oleh Aizuddin Nuruddin
TAWARAN
Mengimbau kembali kemasukan aku ke SMSPs, arwah bapak aku nak sangat aku masuk MCKK. Bapak aku waktu tu Guru besar. Jadi faham-fahamlah. Alhamdulillah periksa penilaian darjah 5 aku dapat 5A. 2 orang dari Sek Ren Methodist A.C.S. (Anglo-Chinese School- sekolah rendah aku dulu) Kampung Koh, Sitiawan saja yang dapat 5A. Seorang lagi classmate perempuan - Hong Hee Ai kalau tak silap namanya. Entah macammana, Allah bagi aku dapat keputusan antara yang terbaik, lebih baik dari orang lain yang kekadang dalam kelas tu mendahului aku. Punya la nak aku dimasukkan ke MCKK tu, bapak aku senyapkan berita mengenai periksa/temuduga untuk masuk MRSM dari aku. Aku tau bila dah lepaih, itu pun dari kawan-kawan sekelas darjah 6 waktu tu. Bila aku tak dapat tawaran ke MCKK, bapak aku turun naik pejabat pelajaran negeri dan sebagainya. Akhirnya terpaksalah dia akur, aku tak dapat masuk ke MCKK, antara sebabnya menjadi tradisi MCKK untuk menetapkan kurang-kurang 10 peratus tempat di MCKK kepada anak murid-murid tua (Alumni) MCKK. Kira kroni lah tu... Mungkin juga nama SMSPs ni, walaupun sekolah berasrama penuh, dia dah tengok abang aku Ainuddin masuk sekolah SMS Perak (patutnya) waktu tu. Menumpang hostel di Sek Men Teknik, Tiger Lane, Ipoh dan belajar guna bangunan kelas Sekolah Anderson Ipoh. Apa pun, aku masuk sekolah Menengah Sains Perlis. aku pun bukan kisah sangat sekolah mana, sekolah asrama penuh juga. Maka satu lakaran langkah pun bermula..
KENALAN
Takde sape pun yang aku kenai di kalangan pelajar tingkatan satu SMPSPs tika itu kecuali seorang - arwah Ahmad Akhiyar Ghazali. Aku kenai dia sebab dia juga dari sekolah yang sama. Walaupun umurnya setahun muda dari aku (dia masuk express class), dialah satu-satunya saudara aku. Arwah ini kira pangkat anak sedaralah pada aku. Bapaknya, arwah Cikgu Ghazali pangkat abang sedara pada aku. dia 2 ke 3 beradik aje, aku 7 beradik. Aku panggil dia (ahmad akhyar) Mat sejak dari sekolah A.C.S. lagi. Bab dia ada penyakit epilepsy tu pun aku sorang je yang tau historynya bila berlaku kat hostel baru di Bohor Pulai. Aku yang tulih surat kat bapak aku, baru la Cikgu Ghazali tau anaknya dapat relapse epilepsy setelah sejak sekian lama. Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Dari Allah kita datang dan kepadaNya lah kita akan dikembalikan. Mat kembali ke pangkuan Ilahi belum sempat kahwin, dah bertunang khabonye....
KAMPUNG BARU
Seorang lagi yang aku cepat kenai bila dah sampai ke Kangar ni adalah anak murid emak/bapak aku. Siapa lagi, Samsudin Karim lah. Keluarga orang susah, tapi alhamdulillah anaknya dapat juga jejak kaki ke asrama penuh. Bapak aku pernah jadi Guru besar di Kampung Baru, Ayer Tawar. Dulu alamatnya Kampung Baru, Lumut, Perak. Emak aku pulak cikgu mengajar di Sek. Keb. Kampung Baru. Kampung Baru ni kampung mak aku, di sini jugaklah aku dilahirkan. Opah dan Aki aku dah settle di kampung ni sebelum zaman Jepun lagi. Kemudian, aku baru tau ada sedara di Kangar ni. Seorang polis, duduk di Berek Polis, Aloq Pauh ka apa? Dah tak ingat nama tempat ni. Tapi apa pun, dekat ja dengan pekan Kangar. Tajuddin namanya. Anaknya rupanya senior aku di SMSPs, tapi depa senior tingkatan 2 duduk di asrama lain, jadi kita orang tak kena orientation macam pelajar perempuan tu. Anaknya Razali. Seorang lagi masuk kemudian tingkatan 4 ialah Zulkifli. Razali dengan aku ni pangkat anak sedara juga. Tapi bila kita pindah ke Bohor Pulai, dia juga yang oriented aku! Ada sorang lagi sedara sangat rapat. Tapi dia ada di Kangar sekejap lepaih aku masuk SMS (tahun 1). Ini mak kemanakan aku, adik mak aku. Suaminya tika itu pegawai di jabatan pertanian negeri peghlih. Lepaih itu pindah jadi pegawai di MADA. Sekarang ni MP Langkawi.
PEKAN KANGAR
Seorang lagi sedara ada di Kangar ialah En. Abbas, orang Pasir Panjang laut, Sitiawan juga. Ni pangkat abang sedara juga, walaupun dah berumur. Aku selalu juga pergi rumah dia makan best-best tengahari bila keluaq pekan hari cuti. Ada juga kawan yang aku bawak, dapatla rasa santapan macam di rumah, bukan nasi ganja ja. Biasa keluaq pekan jalan kaki juga. Ada lalu rumah rasmi menteri besar(tika itu) kalau tak silap aku. Keluaq pekan selalu beli setem, pej pos, beli buku (banyak komik). Balik bila dah letih, selalu la naik beca. Waktu tu memang banyak beca, tambang seingat aku, 3 kupang. Sekarang tak tau, ada lagi ka? Selalu dalam dorm, ada yang minta nak setem (ini lah alat penghubung berita dengan emak bapak di kampung). Oleh kerana dia barang berharga, selalunya setem dijual beli la juga, tapi biasanya harga kos. Adakalanya bila aku menulih surat, aku tulih dalam jawi semua - nak maintain tulih jawi. Aku pun dulu belajar jawi, sendiri-sendiri dengan dibantu oleh mak bapak aku, surat khabar bapak aku suka langgan dulu surat khabar jawi - Utusan Melayu. Tapi la ni dah tak baca jawi lagi. Sorang guru BM waktu aku di sek ACS yang bantu juga jawi aku ialah cikgu Param. Dia ni walaupun bangsa India, tapi minat jawi, sampai dia mengajar kelas aku jawi.
KOMIK
Masa terluang kami di dorm di Asrama Pengakap macam-macam. Selain dari membasuh baju dan kasut, main carrom, chess, kami rajin juga baca komik (macam Dino dia buat komik). Waktu keluaq pekan, antara barang yang dibeli ialah komik. Mungkin yang perempuan tu depa baca buku cerita, tapi tak tau cerita sebenonya. Tak de sharing of information waktu tu... Obsessed dengan komik ni, bila member baca, biasala, komik ni berjalan sendiri, sampai kat orang lain. Oleh sebab tu, ada yang buat (termasuk aku) "control mechanism" dan mengambil peluang. Hah! siap boleh buat bisness. Sapa nak baca komik, isi daftar, bayar yuran..Tapi itu pun laku juga.....
DARI SEBERANG
Di Asrama Pengakap la aku mula kenal orang dari seberang (ah.. bukan Indon tapi dari Malaysia Timur - Sabah Sarawak). Gitulah, kehidupan berasrama penuh menyajikan satu pletfom interaksi di kalangan remaja yang sedang membesar, dari lain negeri dan kaum serta bangsa. Ia juga medan interaksi emosi dan tabiat pelajar-pelajar yang dalam proses pembesaran menuju dewasa. Ia juga interaksi berbagai ego. Maklumlah, masing-masing sedang membesar, dengan ego-ego yang tersendiri. Hatta yang dewasa pun ramai yang masih terbuai-buai dengan mainan ego dan emosi. Tak percaya! Renungkanlah..Berbalik kepada dari seberang ni, kesemua dari pelajar yang datang dari Sabah dan Sarawak ni ditempatkan di Dorm C, dorm yang hujung sekali. Waktu tulah baru aku kenal Husin Masrin yang nama asalnya Simon Sittipathy (family name kat belakang ni aku tak pandai nak eja lah). Menarik bagiku, kerana aku mendapati seorang rakan pelajar yang pada persepsi aku tika tu baru mendampingi agama Islam. Dari Sarawak pula, Kilang a/k Dagoh, Johari, Nawi, Mahadi dan Jimmy (Ustaz Abu Bakar sebut Jemie). Bahasa sesama mereka pun aku tak faham..
[ Bersambung...]

No comments:
Post a Comment