by Sudin Karim
My humble begining - episod 1
My humble begining - episod 1
Aku dulu sebelum ke Asrama Pengakap merupakan seorang budak kampong. Satu kampong terkejut aku dapat masuk asrama, tak percaya..sebab dari darjah satu sampai darjah 3 tak pakai kasut, he he.. tak selesa. aku selesa pakai seluar pendik tanpa baju..I felt free.. Sekolah Kebangsaan Kampong Bharu ditepi sungai Dinding...masa aku darjah 3 sekolah tak cukup kelas aku sekolah dekat rumah kayu tepi sungai sebelah kanan ada kedai tuak, pagi pagi tuak masam membuat hampir satu kelas jadi loya. Panorama sungai Dinding sangat indah, hijau hutan bakau kelihatan sangat jelas apabila air sungai tenang, kehijauan bayangan pokok bakau didalam ayer terpecah pecah oleh alunan ombak kecil..kadang kadang boleh nampak ikan besar melompat dari permukaan air.. Kampong Bharu Lumut pada aku mirip Teluk Melbourne Australia, cuma lebih cantik lebih bernyawa...
Tengah hari, keluar sekolah buka baju, letak raga buku sekolah dan terus belari ke jeti kayu sungai Dinding tanpa seurat benang berenang dari pukul dua petang sampai pukul empat sekiranya aku tak bermain bola dekat pokok sentul di kampong tersebut... opah aku kadang kadang datang bawa kayu panjang.. Kampong Bharu banyak spy kemana aku pergi opah mesti tau.. Aku suka tengok anak ikan jenahak bawah jetty , mereka cool tidak sedikit pun berganjak bila aku selam kira kira 8 kaki dibawah air..
Selepas darjah enam, aku amat bersyukur dapat ke SMS Perlis dengan berkat penat lelah guru besar ku dia berjaya memberi peluang pada aku untuk ke Asrama Pengakap. Kalau tidak pagi pagi aku kena bangun motong getah sama emak aku. Hidup keluarga aku merupakan kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam..sedih aku. Hari hari 5 km kayuh basikal bawa adik dengan beg raga yang diisi buku. Kalau hujan selalu jumpa mak Aizudin (guru ku) dan ayahnya (guru besar) berhentikan kereta bawa adik aku ke sekolah, ringanlah beban aku sedikit, ayah and ibu Aizudin memberi erti yang amat mendalam kepada aku. Adik aku adakala pakai kain pelikat bapa Aizudin dalam kelas bila seluar dia basah kena hujan.
Aku masih ingat mak gadai rantai emas untuk aku ke Asrama Pengakap, duit tak ada, beli barang peralatan asrama hampir RM 200-300, sewa kereta Babu anak Haji Bashir dari Sungai Wangi untuk bawa aku ke Perlis lebih kurang RM100, punya lah susah..sampai aku rasa tak payah pergi pun tak apa, aku rela bersama emak aku untuk dikampong.. motong pun motong lah.. tapi ibu bantah berharap aku masuk universiti..
Asrama Pengakap
Merupakan rumah panjang yang selesa tapi penuh misteri dan kadang kadang menakutkan aku , tekanan pertama aku tidak kenal sesiapa disitu.. cemas.. yang cakap orang putih banyak pulak. aku cakap hindu boleh lah sikit sikit, malam bunyi tikus belari sangat kuat, aku duduk sekatil double decker diatas Hillman, masaalah besar aku sebab Hillman punya tempat punya lah kemas.. beg dia sangat besar macam beg orang nak pergi haji..(Hillman jangan marah ye) sebelah aku tak berapa ingat tapi ada Tapa, Sopi, Lawrence, Naziri, dan Termizi, Leo Yong Way dan lain lain.
Aku suka waktu pagi sejuk dan bukit lagi sangat gagah. Belakang bukit lagi tak salah aku jalan pergi ke Abi dan Batu Pahat. Di bawah bukit lagi ada pokok padi yang menghijau sangat cantik, kabus pagi selalu menutupi bukit lagi. Sekolah Putra merupakan bangunan yang menghalang permandangan indah. Kawasan padang sekolah Putra lapang dan sentiasa mengamit penduduk Asrama Pengakap kesana bila ada peluang, Norshah tendang bola kena segi tiang gol kayu hingga pecah..
Waktu makan tepat. Abang Mat riang bagi kita makan selalu nyanyi lagu kasih sayang..membuat remaja patah ........(last word aku tak ingat) bila dia nyanyi semua orang senyum tambahan dia tersenyum sumbing, Suara dia sengau sengau tapi menghiburkan. Nak marah dia tak boleh sebab dia orang dah berumur jadi mau tak mau dengar saje...
Aik, macam cerpen pulak..[bersambung...]
(Terima Kasih pada Hassan yang menyuruh aku belasah menulis, tanpa dia aku tak mungkin akan menulis)
4 comments:
Sudin
waah macam cerpenla...mirip-mirip Shahnon Ahmad. looking forward kepada sambungannya.
ehh...hilman tido kat katil atas kau ke? aku ingatkan katil aku?!!
Bravo Sudin..hang pandai menulis..tak kalu tak meleleh ayak mata aku baca cerpen hang.. kita asai dari kampung, mak pak motong getah.. ayah aku juai kambing nak sara belanja pi sains peghelih.. mana ada simpan duit, kaih pagi kaih petang.. kat sains peghelih jugak aku menikmati kemewahan..kat kampung dulu2 satu barang satu keluarga kongsi..selipar, tuala, sabun, berus gigi..semua ayah belikan untuk kegunaan aku sendiri.... huhu..
Tahniah Sudin atas sumbangan pertama. Aku bab meleleh ayaq mata ni senang sangat. Masa kecik-kecik, aku selalu jugak tak ikut cakap Abah aku. Jadi Abah aku "psycho" aku dengan cerita dia naik basikal ke sekolah (macam hang jugak lah). Budak2 lain boleh beli makanan dekat kantin, Abah aku minum ayaq "Paip-si-kola" saja. Dengaq cerita "Paip-si-kola" Abah aku tu, bercucuran ayaq mata aku & insaf, sampailah aku bertekad untuk berjaya dalam hidup...
Azizi, aku tak berapa ingat tapi hilman memang dekat dengan aku selalu bagi nasihat mengemas, budak RMC pun kalah...straight line, tak kedut..role model aku tu..walau pun aku tak boleh ikut..
Post a Comment