Bah 1: Nasib Pelukis
Semasa kita semua bersama dulu, jika ada tok nujum atau ramalan yang menceritakan peristiwa2 masa depan aku, sudah tentu aku dan korang akan ketawa tak percaya. Banyak kisah hidup aku penuh dengan peristiwa-peristiwa yang un'sangka'rable. Banyak juga kisah-kisah aku itu malu, sedih, tragik untuk diceritakan dan tak pernah diceritakan walau pun kepada yg sangat rapat dengan aku. Banyak juga kisah aku disalah ceritakan oleh kawan-kawan. Oleh itu tidak hairanlah jika terdapat pandangan yang berbeza terhadap aku. Bahagian ini adalah cerita berbentuk umum sahaja.
Seingatan aku, aku mula memberikan perhatian yang lebih terhadap lukisan apabila seorang kawan aku beri aku 5 sen bagi menyiapkan lukisan kerja sekolahnya. Sejak dari itu aku mula menjadi pelukis upahan. Kat Sains Perlis memang benar pada mula-mulanya aku suka lukis komik, saja suka-suka dan disamping itu menunjuk-
nunjukkan bakat aku kat korang.
Pernah juga terfikir untuk melukis komik semula bagi berkongsi idea2, pemikiran, falsafah, dan pandangan hidup aku dengan orang lain. Sudah lebih 20 tahun aku tidak dapat berbuat sesuatu yang aku gemari terutama dalam bab melukis kerana komitmen tugas dan keluarga. Tetapi setelah memikirkan masak2 aku batalkan niat itu setelah menyedari bahawa sepanjang pengalaman hidup aku, sebenarnya aku tidak pernah cemerlang dalam bidang seni, sama ada dalam lukisan atau lain2 walau pun begitu banyak masa dan lain-lain sumber (wang, tenaga, dll) yang dibelanjakan untuk itu.
Bukan aku tak berusaha. Selepas MCE aku belajar melukis untuk memperdalamkan skill aku itu dengan belajar pelbagai teknik lukisan terutamanya oil painting dengan beberapa pelukis tempatan yang ada nama. Setelah beberapa tahun aku boleh anggap diri aku sebagai 'polished painter' (pelukis matang), namun begitu tidak begitu ramai yang 'acknowledged' aku dalam bab lukisan atau seni.
Secara jujur aku katakan, aku lebih menyerlah dalam hal-hal yang berkaitan dengan matematik seperti statistics, construction, engineering, falsafah dll. Bidang-bidang yang berkaitan dengan inilah penyelamat prestasi akedamik aku dan lain2 pencapaian. Walau pun tidak menumpukan banyak masa dan tenaga, boleh dikatakan bahawa peratusan besar rezeki aku datangnya dalam bidang2 ini.
Dari pengalaman ini aku sedari bahawa kita manusia hanya boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan jua yang menentukan. Seperkara lagi ialah, sesuatu yang kita suka mungkin Tuhan tidak kurniakan kerana ada kebaikannya, dan sesuatu yang kita tidak gemari mungkin Tuhan kurniakan pula kerana ada kebaikannya. Dalam hal ini, seorang pendita Islam, Ibn Arabi ada menyebut lebih kurang maksudnya, "Sebenarnya jika sesaorang mendapat sesuatu yang ia tidak gemari maka itu adalah lebih baik kerana ia datang dari kehendak Tuhan dan bukan kehendak ia sendiri. Kehendak Tuhan itu adalah lebih mulia dan suci, manakala kehendak kita pula diselaputi dengan kekotoran dan nafsu. Maka hendaklah kamu bersabar dan bersyukur diatas itu."
(… bersambung)
dari tambak johor

5 comments:
Dino
Aku rasa kalau kau preservere lebih sikit dalam bidang lukisan mungkin kau dah berjaya dan menyerlah.
Tetapi kita hanya mampu merancang, ALlah jua yang menentukan rezeki kita di mana.
Apapun semuanya anugerah ALlah: bakat melukismu dan juga punca rezekimu sekarang. Kita bersyukur kepadaNya.
Ya Dino
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan cara, maka kita sebagai makhluk Allah hendaklah menerimanya dengan penuh kesyukuran dan tabah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui akan segalanya dan setiap kurniaanNya ada hikmah disebaliknya. Maka terpulang pada kita untuk mentafsirkannya.
Pertama:
Ko punya "kepala" yg baik sebab itu ko dpt masuk SMSPs n semua pelajaran ko bagus. Klu sekadar nk jadi pelukis buat apa ko buang masa memerah otak belajar mata pelajaran yg bukannya mudah utk berjaya..tapi jgn salah anggap..aku tk kata ya kerjaya "pelukis" tk bagus..
Ke dua:
Bakat yg ko ada sama jugak macam "Asan"..bidang musik..tp sama gk kita jadikannya sebagai hobi tapi untuk cari makan kita sesuaikan dengan keadaan..mana yg lumayan kita belasah aje.. Aku cukup minat ngn "lukisan" tp tangan kayu..nk wt cmna.. Aku selalu berhayal klu lh aku dpt bakat cm ko..uhh..seronok rasanya sb aku suka alam semula jadi.. Tk dpt melukis aku gunale camera utk mengabadikn permandangan yg aku lihat..
Ke tiga:
Ramai lagi org yg nasibnya lg teruk pd kita..so.. itule apa yg kita pelajari dlm Pengajian Islam kita.. "Dia" maha adil n maha segala2nya.. Syukur kepadanya dengan anugerah yg bermacam2 diberikan kepada kita..
Ke empat:
Rindu nak tengok pencapaian ko di dalam lukisan.. Wlu apa pun cukup bangga punya sahabat yg brbakat seperti ko n tdk keterlaluan klu aku katakan aku brharap suatu hari anak-anak n generasi aku berpeluang menimba ilmu dr ko.. Tahniah...........................................................
Adnan, Azizi, Wak Dogol,
T kasih banyak2 pasal komen2 tu.
Sebenarnya banyak perkara yang terjadi kat kita ada yang anih dan pelik dan tak boleh difikirkan kerana tiada jawapannya.
Last-last jawapannya balik kepadaNya jua.
Bagi kita mungkin pelik dan anih tetapi bagiNya semua itu dalam kudratNya. Last-last fikir balik tiada yang pelik dan anih - semua boleh berlaku atas kehendakNya.
Aku selalu sebut "Life is strange" tetapi dlm hati aku tidak ada apa pun yang strange.
InsyaAllah nanti aku aku ceritakan lagi hal2 mcm ni. Hanya untuk renungan kita semua pada penghujung masa kita ini.
Ya, Wak pun teringat satu lagu nasyid yg lebih kurang bunyinya macam ini " Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya ". Fikir2 kan la wahai sahabat2 ku.
Post a Comment