oleh Aizuddin
REPUH BUKAN ALOQ PAUH Dalam coretan aku yang lepas-lepas, aku kata tempat rumah abang sedara aku Tajuddin, seorang anggota polis mungkin di tempat yang namanya bunyi seakan-akan Aloq Pauh. Tapi bila aku ingat-ingat balik (al maklum aku dah lebih 30 tahun tinggalkan Perlis dan banyak nama tempat/kampung yang aku dah tak berapa ingat) bukan alor Pauh tapi Repuh. Aku kena naik bas ke situ dari pekan Kangar. Rumahnya kalau tak silap ingatan aku adalah kuarters setingkat (ada tangga dan tiang-tiang pendek) rumah polis.
YATIM Tajuddin ni ada juga datang lawat aku di asrama Pengakap, waktu tu masa awal-awal duduk di situ. Aku ingat lagi, dia tegur Lawrence Lew Yoke Leng. Baru aku ingat bila Lawrence bagi tau yang dia ni anak polis jugak, dari Malim Nawar. Tapi bila dia mula masuk asrama pengakap dia dah jadi anak yatim, kerana beberapa bulan sebelum tu ayahnya ditembak mati oleh komunis. Aku pun pernah terbaca dalam surat khabar mengenai peristiwa tersebut dan waktu tu gambar Lawrence terpampang di dada akhbar. Waktu perbualan dalam Dorm B tu, mulut aku terpacul juga beberapa komen ayat yang tak sensitif terhadap tragedi yang menimpa beliau. Memang waktu tu, aku main lepas cakap saja, alamat on the spot kena tegur dengan 'abang' Tajuddin. Cepat abang sedara aku ni cover balik nak ambil hati Lawrence.
ATTITUDE Kemahiran bergaul dan berinteraksi begini memang aku kurang ketika itu. Banyak perkara yang berlaku dahulu, bila diimbau semula bukan saja ia mengembalikan nostalgia era itu tapi ia juga dapat memberikan iktibar (lesson learned) bagi meniti hidup yang mendatang atau setidak-tidaknya menjadikan kita lebih menghargai atau "appreciative" nikmat hidup anugerah Allah ini. Hidup ini kan satu proses pembelajaran sepanjang hayat (life is ongoing learning process). Ada hikmah yang terjumpa di sepanjang jalan ini kita kutip dan ambil buat bekal jalan seterusnya. Pada firasat aku, dengan sikap beginilah era generasi orang Islam di zaman pemerintahan Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan kemudiannya Uthmaniah tertonjol dengan "frontier technologies" yang dicanai, diadun dan dihasilkan oleh mereka. Tanpa discovery atau penghasilan sistem nombor (numerals) Arab, tak mungkin adanya sistem digital (angka "1" dan "0") yang sangat meluas penggunaannya sekarang ini(sistem berkomputer, sistem GSM dan GPRS bagi telefon, Digital Signal Processing dll). Angka 1 dan 0 asalnya adalah dari tamaddun Abbasiyah, walaupun asal usulnya mungkin dikutip dari India (tapi kemudian diadun semula) yang ketika itu di bawah pengaruh pemerintahan khilafah Islam. Sistem numeral Latin X, XII, LX mana mungkin menghasilkan sistem digital sekarang! Begitu juga dengan penemuan lainnya seperti AlJabair (Algebra), banyak applikasinya dalam dunia moden sekarang. Itu belum lagi sentuh tentang Ibnu Haitam (bapa optik-teori dan praktikal), Ibnu Rushd, Ibnu Sina, Al Khazin, Al Khwarismi dan lain-lain pelopor asas ilmu zaman moden ini.
GOALKEEPER Seperti yang pernah diimbau oleh kawan-kawan yang lain, antara aktiviti paling popular di Asrama Pengakap adalah bermain bola sepak. Aku pun hampir tiap-tiap petang main bola sepak di padang Sekolah Putra tu. Waktu aku di Sekolah Rendah ACS Kg. Koh, Sitiawan aku selalu bermain bola sepak sebagai goalkeeper. Boleh kata, di kalangan kelas-kelas yang sedarjah, akulah yang tercekap (perasan aku). Waktu tu ada seorang kawan sedarjah, Raja Yahya Raja Abdullah namanya, yang macam standard Norshah juga terrernya main bola (mana taknya selalu main gelecek dengan budak sekolah menengah). Dia sepak ke arah gol "point-blank range" lalu aku tampan dengan tapak tangan aku. Sepakannya punya la kuat, bola jatuh ke tepi keluar padang (corner tu), tapi aku pun rebah jugak dengan sakitnya…tangan aku tergeliat. Patutnya aku masuk kelas petang hari tu(sekolah sesi petang), tapi kena hantar balik rumah. Lepas tu aku dah agak serik jadi goalkeeper sampai la aku naik form 4 baru aku nak cuba balik. Di padang Sekolah Putra tu, adala jugak aku skor gol, yang aku ingat bila cikgu Munir pun ada main sekali. Aku tunggu depan gol (bukan curi ayam). Bola laju datang , aku huluq dan kuis sikit kaki aku, ...Gol! Bola melantun masuk kena bucu tiang gol. |
No comments:
Post a Comment