15 June 2009

Pertemuan Yang Tidak Dirancang (Bab 3)


oleh Kamsiah Haji Madiu

C. Semasa Bertugas di Perak

Selama 7 bulan aku bertugas di Perlis, dapat surat ditukarkan ke Perak. Mula2 tu berat juga sebab nak tinggal kan anak-anak yang masih belajar….tapi demi tugas pi juga dan minta tanggug juga sebulan. 1 April baru pi Ipoh, cari rumah dan cari jalan nak pi ofis……April Fool…

Dari maklumat Asputra ,aku pun tel member kat Ipoh. Kebetulan ada Naziri, Mohamad , Fuji , Laila , Hamdan, Mohamad dan Aisa. Tel le depa walaupun kat sekolah dulu tak cakap kecuali dengan Aisa dan Naziri. Terima kasih kat member yang angkat telefon dan sudi berbual…..

Mula-mula tu cuma SMS dengan Fuji dan Laila, Fizah dan Jashimah. Lepas dah lama ber'SMS' Fuji nak jumpa. Aku mana le tahu jalan-jalan kat Ipoh ni. Jadi minta dia jumpa aku Kat TESCO St 18, Jln Pasir Putih. Tunggu punya tunggu ternyata Fuji masih macam dulu, fizikal dan perwatakan macam kat sekolah juga.. Aku eja yang besar sikit……. Lepas berbual2 dan makan, Fuji ajak pi jumpa Laila kat Farrmasi dia…Apa lagi ikut je le bawa anak-anak sekali….Laila pun sama macam dulu juga. Depa mana tak 'macam dulu' orang perubatan kata kan, jaga makan dan kesihatan….kita bantai semua.

Cuba teka siapa kami semua?



Tak pa kalau tak sihat suruh Fuji periksa dan ambil ubat kat Farmasi Laila. Mungkin boleh dapat diskaun……………..jangan minta free sudah le, kawan-kawan juga, bisnes kena jaga la beb……..

Ok lah setakat ini dulu…nanti aku buat gathering kat Ipoh, hampa jangan tak mai. Kita pakat belanja KAWAN2 ….ok tak……tapi waktu hari Sabtu@ Ahad siang hari la. Kalau malam nanti aku tak jumpa jalan balik rumah…………

Sekian buat masa ni. Jumpa lagi.

Salam utk kawan2 lama SMSPs
dari saya dan Family………

Kamsiah

4 comments:

Hussin said...

Fuji & Illa..sama je, kalau jumpa tgh jln mesti kenal punya..

acanov said...

Hussin, tak munasabah hang boleh jumpa tengah jalan 2 orang ni..
Kalau jumpa dalam wad sebab hang kena langgar di tengah jalan ok ada logiknya....;;))

Hussin said...

Oh hang perli aku aah..kalau camtu, takpe..aku jln tgh pun ok je..terus msk hospital Dr Fuji & ambik ubat kat famasi Illa. Not a bad idea...mmmmph

norshahshoib said...

Dalam gambar tu Kamsiah je yang aku kenai sebab pernah jumpa...Fuji ngan Illa kalau terserempak tengah jalan aku memang tak kenai langsung hehehe...

lagu-lagu top 1974-78