03 June 2009

MENGIMBAU MASA SILAM part 3: ayaq ke ayor?

oleh Dino di Tambak Johor

Masa di SMS Perlis tidaklah semua ceritanya yang syok-syok sahaja. Ada juga cerita yang tak usahlah dikenang-kenangkan selalu, contohnya seperti bekalan air selalu putus. Tidak sapa boleh lupa bagaimana susahnya nak dapatkan air. Loghat Prelih kata AYAQ dan sebelah Perak kata AYOR. Apa pun namanya bendanya sama juga. Punyalah susah sampai ayaq dalam tangki tempat mengelamun pun jadi rebutan. Dah habih pam ada juga yang buka tangki tu tonggang sisa-sisa yang ada. Orang kata kikih sampai habih. Kalaulah Mutiara tu lalu dekat situ boleh jadi Azizi dan yang lain-lain tak perasan pun. Kita pun faham ... ayaq tu penting kerana ada yang terpaksa mengamalkan ajaran Ustazah Safiha kerana diluar kawalan mereka, ada pula yang begitu taksub dengan ajaran Ustazah tu lalu dengan sengaja mewajibkan diri mengamalkannya.

Tak ada ayaq ni tempat mengelamun pun penuh dengan baja asli yang dah kering. Baja tu bukan sekadar serpihan-serpihan saja tapi dah jadi timbunan. Kot la ada harga seduit sekilo, boleh beli beh skolah baru nu.... dan punyalah keringnya boleh ambik buat peluru batu lastik. Kot le kena boleh benjol juga dahi.

Masa ada ayaq cikgu paksa cuci. Nak cuci pun tak boleh lah aku ingatkankan lagi. Kena kikih. Semasa pengkikihan dan pencucian itu ada terpercik masuk ke mata dan hidung. Kat seluaq dan baju tu tok sah crita la. Lepeh tu sah tak boleh makan sampai malam. iih iih iih iih iih...... cobaaan.

Tapi pelik juga kerana hujan selalu turun dan SMS Perlis pernah kena banjir. Ada yang kat laman Asputra kata bila Chuck menyanyi hujan akan turun dengan lebatnya. Baru aku tahu gitu ropa nya. Betul ke tak kita kenalah tanya Chuck sendiri jika benar ia miliki keramat tu. Kalau betul pelik juga mengapa masa tu kita tidak terfikir suruh Chuck menyanyi bila ketiadaan air. Rasanya masa tu semua dah putuih akal macamlah putuih tar dan nikotin. Macam tu no..

Pasal penggunaan ubat tar dan nikotin ni, Usop Sohor telah pun membuat akuan bersumpah kat laman Asputra yang ia dan Raman Z lebih awal berubat dengan benda tu. Masa tu penggunaan ubat ni sebagai trend yang melambangkan kedewasaan. Balik ke Perak dalam keretapi ramailah yang menunjukkan kedewasaan dengan makan ubat ini walau pun ada mereka yang belum wajib solat lagi.

Sebenarnya side effect ubat ni serupa juga dengan tabiat pemakanan kita. Seperti aku katakan sebelum ini, ramai yang sakit dan arwah akibat makan. Fikir-fikir balik adakah kita wajar berdoa kepada Tuhan supaya sembuhkan kita dari sakit itu. Aku rasa tak, sebab itu berpunca diri kita sendiri. Tuhan kan dah beri pra syarat yang Ia tidak mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri. Kena ikut pra syarat dulu. Kan dah dipesan lagi dalam Qoran dan Sunnah supaya jgn berlebihan, berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Sayangnya amalan ni hangpa tak buat no, yang hangpa istiqamah buat ialah amalan sunat pada Isnin dan Khamih sebelah malamnya ikut ajaran Ustazah Safiha tu.... (betul kan Nor Shah?) iih iih iih iih iih.

Dan sefaham aku juga ramai yang begitu taksub dengan ajaran Ustazah Safiha itu lalu mengamalkannya tidak terhad pada waktu-waktu afdhal yang disebut tadi. .... iih iih iih iih iih ...ayaq.... ayaq...punya cerita.

(....... bersambung)


1 comment:

acanov said...

Bab ayaq ni, memang aku maleh nak cerita. Aku jenih bangun lambat..memang sah kena kikih. Sekali kita dapat mandi kat betui2 bawah tong ayaq kat bumbung. Sapa punya kerja, "scour pipe" habih kena pulaih..Tu paling kuyup mandi aku ingat.
Tapi after 90s aku rasa Peghelih dah ok supply ayaq depa. Semenjak siap kolam tadahan ayaq kat Beseri sana..

lagu-lagu top 1974-78