04 June 2009

Asrama Pengakap Part 2

Salaam utk semua,

DORM B, DORM A, DORM C
Bila compare nota dengan catatan Azizi mengenai Asrama Pengakap, baru la ingat siapa lagi penghuni Dorm B. Yang ingat Usop dorm A, Dino Dorm C. Rolin Kola Peghlih , Rosli, Aloq Redeh, Kilang, ni semua Dorm C. Dino ni yang aku tak boleh lupa ialah kreativitinya. Dia boleh lukih dan buat komik sendiri. Lukih pun cantik, jalan cerita pun ok. Aku cuba jugak nak tiru idea tu, tapi takda bakat. Bakat dia digilap bergemerlapan, bakat aku bakat tenggelam. Rahman Z pulak aku xpasti , tapi rasanya penguni dorm A. Sudin pun dah tak ingat Dorm mana. Sebelah bilik warden ada satu bilik "common room". Di situlah main carrom, main Chess (ingat kat Zaid Abdullah Sani dari Ulu Kenas, KKangsar - terror chess).

AMAL JARIAH
Betui kata Azizi, yang boring nak tunggu turn guna seterika tu, lipat baju cantik-cantik lepaih tu letak bawah tilam beberapa hari. Tapi tak tau idea siapa yang mulakan dulu. Mungkin dah banyak dapat pahala amal jariah sidia ni dapat, sebab oghang lain ikut amalannya yg baik. Kalau waktu makan tu, ada yang suka duduk dekat-dekat Rosli sebab selalu dia ada "extra" - Cili sos Maggi! Banyaklah pahala dia agaknya waktu tu hasil kongsi "extra" dengan kawan-kawan. Ramai juga yg "mengendeng" cili sos tu. Itulah asam garam hidup di asrama.

INTAI
Antara perkara yang tak dapat aku lupakan, bila mengintai dari bahagian belakang Dorm B, bukan tengok markah ka, tapi dok intai macam mana cikgu ak mud (arwah) balon salah sorang dari penghuni dorm C tika tu sebab buli sorang lagi penghuni dorm C. Biasalah, bila dah ramai tu, ada yang suka mengusik, ada yang tak tahan diusik. Ada yang "tolerance level"nya tinggi, ada yang "low tolerance level".
Ini baru tingkatan satu. Ada yang dah lebih develop pembesarannya, ada yang lambat develop. Macam Norshah atau Suresh Chopra banding dengan aku. Norshah tu aku tengok tinggi waktu tingkatan satu, tapi bila dah tingkatan lima, rasa rendah pulak Norshah tu.

SEMBAHYANG/SOLAT
Satu lagi peristiwa tak boleh lupa adalah di dewan sembahyang di tingkat atas. Satu hari aku tengok sorang member ni sembahyang caranya lain macam sikit. Bila time sujud, dia terus turun meniarap. Nak ketawa pun ada, geleng kepala pun ada. Tapi alhamdulillah, berkat tunjuk ajar kekawan yang tahu lebih sikit, yang silap tu dapat dibetulkan.

JUMAAT
Satu lagi pasai sembahyang Jumaat. Setiap hari Jumaat, bagi yang beragama Islam, bas akan datang ambil dan bawa ke masjid. Kami pergi solat Jumaat ni tak tetap satu masjid saja, tiap minggu akan pergi ke masjid yang berlainan. Kira kami ni "round" masjid hampir seluruh Peghlih lah (yang tak jauh sangat). Tapi ada satu Jumaat tu, hujan lebat, kami tak dapat sampai ke masjid (tak ingat kenapa, bah ka atau lambat ka) lalu kami semua pulang ke asrama. Di asrama, salah sorang cikgu terus jadi imam solat (tak ada khutbah dah tapi ada azan dan qamat). Jadi seingat aku waktu tu, jadi solat zohor lah patutnya. Tapi cikgu ni pakai bantai solat baca kuat-kuat (kata orang fikah baca secara Jahar bukan Sirri). Tak ingat dah dia buat berapa rakaat, dua(Jumaat) ke empat(zohor)?
Cikgu pun lebih kurang anak murid jugakla tika tu. Kita semua pakai ikut ja kat belakang.
Sekarang jangan la cuba macam tu, silap-silap ramai anak murid akan laung Subhanallah ingatkan imam dan mungkin juga ada yang akan niat mufarakah(memisahkan diri) solat sendiri! Lain ulu lain parang, lain dulu, lain sekarang.

Dah ... nak rest pulak.. nanti bila ingat lagi memori... boleh tulih lagi.. oops..taip lagi

Aizuddin
aizuddin_nuruddin@yahoo.com

1 comment:

Azizi Ahmad Termizi: said...

Aizudin

Memang perit nak nunggu dapat seterika. Selalunya budak-budak Dorm A la yang control pakai sebab bilik depa dekat dengan bilik warden. Tu sebab dorm kita ramai seterika pakai letak bawah tilam...

lagu-lagu top 1974-78