18 June 2009

PERTEMUAN SELEPAS 31 TAHUN


Isnin lepas aku masih berada di Putrajaya rumah adik aku berehat. Tiba-tiba aku terkenang Azli macam tu saja, macam ada panggilan. Dulu ada ler juga belajor telepathy dan aku cuba contact Azli. Selasa tu aku cari no telepon dia, dan bila dapat aku call dia. Dah dapat contact macam dah paham2 nak jumpa, macam dah lama janji. Dia pun kata dia nak ke Johor dan teringat sangat nak jumpa. Tapi dia kata sebab dia travel dan kerja dia akan sampai pukul 1-2 pagi. Aku kata on, no problem, boleh tidur rumah aku kerana tiga anak2 aku duduk asrama, tinggal yang kecil2 sahaja.

Betul-betul jam 1.32 pagi hari ini Khamis 18 Jun 2009 kami bertemu semula selepas 31 tahun. Kami berpelukan.Kat rumah aku kami berborak sampai 3 pagi. Esoknya kami borak-borak lagi sampai 1 petang seblum dia meneruskan perjalanannnya.



dari Tambak Johor

10 comments:

Azizi Ahmad Termizi: said...

Dino

Azli ada bawa teh herbal tak? Dia janji nak bawa bagi aku sikit nanti masa reunion. Katanya good for health insyaAllah.

acanov said...

Rajin Azli jalan2 jumpa kawan..tak macam aku, suka duduk diam .. org kata yg rajin ziarah menziarahi ni, boleh panjang umur..Amiin..

Dino, hang punya crown serupa Azizi, Ong, Azli, Zauri, Hamdan Napiah, Adnan ... yang lain2 bakal terbongkar....

Confirm maintain..Norshah, Chuck, Zamri, Usop, Raman, Tanwar..

Lan aku tak sure sebab dia pakai topi..Husin hari tu aku jumpa dia kata dia potong ikut Mawi..ntah2 semulajadi...

Sudin rambut ok, badan naik...

Aku cover line pakai kopiah..;;))

Dino said...

Azizi,

First time jumpa lepas 31 thn mungkin Azli terlupa, banyak cerita-cerita yang diborakkan.

Dah tu pula, mek aku tanam macam2 jenis herba kat rumah kami. Gamaknya sebab itu aku masih dapat baby 11 bulan lepas - masa aku age 47. Baby pula sihat dan cergas.

Kot korang nak tahu apa rahsianya aku tak tahu sangat hal herba ni.

Dino said...

Wey Asan, tolong sikit...
Kan aku dah kata (artikel masa silam 1) yang kami ikut fesyen peredaran zaman.
Dulu kita suka rambut panjang macam Johan Cryuff dan Mario Kempes. Zaman la ni kan kita kena ikut fesyen macam Ronaldo (Brazil), Zidane...
Yang macam Norshah, Zamri, Usop, Chuck, Raman, Tanwar tu jenih old fashion - tak ikut fesyen perkembangan zaman.

Jika tidak percayer kau tanyalah Azizi dan Zauri.

Azizi Ahmad Termizi: said...

Dino

aku sokong kau 110% pasal fesyen rambut tu, kita kena keep up with the trend and be in fashion.

bell-bottom, rambut tebal, side burn panjang, badan slim itu semua out of fashion dah sekarang

kamsiah said...

hasan ,anak2 hg kecik lg mesti kawin lambat or mem muda lagi tak

kamsiah said...

Dino, dah sihat ke..aku ingatkan hasan, sorry le.. hampa dua orang masih ada anak kecik mesti mem pun masih muda....bagus la tu

acanov said...

Kamsiah, Mem aku sebaya jer. Rezeki aku anak ramai. Ada kwn aku sebaya kita, anak 14.. satu ibu, dan kerja pulak tu..

Dino said...

itu anak dengan mem muda aku. Mem yang keberapa - tu soalan cepumas. Rezeki aku juga.

Aku pun ada kawan sebaya kita seperti Asan kata 14 atau 15 dari satu mem tapi yg survive 12.

Anak-anak itu rezeki. Kamsiah, Illa, dan Fuji bila nak tambah?

kamsiah said...

Alhamdulillah.Rezeki setakat tu je kot. Anak2 yang kecik tu lah yang menceriakan kita selepas penat bekerja.Betul tak...kami semua faham-faham le....dah nak pencen...

lagu-lagu top 1974-78