22 June 2009

Sembang-Sembang Di Kantin Bhg. 1


Walaupun sekolah kita ada Dewan Makan, sekali-sekala terasa juga nak belanja duit poket RM10 yang dimasukkan direct ke dalam akaun Bank Bumiputra (sebelum skandal BMF berlaku - huuih! dah lama dah cerita nih!). Jadi, kantin adalah tempat makan alternatif tetapi ada juga yang menganggap kantin ini tempat makanan tambahan bagi dirinya! Tengok saiz badan lah brader!

Bila cakap pasai kantin, aku teringatlah beberapa perkara yang mencuit hati aku bila mengenangkan kantin yang pada masa itu dikendalikan oleh Pak Syed. Kalau hangpa nak tau, Pak Syed, la ni, ada rumah batu besaq dekat jalan nak pi UiTM Arau. Untung dari duit yang kita semua belanja dekat kantin dia kot nooo!

Kisah 1: Roti Planta

OKlah! Balik kepada perkara yang mencuit hati aku. Perkara yang pertama ialah kes Roti Planta. Roti Planta adalah roti bujur yang panjangnya lebih kurang tujuh hingga ke lapan inci (sistem metrik pada masa tu baru nak diperkenalkan). Ianya dibelah dua dan pada kedua-dua belah permukaan yang dibelah itu disapukan planta campur gula yang manis lagi enak. Sayangnya, sapuan tersebut tidak sampai ke hujungnya. Ini membuatkan kedua-dua hujung roti itu terasa roti semata-mata.

Kita semua tahu pelajar-pelajar SMS Perlis adalah pelajar-pelajar yang terpilih. Jadi, bila sampai bab berkongsi Roti Planta, pemilik roti itu akan memberi kepada rakan yang ingin berkongsi (kemungkinan besar rakan itu kehabisan duit poketnya, tetapi masih lapar lagi) bahagian hujung roti itu. Kalau pemilik roti itu baik hati, dia akan beri kedua-dua hujungnya! Tinggallah bahagian tengah roti yang penuh dengan sapuan planta dan gula untuk dinikmati oleh pemiliknya.

Akan tetapi, ada ketikanya, di kalangan pemilik Roti Planta, ada yang kelaparan sehingga membuatkan perkongsian roti adalah satu perkara yang tidak dapat diterima akal. Jadi, untuk memastikan tiada perkongsian berlaku, sebaik sahaja roti itu dibeli, pemiliknya akan menggigit kedua-dua hujungnya! Apabila terlihat bekas gigitan, rakan yang cuba nak memikat pemilik roti berkenaan akan tawar hati dan tidak berminat lagi. Tapi awas! Jikalau rakan yang ingin memikat roti itu terlalu lapar, disambarnya terus baki roti itu. Tuu dia baru... dah terbalik kot! Yang dapat nikmat sepenuhnya bukanlah pemilik roti, tetapi member dia! Isy... isy... isy...

Coming Soon:

Sembang-Sembang Di Kantin Bhg. 2
Kisah 2: Laksa Kola
di pawagam berdekatan anda...

4 comments:

Azizi Ahmad Termizi: said...

Zauri

Zaman tu takda Ramly Burger. So dapat roti planta tu pun dah habis hati la, puas dapat makan...especially kalau sempat makan habis tanpa member mai mengendeng.

mzauri said...

Azizi

Sekarang dah tak boleh makan planta banyak-banyak. Kolesterol tinggi. Cuma tengok Roti Planta teringat kisah di Bohor Pulai...

norshahshoib said...

Yo zauri....aku dulu kat kantin la tempat makan...ngan suresh...kat dewan makan selalu breakfast ngan lunch je...tak larat nak makan kat dewan makan tak sedap kecuali ari khamis ada nasi minyak ngan ayam hehehe....pastu tengok student pompuan lalu....hmmmm

mzauri said...

Norshah,

Itu dulu. La ni kantin mana hang dok lepak? Hee... hee... hee...

lagu-lagu top 1974-78