oleh Aizuddin
...Makin lama makin nyaring bunyinya. Aku menoleh ke katil-katil lain, takde seorang pun kawan ku yang terbangun. Bunyi tadi semakin dekat dan semakin jelas. Nyatalah ianya bunyi orang mengilai ketawa. Aah. Bulu romaku mula meremang naik. Mana taknya, sejak beberapa minit yang lalu hilaian ketawa ni tak berhenti-henti. Terer tak terernya orang atau benda Allah yang mengilai ni, aku ingat boleh masuk lah world book of records dek lama dan nyaringnya. Bukan saja aku tak terfikir nak mengintai dari celah dinding, tapi nak turun katil pun dah suspen takut-takut benda Allah yang mengilai ni datang menjenguk di luar pintu dorm. Orang ke apa ke benda Allah ni...? Tak dapat aku pastikan. Ini dah masuk kategori Unidentified Laughing Object (ULO). Jadi, the natural thing to do bagi aku tika tu adalah untuk menyembunyikan diri aku dengan menarik selimut menutupi seluruh badan aku. Mulut aku pun terkumat kamit membaca ayat Kursi apa-apa ayat suci dari al Qur'an yang aku teringat ketika itu. Malam tu macam-macam timbul dalam kepala aku. Cerita-cerita tahyul dan alam ghaib dalam masyarakat Melayu. Hantu polong, langsuir, pontianak, jembalang, hantu bungkus, hantu raya dan entah apa lagi muncul dalam fikiran ku...
Cerita-cerita mengenai makluk-makhluk ni memang banyak kali aku dengar, dari mak aku, dari bapak-bapak sedara aku yang kata mereka, pernah diganggu oleh langsuir. Esok paginya aku tertinjau-tinjau ke arah datangnya hilaian ketawa U.L.O. itu, kot-kot ada orang tak siuman atau gila ada terbaring di situ, tapi hampa, tak jumpa apa-apa. Ada seorang dua kawanku yang aku tanya, ada dengar apa-apa ke malam tadi? Tak de pulak yang sedar seperti yang aku alami. Kejadian malam itu masih menjadi Unsolved Mystery bagi aku. The Unsolved Mystery of Unidentified Laughing Object in
MYSTERY TWO Ketika di Bohor Pulai, waktu tu aku form 5 dan dorm aku blok A menghadap dewan makan, aku juga mengalami fenomena yang hampir sama. Aku terbangun dari tidur, ingat nak buat revision untuk MCE, waktu tu jam sudah pukul 2 atau 3 pagi, bunyi kuat dari arah dewan makan. Kali ini bukan hilaian ketawa, tapi bunyi seperti kuali dan periok dan barang-barang logam/besi diketuk orang. Memang hingaq bunyinya. Cuma kali ini aku lebih berani, berdiri di tingkap yang terbuka, buka mata luas-luas pandang ke arah bunyi bising. Sekali sekala aku tenyeh mata aku, picit pipi aku, nak make surelah yang aku ni tak bermimpi atau dalam keadaan tidur. Bunyi bising tu tetap bising, lama pulak tu, adalah dalam 20 minit. Aku ada jugak terfikir nak pi tengok kat dewan makan tu, tapi takut pulak nanti warden tangkap aku terhendap-hendap di situ, tak ka naya punya kes. Jadi aku tak jadila turun. Itu jadi misteri kedua bagi aku….satu di Asrama Pengakap, satu lagi di Bohor Pulai….
Sebenonya percaya kepada yang ghaib memang la satu dari elemen paling penting dalam kepercayaan agama Islam. Bahkan jika kita buka Qur'an, selepas surah(chapter) yang pertama yakni al Fatihah, kita akan bersua dengan surah kedua iaitu al Baqarah. Pembukaan surah ini ada menyentuh bab percaya kepada al ghaib… "Alif lam mim. Kitab (al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (yaitu) mereka yang beriman dengan yang ghaib, melaksanakan solat(sembahyang), dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada (Al Qur'an) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya akhirat. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (ayat 1 – 5). Tapi al Ghaib yang ditafsirkan oleh pakar (ulama') bidang ini maksudnya merangkumi rukun iman – percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat, percaya kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah, percaya kepada para rasul yang menyampaikan risalah, percaya kepada hari kiamat/akhirat dan percaya kepada Qada' dan Qadar. Sejauh pencarian akulah, istilah hantu polong, hantu raya, hantu bungkus, jembalang, RAHSIA Ramai kawan-kawan yang keluar, seingat aku, mungkin ada trip ke mana-mana, tapi memang di asrama pengakap hanya tinggal beberapa orang saja, cikgu pun tak ada waktu tu. Aku dengan Isa merancang untuk meneroka sawah yang terbentang. Ketika itu sawah kering, Padi pun dah dituai. Sawah menunggu untuk dibajak semula dan diairi. Jadi sawah banyak dipenuhi saki baki jerami yang sudah kering dan rumput yang mula tumbuh. Kami berjalan kaki merentasi sekolah Putra dan kemudian melangkah menuju ke arah Bukit Bintong. Akhirnya kami sampai dekat sebuah pokok. Pokok tu pokok mempelam. Mempelam pauh. Banyak buah-buah yang dah gugur masak dan masih belum busuk, kami kutip. Yang di atas pun tak selamat jugak, kami baling, tapi tak banyak hasil. Dah lama kemudian , aku ajak Isa balik. Isa jalan dulu. Berlari-lari dia atas batas. Aku masih lagi dalam kawasan sawah, tengah berlari-lari anak , tiba-tiba langkah ku terhenti kerana ada objek di depan, memaksa aku mengambil nafas panjang. Objek ini seolah-olah melengguk-lengguk menanti aku. Peluh mula membasahi dahi dan tengkuk aku... |
28 June 2009
ASRAMA PENGAKAP 8
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lagu-lagu top 1974-78
2 comments:
Aizudin
kau tulis cerita suspense betullah. yang mengilai tu satu, yang melenggok lenggok tu apa pulak? I'm sure not Mutiara menari atas batas sawah?
Mutiara j ko ni Zizi...Pokok nyoq muda lagi kut..atau ko trlampau bnyk sngt baca buku "Bercakap Dgn Jin - Tamar Jalis"..
Aku pulak jumpa tk prnh tp bila student pompuan meninggal awal pagi kt UM baru2 ni..suspence jugak..
Post a Comment