oleh Kamsiah
Waktu mula2 masuk Sekolah......
Aku ditawarkan masuk ke SMSPs pada tahun 1974. Aku tak pernah sangka dengan kelulusan 4A1B aku layak utk ke luar Negeri....jauh dari Perak le.
Aku naik kereta sewa pakcik kat kampong satu keluarga.bertolak waktu malam dan sampai esok paginya utk pendaftaran. Selepas pendaftaran aku ditinggalkan oleh keluarga.Bermula saat sedih yang tak dapat aku tahan... maklumlah anak bongsu mana pernah berjauhan dengan keluarga.....
Aku berjumpa dengan keluarga Shimah yang membawa aku ke Premis Perniagaan Tekstil ayahnya utk membeli telekong....dan kemudian dibawa kerumahnya utk makan tengahari sementara untuk masuk balik ke asrama sebelah petangnya.
Sampai di Asrama Puteri SMK Derma aku ditempatkan di tingkat satu blok asrama bersama-sama kawan-kawan yang lain. Oleh kerana SMSPs masih dalam pembinaan maka kami terpaksa ditempatkan menumpang di asrama tersebut....
Kawan-kawan se bilik yang masih aku ingat adalah Noriah, Noor Rizan, Badariah, Fauziah, Laila, Faridah Hanim dan beberapa lain yang aku tak ingat..... Oleh kerana hari dah malam kami semua pun tidur. Malam pertama katakan tidur di asrama, mana ada ubat nyamuk....bangun pagi seluruh mukaku dipenuhi bintik2 merah kena gigit nyamuk.Waden pun terkejut, ingatkan kena demam campak....dibawa ke hospital Kangar utk ambil ubat. Esok malam aku demam dan member sebilik kata aku berjalan waktu tidur... bahaya tu.....
Makan jangan kiralah, memang sedap le cara asrama sebab free, sebab kat kampong bukan orang senang....makanpun ikut dan je.....Dah lama sikit barulah nak biasa dengan kawan-kawan terutama yang sekelas(malay medium). Sebab dulu ada English Medium(EM) dan Malay Medium(MM)....aku ni sebab bahasa Inggeris tak pandai, faham-faham je lah. Tiap-tiap petang main kat padang SMK Derma. Lompat tinggi. Aku, Badariah, Noor Rizan, dan Fuji(EM) selalu pi main sebab ada tilam.... itu yang syok terjun.....Letih baru balik ke asrama.
Yang best nya waktu petang juga ada makcik datang ke asrama jual laksa dan pulut udang. Waktu tu pinjam pinggan dan sudu kat dewan makan dan beli le sekupang dua....Laksa dicampur dengan pulut udang.... memang meleleh air liur dibuatnya....sedap. Kalau makcik tu datang memang tak mis, itu kalau ada duit le......
Waktu dalam kelas jumpalah member2 dari seluruh Malaysia, memang semuanya pemalu.....lepas cuti sekolah dan dihantar dengan bas sekolah ke stesyen keretapi berdekatan utk balik ke kampong masing-masing baru le nak berkenalan dan mesra sikit.......
Ada juga kalau cuti raya tu yang jauh tak balik kenalah pi rumah member atau cikgu yang berkenan.Jadi aku, Noor Rizan, Badariah dan Mohd Tarmizi dibawa ke kampong Cikgu Saayah di Kuala Sanglang, Perlis.Cikgu tempah baju raya kat kami warna merah dan hitam(kain kilat).Wah meriahnya dapat main bunga api pulak tu....bagus sungguh cikgu walaupun kami dah besar2. Waktu main pakai baju raya tu, alamat habis berlubang kena bunga api.Dia bawa pi sembahyang tarawih kat masjid dan beraya kat rumah jiran2. Cikgu bawa kami sebab dia tahu kami ni jarang keluarga datang......jauhkan....
Tahun 1975 kami berpindah ke SMSPS. Baru le lega sikit......Tapi kena bayar balik hutang.Kena tempatkan budak2 SMK Derma belajar kat Sekolah SMSPS. Depa berlagak betul... tapi nak buat camna dulu tumpang sekolah orang kenalah berkorban.......
Kat Asrama ni baru te ramai kawan2 sebab blok 3 tingkat rasanya.....jenuh juga nak naik turun untuk pi makan dan belajar.Itu sebab dulu kurus....sekarang kena ganti balik le.....
Dari SMK Derma ke SMSPS aku memang minat kat sukan....dari sekolah rendah lagi.Jadi tak heran le waktu kat asrama SMK Derma dulu waden suka dan belanja biskut kat aku. Kalau ikutkan semua sukan yang ada kat sekolah semua aku masuk.Itu sebab baik dengan Aisa, Sharizan, Norhida ,kak Munah, Kak Noriah, Kak Balkis , Zahirah; yang Lelaki cuma bila ada training hoki seperti Sharifudin, NorShah, Suresh dan lain-lain atlet SMSPS. Aku pun tak ingat dah ....ada yang sukan padang, olahraga, bola jaring, hoki, bola tampar dan bola sepak.........Jadilah Wakil Sekolah Dan MSSN.....dapat jalan rata dari utara sampai ke Singapura.......best kan.
Ok le setakat ni dulu…minta member lain tambah…..
3 comments:
Kamsiah
Norhida (Mak black) tinggal kat cheras. dia kahwin dgn cikgu Ibrahim. met them di sebuah kenduri lebihkurang 4 tahun lalu
Tahniah Kamsiah atas sumbangan yang pertama kepada blog kita. Nampak gaya dekat atas tu pun Kamsiah punya sumbangan juga, ya?. Dua sekali gus, syabas. Semoga berterusan memberi sumbangan untuk memeriahkan lagi blog kita.
aku pun sama.....aku dapat 5A duduk kat kuala kangsar lak tu sure nak sangat masuk mckk hehehe. tapi bulan disember dapat lak tawaran gi sains perlis. opah aku meraung tak kasi pegi. tapi atuk aku nazir sekolah suruh aku gi jugak.
so setiba di dewan sekolah derma buatlah pendaftaran...first time aku jumpa cikgu man. pastu gi asrama pengakap ngan ibubapa dan atuk opah aku. atuk aku bangga sangat aku dapat asrama penuh dan bangga sebab masa kat asrama pengakap tu dia first time tengok aku gantung kelambu hehehe. bila balik first term holidays atuk aku beli kat aku macam-macam sambut cucu kesayangan dia balik. maklum lah cucu pertama dan lagi dia bela aku sejak aku umur tiga hari....sebab mak aku tak sedar diri tiga hari gak semasa melahirkan aku.....baik parents and grandparents aku amat dimanjakan dan sekalipun tak pernah ditangankan.....nasib baik jadi orang baik hehehehe
aku pun sama gak..tak pernah berpisah ngan famili kat sebulan jugak la berendam air mata. tapi bila dah lama sket ok le tambah kat sekolah aktif......
Post a Comment