02 June 2009

MENGIMBAU MASA SILAM part 2

Ada terbaca kat paper baru-baru ini yang Barcelona menang keatas Manchester Utd 2-0 dlm final European Cup. Pasal bola ini juga aku ada terbaca yang ada kekawan masih jadi penyokong setia Liverpool, Man Utd., dan lain2 team. Agaknya masih ada peminat setia Man. Utd. berjaga mlm tengok final tu, lepeh tu nangih tak berlagu bila Man Utd kalah. Kebanyakan kita masih punyai minat yang kuat dengan bolasepak sebab sejak di asrama Pdg Katong lagi hari-hari main bola kat padang sekolah Putra. Tak ada game lain. Bola bola bola bola bola!


Di samping itu kami asyik main bola kat situ dengan penuh harapan agar Mutiara awek Sekolah Derma tu keluar dengan basikal handle tingginya. Betol cerita Azizi tu. Sama dengan Azizi aku tak campur sebab aku budak baik. Walau bagaimana pun aku cukup kenal dengan Mutiara tu tapi aku tak sure kot dia kenal aku. Tapi yang aku sangat heran tu macam mana Azizi ada gambor Mutiara ya.. Boleh simpan lagi walau pun dah lebih 30 tahun. Tak apa lah... bior Azizi sendiri yang akan mengungkap misteri gambor Mutira itu.


Pasal bola, goalkeeper yang cekap sekali masa kat Pdg Katong tu ialah Ramlan Dahari. Ramlan ni dgn aku boleh kira kawan baik tapi rival dalam nak ngorat salah seorang dari classmate kami. Cerita lama beb. Aku gerenti Ramlan mesti ingat punya.


Bolasepak ini sangat popular dekat Sains Prelih dulu, popularnya tak pernah ikut musim seperti badminton atau boxing. Di Behor Pulai banyak padang2 kecil tercipta oleh pemain-pemain division 2 SMS Perlis. Norshah, Aisha Awang, Fouzi Ali, WM Sofi ... semua tu boleh dianggap division 1 players selalu berlatih dan bermain kat padang utama sekolah. Macam aku ni main kat padang division 2 sahaja kerana aku agak Barcelona tak minat nak ambil aku main disamping Johan Cruyff. OK lah tu main kat belakang dewan besar atau kat depan asrama putri pun jadilah.


Semangat suka kepada bolasepak ini terbawa-bawa kedalam dorm. Disini kami adakan pertandingan lawan bola (sepak) yang guna bola dibuat dari kertas terpakai. Ikat dengan getah atau tali. Game ini juga dimainkan dalam kelas selepas atau sebelum prep. Aku selalu partner dengan Ramlan Dahari. Yang suka anjur game ni ialah Sham Hassan dan Sofie. Sham aku dah tak dengar sejak 1986/87 lagi dan Sofie sejak habis MCE. Aku harap kedua-dua mereka sihat.


Satu lagi versi game yang ikut pengaruh bolasepak ni ialah main bola picit yang dibuat dengan cardboard. Yang ini aku ada menang masa final lawan Shuhaimi Shaari walau pun dia favourite. Sebenar cerita aku minta maaflah sebab masa tu aku main ngelat, sengap-sengap tambah extra player. Ramlan sebagai referee pun sengap ajer. Shuhaimi yang kalah kena belanja makan nasi bungkus Ustad Bakar pada malam itu. Jadi aku pun kongsi dengan Ramlan nasi bungkus tu. Tuuuuuuu dia hangpa tengok, kat sekolah lagi dah ada unsur rasuah. Aku pun tidak pernah dengar khabar Shuhaimi selepas MCE. Aku harap dia sihat dan minta halal yang aku menang ngelat tu dan dia terpaksa belanja aku nasi bungkus Ustad Bakar.


Pengaruh bola ni sangat kuat. Jika tidak caya tengok sahaja gambar2 kelas. Semasa ambil gambar kelas pun ada yang posing macam pro players. Nama glamour pun ikut nama pemain pro England seperti McPie.


Walau pun kita sangat minat bola, seperti dalam katun Lat janganlah ada antara kita yang menamakan anak seperti Ahmad Maradona, Muhd Ronaldo, … dan lain-lainnya.


(....... bersambung)


dari Tambak Johor

3 comments:

Azizi Ahmad Termizi: said...

Dino

Setiap kali kalau aku lalu Teluk Intan dan pass thru area Sg Manik aku teringatkan kau sebab nama kampong kau tu unik - Chikus. Harap kau sihat. Ada kesempatan, insyaAllah kita jumpa.

Fauzi Dino said...

Insya Allah. Aku pun dah lama nak jumpa kekawan lain, tidak seperti duduk di KL duduk kat JB ni terasing dari ramai kekawan. TKasih kerana sudi menghubungi.

Unknown said...

Dino,
Thanks for the posting. Although aku agak lambat letak posting kat sini, tapi aku kagum dgn crita bola tu, from field to cardboard game!! Ada lagi satu..main bola atas meja with staple bullets jadi goal post! Meja habis belubang dgn banyak unofficial line sketches of football field.

Kat dorm ada juga main volleyball.. dawai kelambu jadi net..bola buat dari kertas ikat getah! Siap blocking dgn spiking!!

Take care...keep in touch always buddy!

lagu-lagu top 1974-78