13 June 2009

Pertemuan Yang Tidak Dirancang…..

oleh : Kamsiah Madiu
A. Semasa Bertugas Di Kedah

Semasa dihantar bertugas di Kedah 1992 time tu aku nak cari kawan2 lama yang pernah belajar di SMSPS untuk bertanya khabar dan tempat-tempat-tempat menarik di sana. Kebetulan masa tu baru kerja manalah tahu nak hubungi siapa tambahan sedaramara pun kerja jauh, semua terpaksa diuruskan sendiri…….

Entah macam mana, kebetulan waktu tu buat projek yang ada perunding maka tanyalah kat perunding tu.’U dulu sekolah kat mana?’ sebab dia mula tanya ‘cakap macam orang utara, orang sini ke’.. aku cakap ‘tak, tapi dulu sekolah kat Perlis’ dia Tanya ‘dimana?. Aku cakap’ SMSPS le’. Dia pun kata ‘Saya pun sekolah kat sana batch 74-78 tapi tak jumpa pun. Aku cakap ‘sama le tu tapi saya malay medium’. Nak tahu itulah Zauri , kawan pertama yang dapat dijejaki walaupun kat sekolah dulu tak pernah cakap….

Buat kerja Senggara di SMS Pokok Sena, kebetulan Cikgu Khalid Dan jadi Pengetua kat situ apa lagi sembang sakan le.Aku memang nakal jadi dia masih kenal le…..Sekarang rasanya cikgu di Matrikulasi Changloon……

Che Putih selalu telefon dan aku selalu pi rumah mak dia kat Jalan Kaki Bukit, waktu Hari Raya dengan family, walaupun dia tak balik tapi mak dia dan kakak dia memang dah rapat. Maklumlah waktu kat sekolah dulu kalau waktu cuti minggu@Raya aku tak mampu nak balik kampong maklumlah jauh dan duit pun masa tu ciput, ikut je le ke rumah dia ..orang offer kita pun apa lagi. Walaupun dia masuk masa form 4 tapi dialah yang kawan paling rapat…siap pinjam baju lagi….Selain dia pergi juga rumah member lain seperti Kartini, Azma dan Sharina. Lain-lain tu kadang-kadang ikut member yang lain…. Rumah Cikgu Saayah pun pi juga waktu Raya. Siap dibuat kan baju Raya dan main bunga api lagi…Ingat tak Noor Rizan, Badariah dan Mohd Tarmizi kita 4 orang kat rumah ibubapa cikgu?..... Kak Teh…Dia lah yang selalu aku telefon/jumpa kalau dia balik Perlis. Sekarang dia ada di Kelantan.

Lain-lain member tu setakat telefon seperti Azma(sekarang di KL) , Jaaizah(SMT Kangar) , Azli & Nadzirah(Uitm Johor). Junior/Senior pun ada jumpa seperti Dina dan Hasmah(Adik abang Ipar Kak Teh).

Adnan pun ada singgah kat Alor Star.Mula2 tu tak perasan sebab beza sangat dari fizikal kat sekolah tu……Dengan jambang dan badan besar…mungkin kita ni sebab jawatan besar, rumah besar, kereta besar, fizikal pun kena lah besar juga…he…he. Sorry la Nan cuma dapat belanja makan Laksa Kedah dan Cendol aje. Nak bawa ke Restoran pun sebab aku pun jarang pi…jadi gerai tepi jalan pun kira ok la……..
(Sorry la tak de gambar mereka sebab tak de kamera waktu tu……)

[Samb….]
kamhjmadiu@yahoo.com

2 comments:

mzauri said...

Masih segar di ingatan saya pertemuan seorang Jurutera Elektrik JKR dengan seorang Perunding Ukur Bahan di meja Mesyuarat Tapak Projek. Lalu, ianya bertukar menjadi pertemuan dua orang rakan sekolah yang telah terpisah lebih dari sedekad.

Adnan Mat Tahir said...

Aku waktu tu sebenarnya cuma ada kerja kat Penag tapi disebabkan rindu kat hang salah seorang kawan lama aku, aku teruskan juga ke Kedah..Seronok pun ada tapi kekok pun ada. Apa tidaknya dulu kita bukannya rapat..yele gang2 kurang menyerlah..Walau macamana pun bila dh tua cukup seronok dapat jumpa kawan2 lama.

Yang buat bertambah kekok bila hang ajak kita berdua je pergi makan Laksa Kedah & Chendol tu..risau gak sebab hang pompuan & isteri orang takut terjumpa pulak suami hang..tak pasai2 kna pelangkung...

Apa2 pun cukup gembira dapat jumpa hang. Badan besag tu betui tapi rumah besag & kete besag tu tk betuile..hang lebih2 lak..Aku cam biasa aje..hidup yang punya sejuta makna..tapi yang penting kita bersyukur dgn apa yg dikurniakan dan bersabar dgn segala dugaannya...

lagu-lagu top 1974-78