14 June 2009

Asrama Pengakap 5

oleh: Aizuddin Nuruddin

YANG PERGI…

Aku masih dapat mengenang dari beberapa saat memori bersama beberapa orang dari mereka (sahabat dan cikgu) yang telah pergi, yang tidak akan kembali lagi ke dunia yang fana ini. Kita pun samalah juga, satu hari juga akan menuruti jejak mereka yang telah sampai di sana lebih dahulu. Mengimbau saat silam membuatku menginsafi dan menghargai kurniaan dan nikmat Tuhan, membina sikap tidak "take things for granted". Aku berkali-kali diingatkan oleh beberapa orang (aku dah tak ingat, di kalangan rakan dan taulan , guru atau pun sanak saudara) hingga kini, supaya " do not take things for granted". Sihat kita, masa lapang kita, masa poket berisi kita, bukannya satu yang sentiasa akan berada bersama kita.

MAT…

Mungkin antara masa (bukan terakhir) bersama aku dengan Mat (Ahmad Akhyar Ghazali) yang agak lama selepas meninggalkan bangku sekolah (SMSPs) adalah musafir kami ke SMSPs bagi mengambil sijil berhenti sekolah sebelum masing-masing kita melanjutkan pelajaran. Aku ingat dalam perjalanan balik dari Kangar, kami naik bas ke Butterworth , kemudian ambil bas ke Tepen. Hah, sampai Tepen hari pun dah nak gelap, bas pulak dah tak ada, teksi pun tak boleh cari atau kos yang tinggi. Jadi kami "stranded" di bandar Tepen (Taiping). Kami pun cari la rumah tumpangan (mana ada pergi hotel waktu tu-mana cukup pitih), itu pun cari yang dapat memenuhi budget. Dapat la satu bilik 2 katil bujang.

Masuk waktu maghrib, aku pun terkial-kial mencari arah kiblat (dulu mana ada tanda dalam rumah tumpangan arah kiblat!). Dengan berpandukan arah matahari terbenam, aku pun dapatla "ijtihad" arah kiblat. Mat cakap kat aku, "aku tak confidentla, mungkin katil tu tak bersih". Lebih kurang aku jawab "tak pe, tak nampak koto pun". Kita orang bukan ada bawak lapik atau sejadah pun. Aku tak peduli, aku sembahyang atas katil, kalau tak silap aku atas tilam tu jugak. Besok tu baru la kami dapat meneruskan perjalanan pulang ke Sitiawan. Aku jugak ada pergi rumah dia bila ayah dia cikgu Ghazali bertugas sebagai guru besar di Pangkor. Rumah kuarters yang dihuninya betui-betui dekat dengan jeti Pangkor ketika itu.

CIKGU ISHAK…

Cikgu Ishak Mahmud adalah antara cikgu yang duduk sekali dengan kami di asrama Pengakap.


Aku pernah cerita yang aku dan member di Dorm B ada mengintai cikgu belasah pelajar yang nakal di Dorm sebelah, Dorm C. Sebelum cikgu belasah, cikgu tutup pintu yang memisahkan antara bahagian katil dorm dengan bahagian belakang (tempat parking baldi semua tu). Lepas tu baru belasah. Cikgu ak pantang kalau pelajar tu menepih. Kalau tepih, memang sah kena yang sebelah lagi jawabnya. Dalam aku dok intai dari celah-celah papan tu, cikgu pandang (perasan aku) ke arah tempat mengintai aku. Aah.. apalagi.. kecut perut aku dibuatnya.. aku dengan member lain langsung stop mengintai dari celah dinding tu dan terjengket-jengket berlalu dari situ. Tapi apa pun, bunyi masih boleh dengak. Kalau la Ustazah Safiha dengak pukulan-pukulan tu pasti dia teriak (nangis) sebab Ustazah Safiha ni memang punya hati yang halus. Tak sanggup dengak anak murid kena belasah. Pernah jadi waktu aku tingkatan 2 Sains 1 di waktu sekolah , cikgu lelaki belasah pelajar-pelajar yang langgar disiplin di kelas sebelah. Dia keluak ayak mata dengak depa kena belasah. Punya la kesiannya dia kat kami pelajar-pelajar ni. Dia memang kuat berempati dengan kami pelajar, walaupun yang melanggar disiplin.


Aku jugak masih ingat macam mana cikgu ak mud ni belasah Md Salim (ya, Md Salim headboy dari batch 1975-76 tu). Waktu tu di Bohor Pulai, budak-budak asrama lelaki kena ambil giliran ikut bilik, mesti satu malam ada satu bilik yang akan tolong cuci tray makan di dewan makan. Maklumlah , sekolah baru, agaknya waktu tu pekerja tak cukup gamaknya. Waktu tu tahun 1975, turn bilik aku yang kena basuh tray. Dah habih basuh, kami bergerak la ke dorm, nak tukar baju, kemudian pergi prep. Di ground floor aku dengan rakan sebilih terserempak dengan cikgu Ishak Mahmud dengan cikgu lain (mungkin Ishak Osman atau Jasni Ladin) depan tangga yang dekat dengan common room. Waktu tu Md Salim dengan seorang lagi(kedua-duanya baru masuk tingkatan 4) ada di situ. Cikgu tanya, apa pasai ada di sini, tak pi prep ka? Entah apa jawabnya , aku dah tak ingat…yang aku ingat Cikgu sebut "awat hang keras kepala ya?"

Cikgu ayun penampak, ditangkih dengan tangan oleh Md Salim, tapi cikgu memang cekap, penampak sebelah lagi pulak hinggap, tapi penangan penampak sebelah kanan la yang menyebabkan Md Salim jatuh tersungkuk dekat water cooler dengan pensil dan pen dalam poket baju melayu putih dia pun terbang. Hasilnya kemudian, Md Salim boleh dilantik jadi Headboy, jadi budak baik, menjalankan tugas pengawasnya dengan penuh tanggungjawab!

Aku waktu mula masuk asrama pengakap ada bawa kayu hoki. Brand pun boleh tahan (perasan aku la). Brand apa.. CHAKRAVARTI. Ingat nak guna main hoki, seingat aku, aku seorang saja yang bawa kayu hoki di asrama pengakap tu. Aku pun mana ada guna. Orang pakat main bola ja. Ada la juga member yang main badminton, tapi outdoor, adhoc and mobile court lah tu. Tapi cikgu tau aku ada kayu hoki. Cikgu Ishak pun suka pinjam kayu hoki aku, dia main dengan budak sekolah menengah Putra waktu tu. Kayu hoki ni betui-betui aku guna bila dah pindah ke Bohor Pulai, main di padang hoki yang banyak batu tu berdepan dengan rumah Pengetua dan Penolong Kanan. Aku dapatla improve 'stick work' aku bila banyak main dengan Khairi, budak Sekolah Derma, adik kepada Naim (1976) pemain bolasepak sekolah. Tapi aku tak commit dengan hoki kerana aku lebih minat silat ketika itu. Practise hoki pulak clash masa yang sama dengan time belajar silat , silat komando.

SEPUPU…

Aku terlupa nak cerita yang aku ada seorang abang sepupu yang bekerja di LPN Perlis ketika itu. Dia selalu datang lawat aku di sekolah di Bohor Pulai, di Asrama Pengakap pun ada juga rasa aku. Tapi dia meninggal pada umurnya 21 tahun dalam satu pelanggaran ngeri dekat Kangar. Ketika itu dia membonceng rakannya di atas motosikal. Impak pelanggaran tu menyebabkan beliau terpelanting setinggi tiang letrik (mengikut cerita saksi kejadian) manakala rakannya terseret beberapa meter oleh kereta Volvo yang dipandu lebih dari 100 batu sejam dan hilang kawalan. Duit gaji yang baru saja dikeluarkan dari bank (Kangar) bertaburan di jalan raya. Yang memberitakan kejadian itu pada aku ialah saudara aku En Abbas yang bertugas di pejabat kerajaan di Kangar itu. Kejadian berlaku di tahun-tahun akhir aku di SMS Perlis.

Dia pun macam Mat jugak, belum sempat kahwin lagi bila ajal menjemput. Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un, Dari Engkau kami datang dan kepada Engkau lah kami dikembalikan, begitulah kehidupan di dunia ini. Ada yang dijemput awal, ada yang lambat sikit. Yang penting adalah untuk kita menyediakan bekalan diri kita bagi menghadapi Ilahi bila masa kita sampai.

Ya Allah, Ya Tuhan kami. Engkau lah yang Maha Pengampun, Lagi Maha Penyayang, Yang Maha Pemberi Rahmat. Ampunilah dan rahmatilah guru-guru dan rakan taulan kami yang telah pergi mendahului kami. Berkatilah ilmu serta pengajaran yang telah mereka berikan kepada kami. Berikanlah balasan yang setimpal dengan amal-amal serta tunjuk ajar mereka kepada kami. Berilah hidayah dan taufik ke atas mereka dan kami yang masih hidup agar kami dapat bertemu di akhirat nanti dalam naungan RahmatMu.

2 comments:

acanov said...

Ahmad Akhyar Ghazali sambung Diploma Kejuruteraan Awam di UTM lepas sekolah. Aku selalu squat bilik dia di Asrama Blok F di kampus Jalan Gurney pada sessi 79-80. Bilik sempit meant for single, dimuatkan double decker oleh pihak UTM utk tampung ramai student. Yang squat mcm aku pun ramai jugak. Kami 2nd and 3rd intake tak dpt asrama dalam kampus. Kena duduk kat Kolej kedua kat Kg Baru..so kekadang aku tak balik Kg Baru lepak bilik Arwah Mat.

Semoga Allah merahmati Allahyarham Ahmad Akhyar Ghazali, kita yang bakal menyusuli dan ummat..Amin.

Azizi Ahmad Termizi: said...

Aizudin

hang citer Ma'e Sayuq aku teringat brother ni...aku selalu main volleyball dengan dia, dia school player

lagu-lagu top 1974-78