23 June 2009
Asrama Pengakap on Google Map & Misteri2 Lain
Oleh: Azizi Ahmad Termizi
Mutakhir ada banyak misteri dan teka-teki timbul di laman blog kita ini yang meningkatkan excitement kawan-kawan.
Pertama: isu identiti sebenar penulis artikel yang menggelarkan dirinya ''Rook takes Knight f6 check''. Alamat email beliaupun pelik iaitu: ''drunken elephant''. Ini juga menagih persoalannya tersendiri.
Siapakah beliau? Sangkaan para panel penganalisis setakat ini menuding jari ke arah Mohd Zaid Abdullah Sani. Beliau sememangnya seorang ''terrorist'' dalam hal ehwal chess. Ramai kawan-kawan kita yang tersungkur di tangan Zaid.
Kedua: identiti Wak Dogol. Dalam diam tak diam, kelmarin seorang hamba Allah yang menggelar dirinya Wak Dogol telah muncul participate ''menyampuk'' di Menyampuk Box kita.
Welcome Wak Dogol. Dan selamat menyampuk. Tetapi identiti mu memeningkan para penganalisis dalaman kami. Ramlan punyalah tension sampai sanggup memujuk rayu pada Wak untuk reveal your identity.
Namun Wak tetap ''play it cool'' dan buat dunno aje. Si Ramlan tidor semalam pasti mengigau tercari-cari identitimu.
Tak apa, tak apa...kami sedang compile senarai nama-nama mereka dari keturunan Jawa. Jadi, rahsiamu pasti terbongkar! Soon!!
Ketiga: identiti kumpulan volleyball Dive Bomber 6.
Menurut Aizudin, kumpulan ini dolu-dolu cukup glamour, turut membariskan spiker sensasi Ahmad Kamal Yahya dan pernah membelasah kumpulan kecilan yang lain.
Namun, siapakah barisan penuh grup ini? Dan masih glamour lagikah mereka? Atau kesemuanya sudah mula menunjukkan identiti seragam yang baru: perut boroi?
Keempat: misteri sama ada masih berdiri lagikah bangunan penuh nostagia Asrama Pengakap?
Menurut perunding Jurukur Bahan (bersara) Hj. Hasanudin Sabran, bangunan ini tidak dapat dikesan walaupun dengan menggunakan teknologi terkini, tercanggih Google Map. Justeru ''adalah mustahil bangunan ini masih ada.... mustahil'', kata beliau.
Namun penemuan beliau disangkal sekuat-kuatnya oleh Ir Aizudin. Jurutera kelulusan Sunderland ini mendakwa beliau mempunyai bahan bukti yang kukuh menujukkan bahawa Asrama Pengakap masih wujud.
''Saya ada gambar-gambar yang jelas bagi mematahkan dakwaan tak berasas Hasan tu'' kata Aizudin dengan nada tegas.
Menurut beliau lagi bahan gambar berkenaan diperolehi dari sumber yang ''kena dipercayai'' iaitu dari agen beliau sendiri dari Padang Katong!
Persoalannya sekarang: siapakah agen beliau dari Padang Katong itu??
MUTIARA???
Kalau betullah Mutiara, bagaimana Aizudin boleh rapat dengan si Mutiara tu? Siap boleh jadi ''special agent'' lagi??
Kesemua persoalan dan misteri pasti terjawab. Rajin-rajinlah lawat blog ini lagi untuk mendapat jawapannya.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lagu-lagu top 1974-78
3 comments:
Azizi,
Aku ingat aku tau siapa agen Padang Katong yang Aizuddin maksudkan. Pangkal belakang nama dia pun sama dengan Aizuddin...
Aishanuddin kot? Sbb rumah bapa dia Lorong Satu Pdg Katong. Betui ka Aizuddin?
Dekat area2 rumah Aishanuddin tu laa ni ada mesjid.. maybe Pak Jalil dah relocate ke lain.
Bgn Asrama Pengakap dulu2, bgn sebuah..tapi dekat Google Map tu mcm ada extension block..
Laa ni belakang Asrama Pengakap ada taman perumahan, dulu2 kampung belukaq tak silap aku..(tak teringat pulak dulu2 nak explore keluaq!!)
Hasan, Zauri
Aku rasa bukan Aishandin agen tu. Aishanudin geng kita - takkan nak dipanggil "agen" pulak. Itu kira dah downgrade taraf tu.
Apapun Aizudin masih membisu, itu tanda setujulah tu dengan telahan aku. Mutiara adalah si agen beliau.
Betullah Hasan. Dulu kita tak pernah pikir nak venture out sikit dari asrama kesayangan kita tu. Habis jauh pun jenguk-jenguk rumah makcik kat belakang tu...itupun sebab dia ada anak dara hehe..
Post a Comment