dan Rahman save kan dia. Dalam gambar ni Rahman tengah telefon workshop.


3. Ini..lepas game kami awal-awal dah telefon our friends yang ada dekat Sungai Buloh suruh join kita pukul 2 petang. Yusof Sohor datang all the way dari Ampang untuk berposing dengan kita dekat hole 9. Kami dah kepenatan sebab hampir semua main teruk, tak biasa dengan tight course macam Monterrez, tapi jadi ceria balik bila nampak Yusof Sohor datang ke Green 9. Aku biasa jumpa Yusof Sohor sebab dulu office kami sama-sama di Phileo Damansara PJ. Seronok dapat bersembang cerita lama dan baru. Makan Nor Shah kena bayar sebab sekali lagi dia bantai pool kami.

4. Sampai ke club house, Hussin Masrin pulak datang...jadi lagi havoc. Orang semua dok jeling meja kami, bising macam dulu-dulu jugak. Lantak lah, bukan kita makan free, bayar apa... Hussin tinggal di Sungai Buluh dekat dengan club ni. Tentang golf ni, selalunya kalau orang kalah order makan, mesti berlebih-lebih punya sampai yang menang takut tengok. Dalam kes ni sampai Lan pulak yang kena tambah duit sebab pool kami tak larat cover. Takpa lah Lan boss besar. Touched jugak aku...we might be living different lives, doing different things, tapi kami masih boleh melawak macam 30 tahun dulu. Lama dah tuu..


5. This is my regular golfing kakis up north. Since in Royal Putra Club we can play 6 balls a flight (pelik ni), aku ajak Fouzi Ali join kaki-kaki aku. Fouzi is a good player and a gentleman golfer. He started playing later than me. Aku kasi dia satu ' weighted club' suruh dia hayun tiap-tiap hari back in the 90's. Now he is a better player than me playing to a 12 handicap. Walaupun dia tak tahu, sekarang, banyak kali aku notice dia pull back bila lawan dengan aku (missed green, pulled putt and all that stuff), so as not to embarass me too much. Friends are like that, careful with their words and actions. Of course, Saidin Osman is not as fast as he is 30 years ago, so its natural he choose a slower sport. We know him as a footbal star, tapi I can beat him anytime in golf. Good for the ego you know....Tabut is a professional touring pro, one of the 2 pros sponsored by my company, Fouzi's unofficial teacher also. Fairus Hezril is a lawyer, Dato' Azmi Khalid's nephew.

23 June 2009

Lama tak Jumpa







dari Hussin Masrin

Actually, gambar ni Zamri yang snap, aku cilok dari facebook dia.
Meeting Place : Sungai Buloh Bangi Kopitiam ( Rupenya kedai ni Kid-guitarist SEARCH yang punye, kedai yg ke11 yg aku dengar )
Time: 215pm - 6pm
Ahli2nye: Kamal, Zamri, Zaim & me
Biasa le bila dah tak jumpa 31 tahun, peluk2 sahabat bukan main sedih suka...

Cerita biasa, yg lama & baru ...

Asrama Pengakap on Google Map & Misteri2 Lain


Oleh: Azizi Ahmad Termizi

Mutakhir ada banyak misteri dan teka-teki timbul di laman blog kita ini yang meningkatkan excitement kawan-kawan.

Pertama: isu identiti sebenar penulis artikel yang menggelarkan dirinya ''Rook takes Knight f6 check''. Alamat email beliaupun pelik iaitu: ''drunken elephant''. Ini juga menagih persoalannya tersendiri.

Siapakah beliau? Sangkaan para panel penganalisis setakat ini menuding jari ke arah Mohd Zaid Abdullah Sani. Beliau sememangnya seorang ''terrorist'' dalam hal ehwal chess. Ramai kawan-kawan kita yang tersungkur di tangan Zaid.

Kedua: identiti Wak Dogol. Dalam diam tak diam, kelmarin seorang hamba Allah yang menggelar dirinya Wak Dogol telah muncul participate ''menyampuk'' di Menyampuk Box kita.

Welcome Wak Dogol. Dan selamat menyampuk. Tetapi identiti mu memeningkan para penganalisis dalaman kami. Ramlan punyalah tension sampai sanggup memujuk rayu pada Wak untuk reveal your identity.

Namun Wak tetap ''play it cool'' dan buat dunno aje. Si Ramlan tidor semalam pasti mengigau tercari-cari identitimu.

Tak apa, tak apa...kami sedang compile senarai nama-nama mereka dari keturunan Jawa. Jadi, rahsiamu pasti terbongkar! Soon!!

Ketiga: identiti kumpulan volleyball Dive Bomber 6.
Menurut Aizudin, kumpulan ini dolu-dolu cukup glamour, turut membariskan spiker sensasi Ahmad Kamal Yahya dan pernah membelasah kumpulan kecilan yang lain.

Namun, siapakah barisan penuh grup ini? Dan masih glamour lagikah mereka? Atau kesemuanya sudah mula menunjukkan identiti seragam yang baru: perut boroi?

Keempat: misteri sama ada masih berdiri lagikah bangunan penuh nostagia Asrama Pengakap?

Menurut perunding Jurukur Bahan (bersara) Hj. Hasanudin Sabran, bangunan ini tidak dapat dikesan walaupun dengan menggunakan teknologi terkini, tercanggih Google Map. Justeru ''adalah mustahil bangunan ini masih ada.... mustahil'', kata beliau.

Namun penemuan beliau disangkal sekuat-kuatnya oleh Ir Aizudin. Jurutera kelulusan Sunderland ini mendakwa beliau mempunyai bahan bukti yang kukuh menujukkan bahawa Asrama Pengakap masih wujud.

''Saya ada gambar-gambar yang jelas bagi mematahkan dakwaan tak berasas Hasan tu'' kata Aizudin dengan nada tegas.

Menurut beliau lagi bahan gambar berkenaan diperolehi dari sumber yang ''kena dipercayai'' iaitu dari agen beliau sendiri dari Padang Katong!

Persoalannya sekarang: siapakah agen beliau dari Padang Katong itu??

MUTIARA???

Kalau betullah Mutiara, bagaimana Aizudin boleh rapat dengan si Mutiara tu? Siap boleh jadi ''special agent'' lagi??

Kesemua persoalan dan misteri pasti terjawab. Rajin-rajinlah lawat blog ini lagi untuk mendapat jawapannya.
.

22 June 2009

Asrama Pengakap on Google Map

Adakah Asrama Pengakap masih ujud? Aizuddin kata ada ejen dia dari Padang Katong akan provide gambar sebagai bukti.

Mari lihat google map di bawah. Adakah kedudukan yang bertanda pangkah tu Asrama Pengakap?


ASRAMA PENGAKAP 6

oleh Aizuddin

REPUH BUKAN ALOQ PAUH

Dalam coretan aku yang lepas-lepas, aku kata tempat rumah abang sedara aku Tajuddin, seorang anggota polis mungkin di tempat yang namanya bunyi seakan-akan Aloq Pauh. Tapi bila aku ingat-ingat balik (al maklum aku dah lebih 30 tahun tinggalkan Perlis dan banyak nama tempat/kampung yang aku dah tak berapa ingat) bukan alor Pauh tapi Repuh. Aku kena naik bas ke situ dari pekan Kangar. Rumahnya kalau tak silap ingatan aku adalah kuarters setingkat (ada tangga dan tiang-tiang pendek) rumah polis.


YATIM

Tajuddin ni ada juga datang lawat aku di asrama Pengakap, waktu tu masa awal-awal duduk di situ. Aku ingat lagi, dia tegur Lawrence Lew Yoke Leng. Baru aku ingat bila Lawrence bagi tau yang dia ni anak polis jugak, dari Malim Nawar. Tapi bila dia mula masuk asrama pengakap dia dah jadi anak yatim, kerana beberapa bulan sebelum tu ayahnya ditembak mati oleh komunis. Aku pun pernah terbaca dalam surat khabar mengenai peristiwa tersebut dan waktu tu gambar Lawrence terpampang di dada akhbar.

Waktu perbualan dalam Dorm B tu, mulut aku terpacul juga beberapa komen ayat yang tak sensitif terhadap tragedi yang menimpa beliau. Memang waktu tu, aku main lepas cakap saja, alamat on the spot kena tegur dengan 'abang' Tajuddin. Cepat abang sedara aku ni cover balik nak ambil hati Lawrence.


ATTITUDE

Kemahiran bergaul dan berinteraksi begini memang aku kurang ketika itu. Banyak perkara yang berlaku dahulu, bila diimbau semula bukan saja ia mengembalikan nostalgia era itu tapi ia juga dapat memberikan iktibar (lesson learned) bagi meniti hidup yang mendatang atau setidak-tidaknya menjadikan kita lebih menghargai atau "appreciative" nikmat hidup anugerah Allah ini.

Hidup ini kan satu proses pembelajaran sepanjang hayat (life is ongoing learning process). Ada hikmah yang terjumpa di sepanjang jalan ini kita kutip dan ambil buat bekal jalan seterusnya. Pada firasat aku, dengan sikap beginilah era generasi orang Islam di zaman pemerintahan Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan kemudiannya Uthmaniah tertonjol dengan "frontier technologies" yang dicanai, diadun dan dihasilkan oleh mereka. Tanpa discovery atau penghasilan sistem nombor (numerals) Arab, tak mungkin adanya sistem digital (angka "1" dan "0") yang sangat meluas penggunaannya sekarang ini(sistem berkomputer, sistem GSM dan GPRS bagi telefon, Digital Signal Processing dll). Angka 1 dan 0 asalnya adalah dari tamaddun Abbasiyah, walaupun asal usulnya mungkin dikutip dari India (tapi kemudian diadun semula) yang ketika itu di bawah pengaruh pemerintahan khilafah Islam. Sistem numeral Latin X, XII, LX mana mungkin menghasilkan sistem digital sekarang! Begitu juga dengan penemuan lainnya seperti AlJabair (Algebra), banyak applikasinya dalam dunia moden sekarang. Itu belum lagi sentuh tentang Ibnu Haitam (bapa optik-teori dan praktikal), Ibnu Rushd, Ibnu Sina, Al Khazin, Al Khwarismi dan lain-lain pelopor asas ilmu zaman moden ini.


GOALKEEPER

Seperti yang pernah diimbau oleh kawan-kawan yang lain, antara aktiviti paling popular di Asrama Pengakap adalah bermain bola sepak. Aku pun hampir tiap-tiap petang main bola sepak di padang Sekolah Putra tu. Waktu aku di Sekolah Rendah ACS Kg. Koh, Sitiawan aku selalu bermain bola sepak sebagai goalkeeper. Boleh kata, di kalangan kelas-kelas yang sedarjah, akulah yang tercekap (perasan aku). Waktu tu ada seorang kawan sedarjah, Raja Yahya Raja Abdullah namanya, yang macam standard Norshah juga terrernya main bola (mana taknya selalu main gelecek dengan budak sekolah menengah). Dia sepak ke arah gol "point-blank range" lalu aku tampan dengan tapak tangan aku. Sepakannya punya la kuat, bola jatuh ke tepi keluar padang (corner tu), tapi aku pun rebah jugak dengan sakitnya…tangan aku tergeliat. Patutnya aku masuk kelas petang hari tu(sekolah sesi petang), tapi kena hantar balik rumah. Lepas tu aku dah agak serik jadi goalkeeper sampai la aku naik form 4 baru aku nak cuba balik. Di padang Sekolah Putra tu, adala jugak aku skor gol, yang aku ingat bila cikgu Munir pun ada main sekali. Aku tunggu depan gol (bukan curi ayam). Bola laju datang , aku huluq dan kuis sikit kaki aku, ...Gol! Bola melantun masuk kena bucu tiang gol.

Sembang-Sembang Di Kantin Bhg. 1


Walaupun sekolah kita ada Dewan Makan, sekali-sekala terasa juga nak belanja duit poket RM10 yang dimasukkan direct ke dalam akaun Bank Bumiputra (sebelum skandal BMF berlaku - huuih! dah lama dah cerita nih!). Jadi, kantin adalah tempat makan alternatif tetapi ada juga yang menganggap kantin ini tempat makanan tambahan bagi dirinya! Tengok saiz badan lah brader!

Bila cakap pasai kantin, aku teringatlah beberapa perkara yang mencuit hati aku bila mengenangkan kantin yang pada masa itu dikendalikan oleh Pak Syed. Kalau hangpa nak tau, Pak Syed, la ni, ada rumah batu besaq dekat jalan nak pi UiTM Arau. Untung dari duit yang kita semua belanja dekat kantin dia kot nooo!

Kisah 1: Roti Planta

OKlah! Balik kepada perkara yang mencuit hati aku. Perkara yang pertama ialah kes Roti Planta. Roti Planta adalah roti bujur yang panjangnya lebih kurang tujuh hingga ke lapan inci (sistem metrik pada masa tu baru nak diperkenalkan). Ianya dibelah dua dan pada kedua-dua belah permukaan yang dibelah itu disapukan planta campur gula yang manis lagi enak. Sayangnya, sapuan tersebut tidak sampai ke hujungnya. Ini membuatkan kedua-dua hujung roti itu terasa roti semata-mata.

Kita semua tahu pelajar-pelajar SMS Perlis adalah pelajar-pelajar yang terpilih. Jadi, bila sampai bab berkongsi Roti Planta, pemilik roti itu akan memberi kepada rakan yang ingin berkongsi (kemungkinan besar rakan itu kehabisan duit poketnya, tetapi masih lapar lagi) bahagian hujung roti itu. Kalau pemilik roti itu baik hati, dia akan beri kedua-dua hujungnya! Tinggallah bahagian tengah roti yang penuh dengan sapuan planta dan gula untuk dinikmati oleh pemiliknya.

Akan tetapi, ada ketikanya, di kalangan pemilik Roti Planta, ada yang kelaparan sehingga membuatkan perkongsian roti adalah satu perkara yang tidak dapat diterima akal. Jadi, untuk memastikan tiada perkongsian berlaku, sebaik sahaja roti itu dibeli, pemiliknya akan menggigit kedua-dua hujungnya! Apabila terlihat bekas gigitan, rakan yang cuba nak memikat pemilik roti berkenaan akan tawar hati dan tidak berminat lagi. Tapi awas! Jikalau rakan yang ingin memikat roti itu terlalu lapar, disambarnya terus baki roti itu. Tuu dia baru... dah terbalik kot! Yang dapat nikmat sepenuhnya bukanlah pemilik roti, tetapi member dia! Isy... isy... isy...

Coming Soon:

Sembang-Sembang Di Kantin Bhg. 2
Kisah 2: Laksa Kola
di pawagam berdekatan anda...

21 June 2009

Satu Nostalgia


Bagi generasi yang masuk dari 1985 keatas mungkin tidak merasai apa yang kami (kemasukan 1973 dan 1974) telah lalui. Kami masuk ke SMS Behor Pulai pd pertengahan 1974 di mana sebelum itu kami menumpang di Sek. Men. Derma Kangar dan tinggal di asrama Jln Pdg Katong. Jika dibandingkan kemudahan yang ada sekarang, lebih-lebih lagi yang masuk selepas 1990, keadaannya sangat jauh berbeza. Kehidupan semasa 1970an adalah sukar dan mencabar, dan secara relatifnya sumbangan dan pencapaian Cikgu Rahim, k/tangan serta warga-warga yg lain kepada SMSP adalah SANGAT besar.

Ya, kami terpaksa beratur untuk mengambil air yang dibekalkan oleh lori JKR, dan kadang kala terpaksa ambil dari rumah cikgu Abd Rahim dan Cikgu Osman Mat seawal 5.00 pagi.

Tidak ada satu pun telefon awam, dan yang ada hanyalah satu di pejabat sekolah. Handphone, komputer, dan internet hanya bermula di negara ini dlm sekitar awal 1990an. Oleh itu hanya surat dan pesanan akan menjadi penghubung komunikasi dgn dunia luar. Bas kami tidak ada air condition, dan hanya mempunyai sandar kepala besi. Bas itu juga yang membawa kami pulang ke kampung sejauh ke selatan negeri Perak. Ketika itu juga tidak ada ada hi-way. Perjalanan kami pulang ke kampung ada yang mengambil masa 12-24 jam.
Bagi kami yg bukan dari Pghelih kami hanya berpeluang balik kampong semasa cuti penggal sahaja. Jika cuti tidak panjang, kami menumpang dengan keluarga kawan2 Pghelih.
Kami juga bermain bola dan bersukan di atas padang yang penuh dengan batu-batu. Jika jatuh mesti luka. Kami jugalah yang mengutip dan membuang batu-batu tersebut secara gotong royong, atau dalam aktiviti PE, dan hukuman denda. 

Gelanggang badminton hanyalah simen biasa, dan main volleyball di atas kawasan yang bertar. Walau pun menurut pandangan kini ketika itu kami mengharungi kesukaran yg mencabar tetapi sebahagian besar dari kami tidak melihat perkara sedemikian sebagai satu kesukaran tetapi sebaliknya kami sangat bersyukur dengan apa yang ada. Di sini sebenarnya taraf kehidupan kami sudah dikira meningkat kerana kemudahan yang diberikan adalah lebih baik dari apa yang ada di rumah sendiri. Di sini kami ada tempat tidur sendiri dengan bertilam yg empuk. Di rumah sendiri kami hanya ada tilam nipis atau tidur di atas tikar mengkuang. Di sini juga kami ada lampu fluorescent (walau pun kadang kala bekalan elektrik terputus) berbanding dengan lampu minyak tanah atau gasoline dan mempunyai tempat belajar yang lebih selesa jika dibanding di rumah.

Kami juga mendapat biasiswa RM 30 sebulan di mana ketika itu sepinggan nasi ganja atau nasi bungkus hanya berharga 30 sen, dan sepasang seluar jean yang top berjenama Amco dan Saddle King hanya berharga RM 8-10. Berdasarkan penilaian kuasa beli, nilai RM 30 ketika itu adalah seumpama RM 300 masa kini. Di samping itu setiap hujung minggu kami ada wayang dalam dewan, selalunya filem-filem yg terbaharu dan uncensored. Bila tiba part-part yang panas dan brutal, pembekal akan memblurkan pancaran filem. Oleh itu bagi kami apa-apa kesukaran yang dialami bukanlah sesuatu yang memberati sebaliknya merupakan sedikit kemewahan dan peningkatan taraf hidup.

Pada masa itu juga tidak konsep kaunseling. Hanya teguran, amaran, tengkingan, rotan, dan penampar. Namun itu juga yang telah menjadikan kami. 

oleh Rook Takes Knight f6 Check
drunken.elephant@rocketmail.com

19 June 2009

Peringatan 1

Renungan

Saja-saja nak cerita

Soalan cepumas - Berapa lama lagi hayat kita masih ada?


Mengikut satu kajian antarabangsa, purata umur manusia diseluruh dunia sekarang ini ialah 70 tahun. Di Malaysia ni puratanya ialah 72.76 tahun atau dekat2 dengan 73 tahun (lelaki 70.05 dan wanita 75.65 tahun). Jika kita ambil purata keseluruhan Malaysia 73 tahun maka insyaAllah kita akan hidup lebih kurang 25 tahun lagi. … Lama lagi kengkawan.


Saja-saja syok buat jadual kumpulan aktiviti seharian kita seperti di bawah ini.


Kumpulan Aktiviti

Anggaran masa diambil


  1. Rehat, tidur, santai, sakit, rawatan

9 jam (540 minit)

  1. Bekerja cari rezeki

6 jam (360 minit)

  1. Travel (kerja, kedai, jumpa kengkawan, balik cuti, dll)

2 jam (240 minit)

  1. Makan (pg, tgh, mlm)

1.5 jam (90 minit)

  1. Bilik air (mandi pg ptg dan pelaburan)

0.5 jam (30 minit)

  1. Lain-lain (repair kereta, basuh baju pinggan, blogging, main, mancing, etc.)


1 jam (60 minit)

Jumlah


20 jam (1200 minit)



Aku pun hanya boleh list 6 kumpulan aktiviti sahaja. Itu semua mengambil masa lebih kurang 20 jam sehari. Makna kata dalam sehari kita ada 4 jam atau 16.67% sahaja free time untuk tumpu berbuat ibadat dan buat sesuatu yang kita suka dalam hidup kita. Jika kita ada masa 25 tahun lagi, dan lebih kurang sama ajer aktivitnya dan tak masuk kira landing kat hospital atau kat padang golf atau kat kedai mamak, maka masa yang efektif yang masih ada pada kita hanyalah 4.167 tahun sahaja lagi.


Mungkin anggaran atau matematik aku tak tepat. Engkorang agak atau kira sendiri sajalah. Saja syok-syok cerita. Bukan nak tunjuk terer buat anggaran. Segala anggaran diatas hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kaitan baik yang masih hidup atau pun yang telah mati. Jika ada perkaitan pun semua itu hanya kebetulan sahaja. Wal asr’.


dari tambak johor

lagu-lagu top 1974-78