16 June 2009

Finding Ong C.C.

Di asrama, 1978


Kamal dan Ong bertandang ke rumah, 2007


Membaca Zauri punya cerita “Finally After More than 30 Years” mengingatkan pengalaman aku sendiri mencari seorang lagi kawan lama kita iaitu Ong Chun Chiang (atau Ong C.C. as he liked to initial himself).

Satu kebaikannya bersekolah multi-racial, multi-cultural ini ialah kita dapat rapat dengan semua bangsa. Dan keakraban tu genuine, kekal sehingga ke usia dewasa. Ong Chun Chiang adalah anak taukeh kedai barangan elektrik. Kangar Radio nama kedai bapa dia yang terletak di main street Kangar. Imej dia ni semasa di SMSPs dulu ialah sebagai pemegang black belt taekwondo. Kalau dia buat side-kick, fuuhh…boleh sampai mencecah siling dorm (hehe...exaggerate sikit macam Hasan :- ).

Rapat tak rapatnya persahabatan kami ni, selepas habis MCE dulu Ong pernah turun ke Teluk Intan all the way dari Kangar semata-mata nak visit aku. Sampai di pekan Teluk Intan dia siap naik beca 6 km lagi untuk ke rumah aku.

Masa aku di UK terdengar khabar angin bertiup bahawa Ong berada di Ireland – buat medic. Konon ceritanya dia masa tu sangat aktif berpersatuan pelajar. Tapi sampai ke sudah aku tak terserempak pun dengan dia.

Beberapa tahun setelah aku balik ke Malaysia dan bekerja dengar cerita bahawa si Ong ni masih ada kat UK! Tak mau balik-balik lagi. Kalau tak silap Ngoo Choo Seng yang bagi berita ni kat aku (masa tu kami sama-sama bertugas di Alor Setar).

Pada sekitar awal tahun 2000 (kalau tak silap) akhirnya baliklah juga Ong ni ke Malaysia. Siap bawa Irish wife lagi....!

So bermulalah misi aku mencari Ong C.C. Waduh…bukan senang…nasib baik laaa ada internet kat pejabat. So, aku curi-curilah (sikit je) surf the net cuba track down the elusive Ong. Cari punya cari dapatlah lead bahawa dia bekerja di UPM, di Fakulti Perubatan. Akupun telefonlah UPM (pakai telefon pejabat juga…tapi sekejap je). Aku diberitahu bahawa pada hari tertentu si Ong ni akan bertugas di hospital yang berlainan – hospital swasta lagi. Isy…si Ong ni…sampai dua-tiga hospital kau kerja? Sengaja nak menyusahkan aku cari kau kut?

Bila call pulak hospital swasta, jawapan yang sentiasa diberi adalah “not in office”. Tak putus asa, aku call lagi minta nak bercakap, misi (nurse la tu) jawab “busy attending patient”. Akupun mula ragu-ragu. Ong ni Ong Chun Chiang kita ka…atau Ong yang lain?

Esoknya try lagi. Misi kata “sorry sir, he’s not in”. Adooohai…boring nya. Tapi sebelum sempat aku hempap telefon misi tu kata “could you please hang on, sir?”. Aku pun tunggulah sekejap, tapi dah mula rasa tawar hati. In the background aku terdengar si misi tu bersembang dengan seorang lelaki (kurang asam, chatting dengan boyfriend pulak ke dia…?). Tapi aleh, aleh terdengar (suara perlahan) lelaki tu bertanya pada misi dia “...Azizi Ahmad Termizi ka...?”. Suara dia jadi semakin jelas sebab aku agak dia bergerak kearah telefon.

Akupun mula exctited, berdebar. Macam mana pulak boyfriend dia boleh kenai nama penuh aku? Or, have I finally found THE Ong Chun Chiang?

Apabila dia bercakap sendiri melalui telefon tu, akupun terus kenallah suaranya. Ya...itulah suara Ong...suara yang aku masih ingat dari hampir tiga puluh tahun yang lalu. Lengguk suara dan ketawa besarnya masih sama. Aku boleh bayangkan mimik muka Ong sambil dia bercakap melalui telefon, “Hey, Azizi Ahmad Termizi ka ni...?” Aziziiiiiiii…..eh, how are you man? Where have you been?” I’ve been looking all over for you, sekarang baru jumpa..” kata Ong dengan nada ceria.

Yaa lah tu. Aku yang jenuh phone sana sini…dia pulak yang jumpa kita! (hehe jangan marah Ong). Apapun aku tetap gembira akhirnya dapat juga trace dia.

We arranged to meet. Kami berjumpa semula setelah hampir tiga puluh tahun berpisah di UPM, di hadapan masjid UPM. Kami ketawa melihat kepala masing-masing dah hampir terang. Aku bawak Ong pergi restoran di Seri Serdang pekena teh tarik sambil bersembang panjang. Aku rasa mamak restoran tu pasti hairan tengok kami dan pikir "....kenapa la si mamat dua orang ni bersembang excited, sakan.....macam tak pernah jumpa 30 tahun!”.

Semenjak tu I’ve met Ong and his lovely family beberapa kali lagi. Dia pun pernah berkunjung ke rumah aku. Wife aku siap belajar buat apple crumble lagi dengan his wife. Kekadang we are joint by Ahmad Kamal Yahya and his family.

Oh, yes. My brother, Kamal. Ini pun ada ceritanya tersendiri macamana aku boleh dapat contact dia balik. Tetapi cukuplah dahulu aku mengomel untuk hari ini.
.
oleh: Azizi Ahmad Termizi
.

2 comments:

acanov said...

Hello Ong CC.
Long time no see maa... I remember your big red punching bag , we also selalu tumpang punching it, b'coz it's right in the middle of the room ... God Bless Ya..

Hussin said...

Aku dpt call & sembang2 sat dgn Ong CC..Bukan gelak lg dia, nasib baik takde patient masa tu..
Try to call Kamal tp hampe, brader tak angkat...sibuk kut.Will try again..Kamal ni 'spiker' volleyball gila punya, beside Azizi la..

lagu-lagu top 1974-78