oleh Aizuddin AZIMAT Bila aku masuk sekolah Sains Perlis, macam-macam barang yang kena beli. Yang dalam senarai sekolah, dah tentu termasuk la kayu hoki(alat sukan). Yang bukan dalam senarai pun emak bapak aku bekalkan. Satu antaranya ialah azimat. Azimat ni kira macam "talisman" lah bagi kaum Tionghua dan Tamil. Aku tak tau menau apa sebeno isinya. Dengonya ada ayat dalam kelongsong besi azimat tu. Yang aku tau, aku disuruh pakai rantai yang ada azimat ni. Tapi aku tak la selalu pakai terutama untuk mandi dan ke bilik bertenang, bila main bola aku buboh dalam poket seluor. Satu hari, ditakdirkan Allah azimat tadi jatuh dan hilang. Aku hanya sedar selepas main bola. Aku pun naik risau, takut nanti mak aku marah. Aku balik ke padang dua tiga kali, cari merata di padang, tak jumpa jumpa jugak. Apa yang aku nak buat... KHURAFAT Hilangnya azimat tu pun ada hikmahnya. Selepas meninggalkan bangku sekolah barulah aku lebih faham kenapa azimat ni tak patut dipakai. Rupanya ia sangat berkait rapat dengan penghayatan kepada kepercayaan atau akidah yang sahih. Menggunakan tangkal azimat walaupun yang menggunakan ayat qur'an di dalamnya boleh membawa kepada syirik, iaitu dosa yang paling besar di sisi Allah. Seingat aku dalam al Qur'an ada disebut (surah Luqman:ayat 13)"Sesungguhnya mempersekutukan(syirik) Allah itu adalah kezaliman yang besar". Masa tu masyarakat Melayu masih lagi kuat dengan khurafat. Ianya dalam bentuk salah faham terhadap tuntutan akidah dan praktis agama Islam itu sendiri. Tak hairanlah kawan-kawan kita yang bukan Islam mempunyai salah tanggapan terhadap beberapa aspek agama Islam, kerana orang Melayu yang Islam pun ada kekeliruan mengenai agama Islam itu sendiri. USUL 20 Aku juga mendapati bahawa masyarakat umat Islam di negara Arab pun percaya kepada khurafat seperti ini. Menggunakan tangkal azimat, jampi dan mentera yang langsung tidak ada asasnya dalam agama Islam juga satu fenomena dulu di Mesir. Masalah usul atau dasar ini ada diolah dalam satu buku "Usul 'Isyirin" atau telah diterjemah dalam Bahasa Malaysia sebagai Usul Dua Puluh. Penulisnya adalah almarhum assyahid Hasan Al-Banna, seorang ulama' yang sangat disegani di bumi Mesir. Di dalam usul dua puluh ini (aku ada naskah yang dicetak oleh Pustaka Salam cetakan 1984) beliau menjelaskan 20 usul atau asas kefahaman dan kesalahfahaman umat Islam berdasarkan pemahamannya dari dalil-dalil al Qur'an dan Sunnah/Hadith. Dia juga ada menjelaskan tentang jampi-jampi dan doa yang diambil dari al Qur'an. Apa kedudukan firasat, mau'nah, kassyaf, ilham, istidraj dan sihir dari pandangan agama Islam juga ada diterangkannya. Selain itu juga dibincangkannya tentang mimpi yang kadang kala digunakan sebagai dalil dan hujjah untuk beramal. Sebenarnya bila aku disuruh pakai azimat ketika itu, timbul juga berbagai persoalan dalam fikiran ku, aku pun takla komited sangat nak pakai sentiasa. Lagi pun aku kena pakai rantai, kurang selesa rasanya. Lainlah budak-budak sekarang, bukan saja rantai (yang lelaki) tapi subang pun ada, bukan setakat satu di telinga, tapi beberapa subang di bahagian lain cuping telinga. Itu belum kira yang tindik di bibir dan pusat! Entahlah, aku pun dah tak berapa faham apa motivasi mereka ni. MISTERI U.L.O. Di dorm B, aku terbaring tidur di atas katil di dalam keheningan malam. Entah kenapa aku terbangun dari tidur. Waktu menunjukkan tengah malam dan aku terasa satu kesunyian yang menerpa dorm, di sebalik dengkuran yang jelas kedengaran dari kawan-kawan ku yang sedang dibuai mimpi enak. Tiba-tiba dari arah padang Sekolah Putra satu bunyi yang kuat memecah kesunyian.... |
24 June 2009
ASRAMA PENGAKAP 7
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lagu-lagu top 1974-78
No comments:
Post a Comment