28 June 2009

ASRAMA PENGAKAP 9

oleh Aizuddin

INDERA KAYANGAN

Welcome to Negeri Indera Kayangan!

Tu dia! Menanti aku dari celah batas, seekor ular tedung tercangak keluar dari lubang persembunyiannya seolah-olah melihat ke arah aku, bersiap siaga untuk mempertahankan 'rumahnya'. Tapi aku tak pasti tedung jenis apa, senduk ke, selar ke, nagabura ke, manalah aku nak 'observe' sangat. Aku ni pun ada 'phobia' dengan ular sejak kecil lagi. Semua ular , termasuklah ular lidi atau ular daun pun aku anggap bahaya (walaupun pada hakikatnya hanya beberapa spesi saja yang berbisa).


PAHLAWAN

Waktu aku kecil-kecil, aku suka tengok orang bersilat, terutamanya silat pulut. Kalau ada majlis kahwin, selalunya adalah pertunjukan silat pulut ni di depan mempelai pengantin. Abang aku pun, waktu dia kecil lagi telah diajar datuk aku dengan tarian silat pulut dan pernah berpencak silat di majlis khenduri kahwin. Aku.....hanya jadi penonton saja tapi diam-diam cuba mengikut rentak tari serta langkah silat.


Setelah berhenti dan berfikir sejenak, aku pun membuka langkah silat. Silat ni namanya silat langkah seribu. Aku kona ke arah lain, tak sanggup berhadapan dengan pahlawan tedung tadi. Sampai di asrama aku termengah-mengah dibuatnya. Sejak tu aku agak seriau sikit bila berada di kawasan sawah di Peghlih. Aku diberitahu yang spesis ular tedung banyak didapati di Peghelih terutamanya tedung selar (king cobra). Ya ka Tidak?


BISA DAN DOA

Bila aku dah dewasa kemudian barulah aku temui doa-doa yang ma'thur yang boleh kita amalkan setiap hari dan boleh dengan izin Allah memelihara kita dari binatang-binatang berbisa. Dua tiga doa yang demikian ada dikumpulkan dalam satu risalah doa yang mudah kita dapati di sebahagian toko buku yang menjual banyak buku-buku keagaaman. Risalah doa ini dinamakan AlMa'thurat, kerana ia mengandungi doa-doa berdasarkan ayat-ayat al Qur'an dan Hadith (sayings/traditions of the Prophet of Allah, Muhammad (peace be upon him)) dan berdasarkan riwayat-riwayat yang boleh dijejaki hingga ke sahabat dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

Banyak lagi manfaat dari risalah kumpulan doa tersebut selain dari menjadi penawar hati yang sedih, gundah gulana, dan mententeramkan hati dan jiwa seseorang itu. Bukankah dengan mengingat Allah itu hati akan jadi tenteram... Aku selalu mendengar ayat ini.. Alaa bizikrillahi Totmainnalqulub....(sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan jadi tenteram..)


TROPIKA ATAU KHATULISTIWA

Cerita pasai ulaq ni, mula-mula kami sampai di Bohor Pulai, Tok Man (Cikgu Osman Mat) bagi tau hari tu dia jumpa ulaq tedung selar yang panjang di padang dekat asrama, dan dia berjaya membunuh ulaq tersebut. Dia minta kami berhati-hati bila berada di padang. Padang waktu tu masih lagi virgin jungle, unexplored or hardly explored yet, banyak batu-batu dari rumput. Rumput yang baru ditanam pun banyak yang menguning. Cuaca pun panas kering. Panasnya di siang hari lebih sangat terasa berbanding dengan di Asrama Pengakap. Kalau malam pulak, sejuknya (tambah bila datang angin kuat) juga lebih terasa berbanding di padang katong. Abang aku, waktu dia mula-mula masuk form 4 dari SMS Kedah ke SMSPerlis dia ada tulis surat kepada emak bapak aku menceritakan kesejukan yang dialami di malam hari bagaikan sejuknya di England! Aku bila belajak ilmu alam tu dok ingat jugak, iklim di Peghlih ni bukan la Khatulistiwa lagi, dah kira masuk iklim Tropika!


Al kisah balik bab ulaq di Bohor Pulai ni pun aku pun masih ingat, mula-mula pindah ke sini memang betui kata Hasan, kami selalu diarah untuk "scan" padang (padang memang la banyak, padang utama – padang bola sepak dan hoki dan track and field, padang netball sebelah dewan makan, padang 'wembley' berkedudukan di tepi asrama lelaki tapi depan asrama perempuan, padang belakang dewan tapi depan bangunan sekolah. Jadi, macam satu unwritten law pulak, apa-apa kesalahan atau tak ada kesalahan pun, kita orang memang kena selalu scan padang dalam barisan dan kutip batu-batu. Waktu PE pun scan padang dan kutip batu. Nak jadi satu cerita, mula-mula lepas pindah tu, satu hari tengah kami (form 1 and form 2) scan padang 'wembley' ada pelajar nampak ulaq tedung selar. Sebab kami ramai kot, ulaq lari ke satu timbunan batu dan sampah diikuti oleh puluhan hujan batu batu dari kami.





2 comments:

Wak Dogol said...

Ya Aizuddin
Al-Mathurat ni baik juga diamalkan.Dalam kesibukkan kita mencari rezeki, kita harus ada zikir2 atau amalan, maka ada terkandung dalam Al-Mathurat.Ada bacaan2 yang pendik yang bolih kita amalkan sekiranya kita sibuk.

Dino said...

Masa effektif kita utk beramal soleh sudah tidak lama, tapi boleh dipanjangkan dengan cara-cara lain. Contohnya, kalau dengar CD Qoran, zikir, cermah ugama, dll - kemudian ikut yang dibaca masa dalam kereta pergi balik kerja.

Kalau kat KL tu pergi balik pasti tidak kurang 1 jam sehari. Kalau 5 hari dah 5 jam, sebulan 20 jam. Kalau ikut cara life kita sekarang ni mana ada chance nak dapat masa macam tu.

Kot dengar2 saja pun pahala macam baca juga.

Kalau qari tu baca laju, kita tape balik bagi slow motion sikit dan burn balik.

Kita kena manafaatkan teknologi canggih utk tujuan itu.

Ini pandangan org faham sekular mcm aku ni la. Kot betoi tu ikut saja, jika tak anggap sbg saranan-saranan shj.

lagu-lagu top 1974-78