Aku dah rabun dari zaman sekolah ...
Aku pernah terserempak dengan Hussin masa nak masuk stesyen keretapi pada tahun 1982. Dapat lah bertegur sapa sekejap, sebab masing-masing sedang menuju perjalanan masing-masing, tak dapat lah nak berbual lama. Semenjak itu aku dah tak jumpa dengan Hussin lagi. Di alam pekerjaan, hampir 15 tahun aku selalu outstation ke Kota Kinabalu, ada jugak aku bertanyakan tentang Hussin, sebab dia asal Sabah dan biasiswa pun Yayasan Sabah. Memang rezeki pertemuan kami bukan di sana. Aku dapat juga hints di mana Hussin, melalui Adnan Mohd Tahir. Hussin khabarnya ada di Penang. Namun tak dapat jugak aku hubungi dia sebab tak ada nombor telefon maupun alamat emel. Akhirnya beberapa minggu lepas dapat jugak jumpa email Hussin bila aku search secara rambang di Internet. Aku pun tulis email kepada dia, dan di ketika Hussin buka email tersebut di pejabat dia di Penang, dia terus balas bagi nombor henfon. Aku buka email Hussin dan terus aku call dia. Alhamdullillah, suara Hussin macam dulu jugak, lenggang lenggok suara sama macam dulu. Sebak aku sekejap semasa berbual dengan Hussin dalam henfon. Satu pelusok dunia aku cari (exagerate sikit!) di mana Hussin, rupa-rupanya Hussin bermastautin di Sungai Buluh, kerja di Penang. Lepas tu, kami pun mengatur pertemuan, dan akhirnya pada tanggal 6hb Jun 2009 jam 9.30 malam bertempat di Restoren Bidayah, Wangsa Melawati, KL, Hussin dan Hassan bertemu semula. Kami berpeluk-pelukan dan bersalam-salaman dan terkedu jugak laa aku tengok Hussin yang tak banyak berubah. Tak buncit (macam org lain) Cuma rambut dah macam Mawi. Hussin order roti Nan dan Teh-O Ais sementara aku pulak order capati + kopi jantan. Belum sempat mamak siapkan hidangan, muncul pulak Norshah….
Sebut nama Norshah siapa tak kenal? Orang yang pecah rekod, dua tahun berturut-turut jadi headboy. Masa Form 5 dan masa matrikulasi. Sayang sungguh Tok Man dengan kawan aku yang allrounder ni. Tapi Norshah memang cool orangnya. Kat sekolah dulu-dulu, ramai aweks yang berminat. Bukan setakat juniors, senior pun minat!.Namun Norshah tetap cool..tak ambil kesempatan...Lepas sekolah, bila ada peluang ke utara, ada jugak aku jumpa Norshah pada tahun-tahun awal 80an dulu. Lepas tu tak jumpa dah, sehinggalah apabila Usop Sohor mengaturkan pertemuan 3 penjuru, di warung mamak dekat gedung membeli belah Giant Taman Permata, KL. Pertemuan ini berlaku di pertengahan 2007. Nak jadi cerita, sebelum Usop call, handphone aku baru jatuh ke dalam WC di rumah. (orang Indon kata Wey Sey), iaitulah lubang jamban...Sedang aku mengodek-godek henfon aku tu (dah basuh daa..), tiba-tiba ianya berdering, aku angkat tak dengar apa-apa...mujur nampak nombor. Aku terus sambar talipon biasa talikom, dan dial nombor tu. Rupa-rupanya Usop yang terus mau buat perjumpaan dengan Norshah di Giant tadi.. Temujanji di buat, dan kami berjumpa semula selepas sekian lama berpisah. Lepas tu kami jumpa lagi dalam satu sessi pertemuan yang di anjurkan oleh Tanwar dan Rahman Z di Old Coffee Shop di Jalan Yap Kwan Seng, KL. Ramai jugak yang datang malam tu, antaranya Chuck, Norshah, Rahman Z, Tanwar, Adnan, Sudin, Azli, Usop, Rosmina Ishak dan beberapa lagi, aku pun dah tak ingat. Jenuh kepala aku nak absorb dan nak recall balik cerita-cerita lama. Maap laa sebab aku pun dah lupa nama kenkawan. Selepas itu pertemuan aku dengan Norshah sedikit official, iaitu berbincang urusan kerja di pejabat dia.Walaupun tiada hasil yang timbul dari perbincangan tu, namun bonding persahabatan terus kekal, sehinggalah di perjumpaan dengan Husin ini. Tabek Norshah, walaupun dia ada urusan penting di rumah bersama ayah bonda dia, dapat jugak Norshah turun malam tu bertemu Hussin dan Hassan.....
Sampai 1.30 pagi kami lepak-lepak, borak-borak, gelak-gelak, makan-makan sambil tengok bola England lawan Kazakhstan...
Hasan Sabran
3 comments:
Hasan,
Sebagai penulis, bab exegerate tak payah hilite - penyedap ceritalah katakan. Belasah aje...
Hangpa memang "cun" buat story2...Aku ingat kita buat short story book, ramai yg nak beli nanti..
Hmmmm....memang seronok jumpa kawan2 lame...tringat masa kat sekolah dulu. Muka pun dah berubah...maklum le dulu kat sekolah aktif..badan slim bila tiap kali aku balik cuti ke rumah mak aku risau badan aku kurus. Selalu dia tanya tak makan ka masa kat sekolah hehehe. Sekarang dah kurang aktif kecuakli golf ngan sahabat kita Chuck, Shuhaizi and senior kita Nor Hassan.Cuba jugak nak main bola...masuk padang 5 minit hamstring dah tarik. Nak lari pun susah...tercungap-cungap hehehe.
Post a Comment