Dari kiri – Ahmad Shah, siapa ni?, ni pun tak ingat nama?, Mustafa, Hussin, Ma’ey Sayoq, Suresh, Annuar, Kamal, Azizi.
Semasa di SMSPs dulu aku bernasib baik dapat membabitkan diri dalam beberapa aktiviti sukan. Tetapi pembabitan aku tidaklah sehebat Norshah, ''all rounder'' kita.
Norshah Shoib aku kenal semenjak kami di sekolah rendah lagi di SRJK Clifford Kuala Kangsar. Semua sukan dia boleh main. Dan semua sukan dia hendak main!
Bila masuk ke sekolah menengah bakat kawan aku seorang ni terus berkembang. Agaknya kalau dibenarkan masuk team netball pasti dia nak main juga - siap jadi ''team captain'' lagi (berebut dengan Fujie?).
Tapi susahla sikit aku nak bayangkan dalam kepala aku bagaimana dia nak bermain pakai skirt melompat ke sana kemari (jangan marah Shah).
Tapi susahla sikit aku nak bayangkan dalam kepala aku bagaimana dia nak bermain pakai skirt melompat ke sana kemari (jangan marah Shah).
Berbanding Norshah, penyertaan aku mewakili sukan sekolah terhad kepada bolatampar dan olahraga sahaja. Semasa tingkatan 3 ke, 4 atau 5 ke (aku dah tak berapa ingat ) aku mewakili sekolah di MSSPs dalam lumba lari dan lompat tinggi.
Setiap petang kami akan tarik keluar dari setor sukan tu tilam dan palang high jump untuk practice. Rakan training high jump yang aku ingat masa tu adalah Sharizan (Ijan, adik Sharifuddin) dan Nurhida (Mak Black). Yang lain entah kenapa aku tak boleh nak recall pulak !
Yang seronoknya kami ''para atlit'' ni (hehe perasan...) diberi menu makan pagi dan tengahari yang berbeza sedikit dari orang lain. Ada makanan extra seperti telur, susu dan sebagainya. Nasib baiklah dapat juga 1, 2 butir pingat yang aku pungut. Kalau tidak, makan free je lah...
Bolatampar memang permainan kegemaran aku sejak kita berpindah ke Bohor Pulai dari Asrama Pengakap lagi. Setiap petang selepas habis sahaja prep class, aku akan usung tiang dan jaring bolatampar dari setor untuk dipasang di gelanggang dengan bantuan kawan-kawan seperti Hussin, Kamal, Mustafa dan Zaim. Selalunya, sambil menunggu yang lain sampai kami akan terus sahaja memulakan permainan (begitulah tak sabarnya nak bermain).
Geng kami yang lain di gelanggang ini petang-petang selalunya adalah Norshah, Suresh, Sharifuddin, Annuar, dan beberapa seniors seperti Ahmad Shah (Sabah), Ma'ey Sayuq, dan seorang junior bernama Hakimi.
Oleh kerana kami ''control'' gelanggang bolatampar tu setiap petang, maka skills pun adalah meningkat sedikit sebanyak. Dan dengan itu terpilihlah kami untuk mewakili sekolah bagi pasukan under-15 dan kemudiannya under-17.
Semasa mewakili team under-17 aku bermain sebagai spiker - tetapi reserve player sahaja. Spiker utama kami tak lain tak bukan Norshah la, siapa lagi. Ahli pasukan yang lain adalah (Hussin tolong check betul ke ni?):
Suresh
Kamal
Sharifuddin
Hussin (rasanya ni kita orang punya setter, betul ke Sin?)
Jemi
Hakimi
Annuar
Suresh
Kamal
Sharifuddin
Hussin (rasanya ni kita orang punya setter, betul ke Sin?)
Jemi
Hakimi
Annuar
Zaim (yang lain siapa ya?......tak ingat la).
Dan kapten kami?....you've guessed it, Norshah la, mana boleh orang lain.
So, kira hebat juga line up kami - galacticos semuanya.
Namun, setakat yang aku ingat, kami tak pernah dapat merangkul gelaran johan mahupun naib johan di peringkat negeri Perlis. Ini kerana kami sentiasa menghadapi persaingan sengit dari dua musuh tradisi......Sek. Derma dan Sek. Syed Alwi.
Walau apapun bolatampar telah memberi aku kepuasan bersukan semasa di SMSPs. Dan pengalaman tersebut bermanfaat sehingga ke hari ini.
Apabila ada friendlies di pejabat, atau ada perlawanan antara jabatan bolehlah juga aku contribute sikit-sikit. Walaupun dah ''berkarat'' tetapi basic techniques masih ada, bro. Setakat nak digging atau nak serve tu no problem la.... hehe.
oleh: Azizi Ahmad Termizi
.
6 comments:
Aku confirmed SETTER, yg selalu aku set utk 'spike' menjunam tu Kamal Yahya.Seingat aku..School players masa tu Norshah(betul Azizi, nama dia mesti ada,mesti main, kalau girls punya permainanpun kalau bolih dia nak main tp dia memang bolih main semua),Suresh,Kamal,Azizi,Sharifudin dan yg lain aku dah lupa.Aku main utk college,student union,company dll memang setter juga.
Masa F1 F2 aku ada jugak mencelah main volleyball. Kita slalu main, team menang stay, team kalah kluar, masuk team lain.. aku team kacau daun selalunya. Main sronok2, tak terrer macam hampa. Azizi, memadai dengan serve dia pun dah aku tak boleh amek..
Kekadang bawak bola volleyball tu buat main bolasepak kat padang hoki..puyoo macam England kau, sekali sepak dapat tiga suku padang...
Sungguh seronok dapat mengenangkan masa gila2 volleyball.X tau u guys main volleyball.It was really fun.
Azizi, aku ingat kau wakil hi jump tu ting. 4 atau 5. tak mungkin ting 3, sebab tika tu dah ada Mat Hassan yg terer lompat tu. Tekniknya pelik tapi rekod SMS la. Lepaih tu ada Pak Chen, tak la tinggi orangnya tapi sebab teknik apa dia pakai - strawberry flop ka apa, dia boleh lompat tinggi - pusing baring bila lompat....Aizuddin
Aizudin
Aku rasa betullah cakap kau tu - must be during form 4. Bagus memory kau.
Ya now that you've mentioned it, baru aku ingat Mat Hassan, tapi Pak Chen aku tak ingat.
Memang masa tu gila sangat volleyball! Jan (adik pudin) siap ada gambaq (Mr Ong ambik, in black n white)duduk dengan Cairol (Khairulbariyah, yg Norshah punya X remember?)kat atas rumput kat sebelah court tu dok tunggu hampa semua bagi kami chance sama. Memang gerammmm sebab u all dok kawai the court. Nak tak nak kami the girls kena la main buat bulat kat atas rumput.... Jan main volleyball sampai masa Asasi Sains kat UM. Masa tu I was the only Malay girl. Siap dapat gelaran cili padi lagi sebab serve tajam depa kata! Tapi bukan overhead serve sebab tak cukup tinggi!
Post a Comment