01 June 2009

MENGIMBAU MASA SILAM part 1

Sejarah hidup aku sejak di SMS Perlis banyak landing kat hospital. Sebabnya macam-macam – dari sakit yang memerlukan detail inspections sampailah kes-kes ICU. Nak list pun mungkin tak cukup satu muka surat.

Seketika dulu masuk hospital lagi. Kena pulak yang jaga aku ialah doktor perempuan. Antara rawatannya ialah kena inject kat bahagian bontot dua kali sehari. Kena inject tang tu yang tak bestnya. Bila kena inject satu badan boleh cramp atau kejang seminit dua. Jadi this time aku saja-saja buat tidur mati nak elak dari kena inject. Aku ingat doktor tu nak tunggu aku jaga baru dia inject aku, tapi tak gitu. Dia tarik seluor aku dia raba-raba cari tempat nak inject dan lepas tu baru inject. Kali ni lain le beb. Tak macam dulu sakit siul. Aku agak dia ni tak pandai cari tempat nak inject dan tak kena point, atau nasib dia kali ni buat tak sakit. Bila kali kedua pun tak sakit, aku kata hebat doktor ni inject aku.

Dah selalu kena macam itu sedap pulak rasanya. Kalau macam ni aku terfikir jika dia nak inject aku 50 kali sehari pun tak apa. Dan kalau dia nak buat latihan injection, bolehlah dia gunakan mana-mana bahagian bontot aku sebagai target – anytime!

Dipendekkan cerita, yang landing sama-sama dengan aku dekat hospital itu tidak semuanya alami sakit yang sama, macam-macam jenis sakit ada. Dari apa yang kami borak-borak kat situ aku boleh simpulkan bahawa hampir kebanyakan sakit manusia ni berpunca dari hal ehwal makan. Pelik pulak aku fikirkan, kat tempat lain ada yang sakit dan mati sebab tak makan tapi kat sini ramai pulak yang sakit dan mati sebab makan. Betul juga apa yang aku fikirkan kerana ramai juga kekawan, saudara mara, dan kenalan aku sudah arwah lebih awal disebabkan hal ehwal makan juga. Ramai juga yang landing lebih lama kat hospital sebab perkara yang sama.

Ye lah, sekarang ni boleh dikatakan hampir setiap hari pagi petang dan malam kita balun ayam dan daging. Masa kat Sains Perlis dulu seingatan aku menu kita ialah ayam hanya seketul seminggu sekali, dan daging pun sama macam tu. Itu dah kira bestlah. Aku masih ingat lagi jika dalam tray kekawan ada dapat potongan ayam atau daging yang besar sikit, cepat-cepat tukar tray dengan kita punya sebelum dia tiba. Aku ingat yang ni Sham Hassan yang mula jadi gurunya. Jika kat kampung nak makan ayam atau daging kena tunggu orang kawin atau hari raya baru dapat. Waktu-waktu lain tu nasib-nasiblah kalau ada ayam yang kiok kena langgor motor atau basikal cepat-cepat ditalkinkan.

Masa kat SMS Perlis dulu yang best sekali ialah nasi ganja kat kedai mamak berhampiran dengan pawagam Mahkota. Keluaq town mesti pekena punya. Jika tak keluaq pun kirim kat member-member. Jika tidak silapnya harga hanya tiga kupang (30 sen). Masa tu mana ada KFC, Pizza, Mc Donald dllnya. Nasi ayam pun masa aku duduk kat KL baru aku tahu. Kekawan aku makan nasi ganja dulu adalah arwah Budin, Zaury, dan Kushairi. Gamaknya itulah ikatan yang mengkekalkan aku berhubung dengan mereka selepas Sains Prelih.

Zaman kita dulu tak ramai yang gemok-gemok, dan yang gemok sikit kita panggil mereka badak, boroi, topui, dll. Tapi jika dibandingkan saiz mereka dengan budak-budak sekarang gemok mereka tu taklah seberapanya.

Bila sekali sekala aku lawat laman Asputra tengok gambor-gambor kekawan lama, aku pun tengok ramai juga yang saiznya luar biasa dari yang aku jangkakan. Demikian juga apabila aku ada jumpa mereka secara kebetulan. Atas sebab saiz yang berbeza dari 30 tahun dahulu dan kerana semasa di Sains Perlis kita lebih suka menggunakan nama-nama yang glamour, maka jika tidak diperkenalkan diri, maaflah aku tak cam kekawan. Tapi mungkin juga apa yang aku pandang itu tidak mencerminkan gambaran sebenar sebab mungkin mata aku pun dah ada error macam program kat komputer kita. Dah pun send mesage for error sekurang-kurangnya lima kali sehari. Atau pun boleh jadi setting komputer aku tidak betul jadi ia terberi special effect kepada penampilan kekawan kita.

Ada orang kata sebab kita dah tua, tenaga kita tidak sama atau kurang dari semasa muda-muda dahulu. Aku tidak fikir begitu. Semasa kat Sains Prelih dulu, bas sekolah kita aku tak boleh angkat. Sekarang pun aku tak boleh angkat. Jadi kan ke sama sahaja kekuatan aku masa kat Sains Prelih tu dengan sekarang. Aku rasa pun korang pun macam tu juga.

Pasal makan ni selain dari nasi ganja aku mesti cari laksa jika terbabas kat Prelih. Laksa Prelih ni kat tempat lain payah nak jumpa. Ramai juga yang buat – rupa sama tapi rasa lain. Jadi jika aku kesana aku mesti tak miss laksa prelih. Sekarang ni rasa laksa tu pun tak sama macam dulu tapi sikit-sikit tu adalah juga rasanya.

Kangar pun sudah banyak berubah tetapi pelan asasnya masih macam tu juga: balai polis, kedai buku Kassim, post-office, dan hospital masih macam tu juga. Lokasi sama, tapi wajah sahaja berubah. Macam kita juga. Dulu kita suka rambut panjang macam Johan Cruff atau Mario Kempes tapi sekarang kita suka fesyen rambut yang sedikit dan yang kepala nampak merhelit (berkilauan) macam fesyen rambut Zainedin Zidane dan Ronaldo. Aku pun kagum bila dapat tahu ramai antara kita yang punyai rambut ikut fesyen macam tu. Mana-mana yang masih simpan rambut panjang tu aku fikir mereka tak ikut perkembangan semasa.

Walau pun dari segi fizikal dan alam sekitar kita berubah tetapi itu hanya pada penampilan sahaja, hakikatnya sama jua. Kangar is still Kangar. SMS Perlis dan Kangar ada nostalgianya, ia menjadi sebahagian hidup aku yang tidak dapat dipisahkan. Aku membesar disitu. Disitu aku kenal kekawan dan kehidupan kedewasaan.

Semasa di SMS Prelih aku rasa tentu sesama kita ada buat banyak kesalahan. Aku ni mana yang aku terambil, terbuat, sengaja ambil, sengaja buat aku minta maap banyak-banyak lah dan minta halal. Jangan lah jumpa aku nanti korang tenyeh aku dan kat akhirat korang tuntut pulak. Aku ingat tak adalah dosa-dosa yang besar yang aku buat kecuali prasangka, ngumpat, dan fitnah. Yang kat perempuan tu mungkin dosa-dosa aku kat mereka hanyalah sekadar dalam alam ilusi aku sahaja.

Bior aku break dulu.. nanti sambung. Lagi pun paru-paru aku ni ada masalah sikit. Setiap lebih kurang 3-4 jam dan jika banyak nulih aku kena sedut nikotin dan tar sebagai ubat. Setahu aku jika kita banyak sangat makan apa-apa ubat mesti ada side effectnya. So far so good, belum ada side effect apa-apa lagi.

Fauzi Dino
Johor Bahru

2 comments:

acanov said...

Baru2 ni ada sembang dengan polis pencen asai Peghelih, aku tanya pasai apa depa panggil nasi ganja, ada bubuh ganja betoi ka? Tak lah dia kata, depa bubuh "kas kas". Macam NZ Curry House dkt rumah aku sini, kalau lunch situ, siap laa petang tu lentok sakan.

Anonymous said...

Dino,
Aku kagum pemikiran kor yg x stuju tenaga masa tua x kuat macam muda dulu.

Betul kata kor yg tenaga kita sama saja mcm kor kata masa kat smsprelih dulu kita tak boleh angkat bas skolah kita tuh, dah tua ni pun x bleh angkat juga - ya sama aja kuat nya.

payah aku jumpa org kapla otak pakai logik tu - aku tabik kat kor.

hati-ati my fren, nanti org kata kor gila.

lagu-lagu top 1974-78